Posts

Showing posts from November, 2013

Mengkorporatkan UMNO Perhubungan Negeri…..Perlu ke atau saje POYO?

1. Dalam mesyuarat UMNO Perhubungan Negeri baru-baru ini, YAB Dato’ Seri Mohamad Hasan selaku Pengerusi mengumumkan bahawa suatu badan yang beroperasi secara korporat  akan diwujudkan   untuk menguruskan urusan UMNO Perhubungan Negeri Sembilan. 2. Dalam pengumuman itu beliau menyatakan pada masa kini  pentadbiran UMNO tidak lagi di uruskan dengan asas kesukarelawan semata-mata tetapi perlu diuruskan secara serius oleh pekerja –pekerja yang bekerja sepenuh masa dan dibayar gaji. 3. Menurut beliau lagi kewujudan badan korporat ini tidak akan bercanggah dengan struktur Badan Perhubungan seperti yang sedia ada malah akan beroperasi selari dengan Badan Perhubungan Negeri dengan menguruskan beberapa fungsi biro  Badan Perhubungan seperti latihan kepada ahli, pengurusan media baru dan pendaftaran pengundi baru. 4. Inilah kali pertama aku mendengar sebuah badan di bawah struktur parti sahsiah hendak dikorporatkan operasinya. Tiada  negeri lain yang pernah mencadangkan atau melaksa

PAI AYAM UNTUK KAK LONG…

Image
Aku masih lagi ingat ketika kali pertama makan “homemade” pai. Masa itu aku masih lagi menuntut di Kuala Kangsar . Tak salah aku masa itu aku di Tingkatan 3. Masa itu ada cuti umum di hujung minggu jadi hari Isnin berikutnya adalah hari cuti. Nak balik ke Seremban rasanya cuti terlalu singkat. Sahabat aku Farizal pula ajak balik ke rumah dia di Alor Setar . Memandangkan rasa bosan akan terasa jika duduk sahaja di asrama, jadi aku memohon untuk balik kampong. Bukan balik ko Sromban tapi pi Aloq Staq!  Masa di Alor Setar aku diberitahu bahawa datuk sahabat aku ni adalah bekas Chef di Istana Kedah . Kemahiran datuk sahabat aku ni antaranya adalah buat pai dan pastry untuk santapan DiRaja. Ilmu dan kemahiran datuk sahabat aku ni rupanya diturunkan kepada ibu sahabat aku. Dalam masa singkat di Alor Setar itu sempat juga aku dihidangkan dengan pai Ayam dan pai Daging (home made). Itulah kali pertama aku merasa makan pai dan walaupun aku tidak pernah merasa makan pai sebelum itu teta

BOS! Mintak RM 8 juta setahun untuk orang Melayu di Negeri Sembilan, boleh?

Image
1. Baru-baru ini dilaporkan dalam akhbar arus perdana bahawa sebanyak RM 20 juta daripada rizab Kerajaan Negeri Sembilan akan diperuntukkan untuk tabung khas dikenali sebagai Tabung Amanah Penyelesaian Masalah Rakyat (TAPMR) bertujuan untuk menyelesaikan pelbagai masalah rakyat seperti bencana alam dan kerosakan infrstruktur tanpa menunggu pembentangan dan kelulusan Belanjawan Negeri untuk menyelesaikan masalah rakyat.  2. Menurut Menteri Besar lagi RM 20 juta ini akan diambil dari rizab Kerajaan yang terkumpul iaitu sebanyak RM 438 juta dan wang ini boleh digunakan secara terus untuk menyelesaikan masalah rakyat. 3. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Menteri Besar dan pihak Kerajaan negeri yang dapat mengumpul rizab yang banyak dan dapat digunakan untuk manfaat rakyat. Berdasarkan fakta ini rasanya Kerajaan negeri tidak mempunyai masalah kewangan jika suatu Tabung untuk menyelesaikan permasalahan ekonomi Bumiputera/Melayu turut ditubuhkan di Negeri Sembilan. 

Adakah COMANGO suatu bentuk Yahudi dan Nasrani seperti yang dinyatakan dalam kalam Tuhan?

COMANGO atau sebutan panjangnya “ Coalition of Malaysian NGO” baru-baru ini telah menyediakan serta menyerahkan suatu laporan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) bagi proses semakan berkala sejagat Majlis Hak Asasi Manusia tersebut (UNHRC Universal Periodical Review) Laporan tersebut dimasukkan di dalam Laporan Pemegang Kepentingan (Stakeholder’s Report) bersama dengan laporan dari NGO-NGO lain sama ada dari luar atau dalam Malaysia berkaitan pelbagai isu hak asasi manusia .  Tujuan laporan tersebut kononnya untuk memberi gambaran kepada UNHRC tentang isu-isu hak asasi manusia dan bagaimana isu-isu tersebut dikendalikan di Malaysia selaku negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN). Apabila Laporan tersebut sampai ke pengetahuan umum ia menjadi kontroversi dan dipertikaikan kerana beberapa sebab iaitu:- 1. COMANGO bukanlah wakil suara NGO-NGO di Malaysia kerana dalam 54 badan NGO yang kononnya bergabung di bawah COMANGO hanya 12