Posts

Showing posts from July, 2018

BILA PEMIMPIN BUTA SEJARAH

Image
       “Study history, study history. In history lies all the secrets of statecraft.”       (Pelajari sejarah, pelajari sejarah. Di dalam sejarah ada semua rahsia kenegaraan . )        — Winston Churchill Terbaru, YB Menteri Sumber Manusia telah memberikan ucapan yangkontroversi di Nilai, Negeri Sembilan di mana beliau mendakwa bahawa Melayu adalah bangsa pendatang. Beliau turut mendakwa bahawa kaum India telah terlebih dahulu berada di tanahair ini,sejak 2500 tahun dahulu dengan berbuktikan kesan sejarah di Lembah Bujang,Kedah. Dengan hujah itu, beliau mengatakan kaum India hendaklah mempunyai hak setaraf dengan orang MELAYU di tanahair ini. Panjang ceritanya jika hendak berbicara tentang sejarah. Perlu ke hendak berbicara tentang etnik Melayu Proto dan Melayu Duetro sebagai penduduk di tanahair ini sejak 1500 sebelum Masihi? Perlukah kita bercerita tentang Empayar SriVijaya, Kerajaan Kedah Tua hingga ke empayar Kesultanan Melayu Melaka? Benar ada pe

HORMATI PENDIRIAN ORANG MUDA

Image
“This world demands the qualities of youth: not a time of life but a state of mind, a temper of the will, a quality of imagination, a predominance of courage over timidity, of the appetite for adventure over the love of ease.” — Robert F. Kennedy. Ini adalah petikan kata-kata dari seorang senator Amerika terkenal, Robert F. Kennedy (1925-1968) bahawa dunia ini sememangnya memerlukan kualiti orang muda untuk menghadapi cabaran kelangsungannya. Dalam konteks kenegaraan, sememangnya tidak boleh dinafikan peranan orang muda dalam menentu hala tuju dan masa depan sesebuah negara. Kerajaan dan kepimpinan Barisan Nasional yang telah memegang tampuk pemerintahan negara ini selama 61 tahun telah “direhatkan ” sebahagiannya berpunca dari undi orang muda yang tidak memihak kepada Barisan Nasional. Kemungkinan orang muda di negara ini mahu menguji blok pentadbiran lain untuk membuktikan kaedah pentadbiran mereka lebih baik dari blok pentadbiran sebelumnya. Ini adalah suatu proses amalan d

MENABUNG UNTUK SELESAIKAN HUTANG?

Image
Pada 30-5-2018 lalu, suatu tabung telah di wujudkan oleh Kerajaan Malaysia Baru bagi membantu Kerajaan Malaysia Baru untuk menyelesaikan hutang negara. Menurut Menteri Kewangan yang bijaksana hutang negara kini mencecah RM 1 trillion. Tabung ini diberi nama Tabung Harapan dan ia dikelolakan oleh Menteri Kewangan. Kewujudan tabung ini berinspirasikan iniatif seorang graduan undang-undang, Shazarina Bakti yang memulakan pengumpulan wang dengan tujuan untuk membantu negara bagi menyelesaikan hutang. Menteri Kewangan yang bijaksana memuji inisiatif wanita muda ini dan menyatakan ia adalah suatu tindakan yang terpuji dan amat patriotik kepada negara. Sumbangan ke tabung ini adalah secara sukarela dan tidak dipaksa. Sejak ia dilancarkan, tabung ini telah mengumpul lebih RM100 juta hasil sumbangan orang persendirian, pertubuhan dan dari syarikat konglomerat apatah lagi apabila turut diumumkan setiap sumbangan adalah layak untuk pengecualian cukai. Di Negeri Sembilan setakat ini,

JANJI OH JANJI

Image
Memetik Hadith Nabi: “ Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati .” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Kini hanya tinggal 28 hari (waktu tulisan artikel ini) untuk Kerajaan Malaysia Baharu untuk melunaskan janji 100 hari seperti yang tertera dalam Buku Manifesto Harapan yang dilaungkan dengan hebat sewaktu kempen Pilihanraya ke 14 yang lalu. 9 haribulan Mei 2018 menyaksikan rakyat Malaysia memberikan mandat kepada parti Pakatan Harapan untuk membentuk Kerajaan menggantikan Barisan Nasional setelah 61 tahun memerintah negara ini. Apakah manifesto atau janji 100 hari itu? Mungkin umum telah tahu, namun elok juga dibentangkan semula janji-janji tersebut untuk direnungkan. Buku manifesto ini ditandatangani sendiri oleh Tun Mahathir sendiri dan dia telahpun diangkat menjadi Perdana Menteri Malay

PERLU KE IKTIRAF UEC?

Image
PERLU KE IKTIRAF UEC? Dewasa ini, acapkali disebut perkataan “ UEC ” dan berbagai reaksi timbul mengenainya. Ada pihak mahu UEC diiktiraf dan ada pihak yang menentangnya. Sabtu ini di SOGO Kuala Lumpur, akan di adakan perhimpunan   aman oleh Gerakan Mahasiswa GAMIS bagi   membantah UEC ini dari diiktiraf oleh Kerajaan.      Melihat persoalan mengenai UEC dan mengapa ada pihak membantahnya, perlu kita telusuri makna dan fakta tentang UEC ini. Perkara ini sudah lama tetapi kembali timbul setelah Pilihanraya Ke-14, apabila Kerajaan PH mengambil alih pentadbiran negara ini.           Bukalah Wikipedia atau google sahaja perkataan UEC, maka berlambak-lambak artikel, laporan media dan catatan berkenaan UEC. UEC adalah singkatan bagi Unified Examination Certificate atau Sijil Peperiksaan Bersama yang diduduki oleh pelajar-pelajar sekolah persendirian cina. Menurut Dong Zhong (Persatuan Jawatankuasa Sekolah-Sekolah Cina Bersatu Malaysia ) sijil ini telah diiktiraf di banyak negara s