ADA MEREKA KISAH?


Bulan Mei lalu, setelah Kerajaan PH mengambilalih pentadbiran Kerajaan Malaysia, Kerajaan PH telah menamatkan kontrak seramai 17,000 pekerja yang berkhidmat dengan Kerajaan BN. Kata pihak Kerajaan PH mereka ini adalah lantikan politik dan khidmat mereka tidak lagi diperlukan.

Majoriti dari 17000 pekerja yang ditamatkan perkhidmatan serta merta ini terdiri dari orang Melayu dan sehingga kini menghadapi masalah dan kepayahan untuk mencari kerja baru, menguruskan perbelanjaan rumah dan keluarga.

ADA KERAJAAN PH KISAH dengan keperitan dan kepayahan mereka ini?

Baru-baru ini Kementerian Kewangan , Menterinya Lim Guan Eng mengumumkan pembatalan kontrak syarikat MMC Gamuda bagi kerja-kerja bawah tanah bagi jajaran kedua MRT dan akan membuat tender semula secara terbuka yang menurut Menteri ini akan lebih menjimatkan. Keputusan ini akan menyebabkan 20,000 pekerja akan hilang pekerjaan mereka serta merta. Dilaporkan 60% dari jumlah 20,000 pekerja ini terdiri dari pekerja Melayu.

ADA KERAJAAN PH KISAH dengan kerisauan dan kepayahan yang bakal dialami oleh mereka?

Tony Phua , Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan baru-baru ini dalam sebuah forum mencadangkan agar aset-aset tidak strategik milik Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dijual bagi membayar hutang negara.

PNB syarikat berhad yang ditubuhkan di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera pada tahun 1978 adalah alat penting bagi menggalakkan dan merealisasikan pelaburan masyarakat Bumiputera di negara ini. Ditubuhkan berikutan Agenda Melayu dan Bumiputera di bawah Dasar Ekonomi Baru, PNB di anggap sebagai syarikat yang memegang aset dan pemilikan Melayu/Bumiputera.




Dilaporkan semasa Datuk Seri Najib naik menjadi Perdana Menteri aset PNB bernilai RM 12 billion. Direkodkan pada akhir tahun 2017 aset PNB telah mencecah nilai RM43.9 billion. Sebagai Perdana Menteri secara faktanya Datuk Seri Najib telah berusaha dan berjaya menaikkan pegangan aset Melayu bumiputera sebanyak RM 31.9 billion.

Tiba-tiba, Lim Guan Eng dan Tony Phua yang berketurunan Cina, kerana kuasa mereka sebagai Menteri dan Setiausaha Politik, mahu menjual aset Melayu /Bumiputera kononnya untuk membayar hutang negara yang menurut mereka mencecah RM 1 trillion.

Terbaru menurut laporan 3 ejensi penarafan antarabangsa dan laporan rasmi Bank Negara tiada menyebutkan hutang negara sebanyak RM 1 trillion seperti yang didakwa oleh Menteri Kewangan dan kerajaan PH!

ADA KERAJAAN PH KISAH dengan kehilangan aset Melayu/ Bumiputera yang sekian lama dikumpul?

ADA KERAJAAN PH KISAH orang Melayu menjadi susah, kesempitan dan kehilangan seperti yang dinyatakan di atas?

ADA Orang Melayu yang telah hilang pertimbangan dengan menyokong PH , KISAH dengan kesusahan ,kesempitan dan kehilangan yang di alami oleh orang Melayu di negara ini?

ADAKAH MEREKA KISAH?

Fikir-fikirkanlah!

Comments

Popular posts from this blog

Tugu Peringatan Sg Lui?

KETUANAN MELAYU DI NEGARA INI HENDAK DITAMATKAN?

Masjid Kg Ulu, Melaka Tengah,Melaka 1728: Aku pernah berucap di dalamnya!