KENAPA ANGKUH SANGAT YB?

Tular video YB Norhizam Hassan Baktee,  ADUN Pengkalan Batu, Parlimen Hang Tuah Jaya,Melaka menjerkah rakyat yang sedang mengadu permasalahan setempat kepada beliau. Banyak betul kata-kata menghina , kata-kata sombong yang keluar dari mulut YB ini!
Saksikanlah video-video yang tular tersebut dan nilaikan sendiri





 




Ini bukanlah kali pertama YB ini menunjukkan keangkuhan dan kesombongan beliau. Sebelum ini beliau turut menerima kecaman kerana lagak beliau yang angkuh semasa membuat pemeriksaan setor baja di kawasan beliau. 





Perlukah seorang pemimpin yang di pilih oleh rakyat menjadi sebegitu angkuh dan sombong? Faham, tugas seorang YB yang perlu dan sering berdepan dengan permasalahan yang di bawa oleh rakyat, Kadangkala tindakan untuk menyelesaikan  sesuatu  permasalahan tersebut akan menimbulkasn permasalahan yang lain. Pendekatan yang berhikmah, bijak,berunding dan bermuafakat perlu di ambil bagi mencari jalan penyelesaian.Bukannya menjerkah,mencabar serta menghina orang!

Melihat latarbelakang YB ini hanyalah biasa sahaja. Bukan pemegang PHD pun! Kenapa perlu sombong dan angkuh? 


Pernah jadi ahli UMNO, pernah jadi Ketua pemuda cawangan Taman Beringin, Melaka. Kemudian keluar parti menyertai DAP. Mungkin beliau keluar sebab ahli UMNO pun tidak boleh terima beliau! Lihat sahajalah keangkuhan dan kesombongan beliau!

Ini jelas sebagai bukti bagaimana pemimpin PH yang dah mula mabuk apabila mendapat kuasa. angkuh, sombong dan penuh dengan sifat mazmumah!

Kepada pemimpin sama ada dalam Kerajaan atau dalam blok pembangkang, dalam UMNO  atau dalam BN ambillah perkara ini sebagai teladan dan jauhkan sifat sombong angkuh jika dipilih oleh rakyat sebagai wakil mereka. Bersikap rendah diri, sopan dengan rakyat adalah cara yang lebih baik dari apa yang ditunjukkan oleh YB Pengkalan Batu dari Pakatan Harapan ini! 

Fikir-fikirkanlah


Comments

Popular posts from this blog

Tugu Peringatan Sg Lui?

KETUANAN MELAYU DI NEGARA INI HENDAK DITAMATKAN?

Masjid Kg Ulu, Melaka Tengah,Melaka 1728: Aku pernah berucap di dalamnya!