Posts

Showing posts from December, 2011

JOM! Bikin ayam panggang sumbat beryani

Image
Balik kerja awal hari ini. Hujan pulak tuh! Sampai rumah tukar uniform rumah (kain pelikat & t- shirt), pergi kat dapur bukak peti ais. Nampak ayam seekor dalam peti ais. Terus teragak nak experimen buat ayam panggang sumbat beryani. Sebenarnya, minggu lepas hari Jumaat ada tengok siri Spice Route tajaan ADABI di TV 3. Siri tu menceritakan pengalaman Chef Hussin pergi ke Turki mempelajari cara masakan makanan Turki. Dalam siri tu, dia paparkan kaedah masakan Karoobah atau erti nya nasi goreng dengan daging cincang biri-biri campur dengan badam kemudian di masukkan dalam perut kambing yang dimasak dengan rempah dan herba selama 3 jam. Di akhir siri tersebut , Chef Hussin buat masakan versi ayam. Masak nasi beryani dan disumbat dalam ayam. Ayam di lumur dengan rempah kari, cili paste, garam dan beberapa ramuan lagi dan di masak dalam oven pada suhu 180C selama 45 minit. Dalam hati aku kata "nampak senang je!" Jadi bila nampak ayam dalam peti ais aku tengok apa bahan yan