BILA PEMIMPIN BUTA SEJARAH



      “Study history, study history. In history lies all the secrets of statecraft.”
      (Pelajari sejarah, pelajari sejarah. Di dalam sejarah ada semua rahsia kenegaraan.)
       — Winston Churchill


Terbaru, YB Menteri Sumber Manusia telah memberikan ucapan yangkontroversi di Nilai, Negeri Sembilan di mana beliau mendakwa bahawa Melayu adalah bangsa pendatang. Beliau turut mendakwa bahawa kaum India telah terlebih dahulu berada di tanahair ini,sejak 2500 tahun dahulu dengan berbuktikan kesan sejarah di Lembah Bujang,Kedah.

Dengan hujah itu, beliau mengatakan kaum India hendaklah mempunyai hak setaraf dengan orang MELAYU di tanahair ini.





Panjang ceritanya jika hendak berbicara tentang sejarah. Perlu ke hendak berbicara tentang etnik Melayu Proto dan Melayu Duetro sebagai penduduk di tanahair ini sejak 1500 sebelum Masihi?

Perlukah kita bercerita tentang Empayar SriVijaya, Kerajaan Kedah Tua hingga ke empayar Kesultanan Melayu Melaka? Benar ada pengaruh hindu di Lembah Bujang tetapi itu adalah sebahagian dari kawasan kerajaan Kedah Tua yang mempunyai hubungan dagangan dengan pedagang dari benua India. Atas pengaruh itu dan ada raja dan penduduk kerajaan Kedah Tua yang menganuti agama Hindu selain mempercayai semangat. Namun mereka masih Melayu dan bukannya orang dari Benua India datang menetap di sana.

Atau perlukah kita bercerita tentang sistem buruh bebas, sistem kontrak dan sistem Kangani yang membawa pekerja dari India untuk menjadi buruh di ladang-ladang di tanahair ini oleh pihak Inggeris?

Mungkin waktu pra merdeka yang perlu sedikit dinyatakan di mana penduduk di tanahair ini adalah terdiri rakyat raja iaitu orang Melayu yang tinggal di negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu, warga negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) yang diberikan taraf warga oleh British dan pendatang serta pekerja yang di bawa masuk oleh British. Apabila tanahair mendapat kemerdekaan berdasarkan persetujuan penduduk ini diberi taraf kewarganegaraan DAN orang Melayu diberi sedikit hak keistimewaan seperti dinyatakan dibawah Perlembagaan Malaysia.

Jika YB Menteri ini belajar sejarah, YB Menteri ini tahu tentang hak kepada orang Melayu dan hak warganegara lain seperti termaktub dalam Perlembagaan. Usahlah cuba ubah atau buat kenyataan mengenai sejarah hanya untuk menjustifikasi hujah politik sendiri. Ia bukan hanya menunjukkan YB Menteri seorang yang buta sejarah tetapi seorang yang tidak tahu perlembagaan. YB Menteri sendiri yang akan malu!!






Comments

  1. Seorang lagi YB Menteri PH yang sangat menjengkelkan

    ReplyDelete
  2. Koling ni elok antar ya kat negara asal dia baru dia tahu sebab dia ni buta sejarah dia dulu belajar sejarah keling buka melayu puiiii pundek

    ReplyDelete
  3. Mana ahli parlimen ph yg bangsa melayu kenapa x bersuara apa takut ka atau xda telur atau pondan x berani bantah sekeras keras nya puiiii la

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tugu Peringatan Sg Lui?

KETUANAN MELAYU DI NEGARA INI HENDAK DITAMATKAN?

Masjid Kg Ulu, Melaka Tengah,Melaka 1728: Aku pernah berucap di dalamnya!