JANGAN LUPA TUTUP PINTU!


Aci, Aci  buka pintu,
Nana datang pukul satu,
Jangan takut Penguasa tahu,
Menteri suruh tutup pintu!
(Dinyanyikan ikut rentak lagu aci, aci buka pintu!)

Kontroversi sungguh kenyataan Pak Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam ini! Nada kenyataan Pak Menteri seolah menyatakan tidak perlu lagi pegawai Penguatkuasa Agama mengetuk pintu bagi mencegah kesalahan khalwat atau maksiat. Katanya lagi, apa yang berlaku disebalik pintu tertutup bukan urusan Kerajaan!

Kenyataan ini mendapat reaksi dari beberapa orang Mufti yang secara zahirnya tidak bersetuju dengan Pak Menteri ini. Dato’ Harussani, Mufti Perak menegaskan bahawa khalwat adalah suatu kesalahan dibawah Enakmen jenayah Syariah dan Penguatkuasa Jabatan Agama diberikuasa untuk ,membuat serbuan serta tangkapan di bawah Enakmen bagi mencegah berlakunya kesalahan tersebut. Perkara ini adalah jelas dalam peruntukan undang-undang. Persoalannya ,mengapakah Pak Menteri ini berkata “apa yang berlaku di sebalik pintu tertutup bukan urusan kerajaan! Peliknya, Perdana Menteri sendiri  mengeluarkan kenyataan yang menyokong kenyataan Pak Menteri ini!

Kenyataan Pak Menteri dan Perdana Menteri ini  menjadi bahaya jika ianya menjadi dasar dan arahan umum kepada Jabatan Agama Islam dan Penguatkuasaan. Maksiat akan berleluasa dan tiada sebarang tindakan pencegahan boleh diambil sekiranya perkara maksiat itu dilakukan disebalik pintu yang tertutup! Maka bersorak-sorailah pihak yang pro kepada kebebasan bermaksiat, pihak yang berniaga dengan maksiat dan pihak hidung belang yang sukakan maksiat. Mungkin jika sorakan mereka ini dapat didengar, mungkin sekuat sorakan penonton jika pasukan bolasepak Malaysia menang “World Cup”!

Apa sudah berlaku dengan konsep Amar Maaruf Nahi Mungkar yang dianjurkan oleh Islam yang jelas dinyatakan dalam Quran? Adakah hadith Rasullulah tidak lagi terpakai bila berlaku kemungkaran yang perlu ditentang sama ada dengan tangan (kuasa), dengan ucapan (lisan) atau dengan hati? Undang-undang dibawah Enakmen Jenayah Syariah telah memberikan kuasa untuk mencegah, mengapa kuasa ini diketepikan? Adakah Kerajaan PH merasakan perkara ini TIDAK RELEVEN?

Atau … adakah ini dipanggil “Rahmatan lil Alamin”(Rahmat untuk sekian alam) yang sering dilaungkan oleh Pak Menteri ini dan pemimpin Parti Amanah (sekutu pakatan PH)? Rahmat kepada pro-maksiat, peniaga maksiat dan hidung belang?

Kerap sangat Kerajaan PH ini mengalihkan “batu sempadan” dan cuba mengubah sesuatu yang telah mutlak!

Jangan sampai bumi yang indah ini ditimpa bala bencana akibat kemurkaan Tuhan yang Maha Esa!

Fikir-fikirkan!

Comments

Popular posts from this blog

Tugu Peringatan Sg Lui?

KETUANAN MELAYU DI NEGARA INI HENDAK DITAMATKAN?

Masjid Kg Ulu, Melaka Tengah,Melaka 1728: Aku pernah berucap di dalamnya!