JANJI OH JANJI


Memetik Hadith Nabi:

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kini hanya tinggal 28 hari (waktu tulisan artikel ini) untuk Kerajaan Malaysia Baharu untuk melunaskan janji 100 hari seperti yang tertera dalam Buku Manifesto Harapan yang dilaungkan dengan hebat sewaktu kempen Pilihanraya ke 14 yang lalu. 9 haribulan Mei 2018 menyaksikan rakyat Malaysia memberikan mandat kepada parti Pakatan Harapan untuk membentuk Kerajaan menggantikan Barisan Nasional setelah 61 tahun memerintah negara ini.

Apakah manifesto atau janji 100 hari itu? Mungkin umum telah tahu, namun elok juga dibentangkan semula janji-janji tersebut untuk direnungkan.



Buku manifesto ini ditandatangani sendiri oleh Tun Mahathir sendiri dan dia telahpun diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke -7. Dengan kuasa pentabiran kini ditangan beliau,adakah janji-janji ini telah dipenuhi memandangkan hanya tinggal 28 hari sebelum genap 100 hari?

Tun Mahathir sendiri menyatakan bahawa manifesto bukanlah “kitab suci” yang tidak boleh diubah. Beliau turut mengakui bahawa 100 hari tidak cukup dan kerajaan memerlukanlebih masa untuk melaksanakan semua janji itu. Namun beliau menyalahkanpentadbiran terdahulu kononnya banyak kerosakan yang telah dilakukan untuk Kerajaan yang beliau ketuai perbetulkan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pula berkata, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan sementara beberapa inisiatif dalam Janji 100 Hari mereka sehingga keadaan kewangan negara bertambah.baik..

Ada juga Menteri Kerajaan Malaysia Baharu memberi kenyataan bahawa ketika merangka manifesto mereka dihalang dari mendapat akses kepada maklumat dan dokumen rasmi dan apabila mereka telah menang mereka menyedari mereka tidak dapat melunaskan manifesto dalam masa yang dijanjikan.

Di laporkan juga bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz menyifatkan tempoh seratus hari Pakatan Harapan (HARAPAN) memenuhi sepuluh janjinya itu sebagai tidak masuk akal.Beliau mempersoalkan ketika wawancara dengan stesen radio perniagaan BFM.“Jika kita buang tempoh seratus hari yang bodoh itu, maka kamu akan mendapat perspektif yang lebih baik. Kamu tidak boleh melakukan perkara (pelaksanaan janji) dalam masa seratus hari.“Tiada negara di dunia boleh menyelesaikan semua masalah dalam seratus hari,” katanya.

Jelas terang lagi bersuluh,Tun Mahathir, menteri beliau beserta penyokong kuat beliau tidak yakin manifesto ini akan dilunaskan dalam tempoh 100 hari.

Mana datangnya tempoh masa100 hari ini? 

Kerajaan BN sebelum ini dalam manifesto pilihanraya tidak pernah menjanjikan tindakan usaha dalam tempoh 100 hari. Tempoh 100 hari Ini adalah konsep yang diceduk oleh Pakatan Harapan dari sejarah politik dan pentadbiran Amerika. Presiden ke 32 Amerika iaitu Franklin Delano Roosevelt pada tahun 1933 telah melancarkan Perjanjian Baru (The New Deal) untuk memulihkan kembali keadaan ekonomi Amerika yang ketika itu dilanda dengan kemelesetan yang teruk (The Great Depression). Selama 100 hari selepas beliau menjadi Presiden Amerika beliau bersama Dewan Kongress meluluskan undang-undang,membuat dasar dan program untuk memulihkan keadaan ekonomi negara tersebut. Walaupun tindakan tersebut tidak memulihkan keadaan kemelesetan dengan serta merta namun ia menjadi asas positif ke arah membaiki keadaan ekonomi Amerika pada masa itu. Sejak itu, tempoh 100 hari telah dijadikan kayu pengukur dalam  menilai janji-janji pembaharuan presiden-presiden Amerika selepas itu.

Bijak pandai parti PH ini menceduk konsep ini demi untuk menawan hati rakyat semasa kempen PRU-14 yang lalu. Menteri mereka mengakui sendiri mereka tidak mendapat maklumat sepenuhnya sebelum mereka merangka manifesto tersebut. Ini bermakna mereka sendiri sedar bahawa apa yang dijanjikan mereka kepada rakyat bukanlah perkara yang betul dan boleh ditunaikan. Tun Mahathir pula lebih lagi, beliau sendiri yang menandatangani Manifesto tersebut.

Janji hanya tinggal janji,rakyat yang berharap menerima janji tersebut terus menggigit jari menunggu tempoh genapnya 100 hari.Betulah apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Zahid Hamidi di sidang Parlimen tentang tanda-tanda orang MUNAFIK iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.

Mari sama-sama kita nantikan dan kita nilaikan……..

Comments

Popular posts from this blog

Tugu Peringatan Sg Lui?

KETUANAN MELAYU DI NEGARA INI HENDAK DITAMATKAN?

Masjid Kg Ulu, Melaka Tengah,Melaka 1728: Aku pernah berucap di dalamnya!