Posts

Showing posts with the label Keluarga

PAI AYAM UNTUK KAK LONG…

Image
Aku masih lagi ingat ketika kali pertama makan “homemade” pai. Masa itu aku masih lagi menuntut di Kuala Kangsar . Tak salah aku masa itu aku di Tingkatan 3. Masa itu ada cuti umum di hujung minggu jadi hari Isnin berikutnya adalah hari cuti. Nak balik ke Seremban rasanya cuti terlalu singkat. Sahabat aku Farizal pula ajak balik ke rumah dia di Alor Setar . Memandangkan rasa bosan akan terasa jika duduk sahaja di asrama, jadi aku memohon untuk balik kampong. Bukan balik ko Sromban tapi pi Aloq Staq!  Masa di Alor Setar aku diberitahu bahawa datuk sahabat aku ni adalah bekas Chef di Istana Kedah . Kemahiran datuk sahabat aku ni antaranya adalah buat pai dan pastry untuk santapan DiRaja. Ilmu dan kemahiran datuk sahabat aku ni rupanya diturunkan kepada ibu sahabat aku. Dalam masa singkat di Alor Setar itu sempat juga aku dihidangkan dengan pai Ayam dan pai Daging (home made). Itulah kali pertama aku merasa makan pai dan walaupun aku tidak pernah merasa makan pai sebelum itu teta

JOM! Bikin ayam panggang sumbat beryani

Image
Balik kerja awal hari ini. Hujan pulak tuh! Sampai rumah tukar uniform rumah (kain pelikat & t- shirt), pergi kat dapur bukak peti ais. Nampak ayam seekor dalam peti ais. Terus teragak nak experimen buat ayam panggang sumbat beryani. Sebenarnya, minggu lepas hari Jumaat ada tengok siri Spice Route tajaan ADABI di TV 3. Siri tu menceritakan pengalaman Chef Hussin pergi ke Turki mempelajari cara masakan makanan Turki. Dalam siri tu, dia paparkan kaedah masakan Karoobah atau erti nya nasi goreng dengan daging cincang biri-biri campur dengan badam kemudian di masukkan dalam perut kambing yang dimasak dengan rempah dan herba selama 3 jam. Di akhir siri tersebut , Chef Hussin buat masakan versi ayam. Masak nasi beryani dan disumbat dalam ayam. Ayam di lumur dengan rempah kari, cili paste, garam dan beberapa ramuan lagi dan di masak dalam oven pada suhu 180C selama 45 minit. Dalam hati aku kata "nampak senang je!" Jadi bila nampak ayam dalam peti ais aku tengok apa bahan yang ad

Aktiviti cuti deepavali: Buat chicken boxing

Image
Pernah tuan-tuan makan Chicken Boxing ? Bunyi aje macam acara "boxing" tapi sebenarnya ia adalah kepak ayam yang dilurutkan dagingnya dan kemudian digoreng hingga ranggup. Cerita pasal Chicken Boxing ini , teringat zaman mula-mula jadi peguam dahulu. Dahulu kalau Jawatankuasa Peguam Negeri buat majlis di Kelab Sg Ujong (sekarang Kelab Diraja Sungai Ujong) mesti antara hidangan yang selalu dihidangkan adalah Chicken Boxing namun kebelakangan ini jarang sekali aku lihat makanan ini dihidangkan. Hari itu dalam siri Masterchef Malaysia, Chef Jo ada tunjuk macamana kaedahnya untuk memotong kepak ayam untuk buat Chicken Boxing. Tak de lah susah sangat. Jadi cuti Deepavali hari itu , aku pun beli sekilo kepak ayam di Econsave dan bermulalah eksperimen aku Memotong kepak dan proses melurutkan daging Bahagian-bahagian kepak ayam: bahagian atas dijadikan Chicken Boxing, Bahagian tengah buat chicken wing Gaulkan chicken boxing dengan garam dan telur. Celupkan dalam tepung goreng ayam (A