PERTUNJUKAN MAGIS DAN SILAP MATA PH


Sebulan setelah memenangi PRU-14, YB Menteri Kewangan  menggemparkan seluruh rakyat Malaysia dengan menyatakan bahawa hutang Kerajaan mencecah 1 trillion ringgit sekaligus menjadikan kadar hutang negara sebanyak 83%, dari keluaran kasar negara (KDNK) , suatu petunjuk yang mencemaskan bahawa negara berada di ambang kebankrapan.

Namun minggu lepas, semasa Tun Dr. Mahathir membentangkan laporan setengah penggal Rancangan Malaysia Ke-11, hutang negara hanya pada jumlah RM 688 bilion ringgit sahaja iaitu hanya 50% dari KDNK. 50% masih di bawah tahap selamat kerana penarafan antarabangsa menyatakan pengurusan hutang negara adalah terkawal selagi ia berada di paras bawah 55% dari KDNK. Jumlah hutang ini disahkan oleh laporan Bank Negara sendiri.



Pelik sungguh tindak tanduk YB Menteri Kewangan ini. Beria-ia mengeluarkan kenyataan tentang hutang kerajaan mencecah 1 trillion ringgit. Wujudkan tabung harapan. Minta sumbangan dari rakyat kononnya sumbangan diperlukan untuk membayar hutang negara. Tapi dokumen rasmi semasa pembentangan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke 11 hanya mencatatkan hutang negara sebanyak RM 688 billion sahaja.Mengapa tidak dinyatakan RM 1 trillion? Adakah ini pertunjukan magis atau silap mata oleh Menteri Kewangan?

Pertunjukan magis atau silap mata YB Menteri Kewangan bukan hanya itu sahaja. Baru-baru ini beliau mengatakan bahawa semasa mengambil alih pemerintahan negara, wang di dalam akaun semasa negara hanya ada RM 450 juta. Nak bayar gaji pekerja kerajaan dan pencen pesara pun tak dapat sebab perbelanjaan penggajian dan pencen adalah RM 8 billion sebulan. Seperti skrip biasa, YB Menteri Kewangan telah menyalahkan Kerajaan BN kerana boros berbelanja dan menggunakan wang dalam akaun semasa itu untuk kempen pilihanraya.



Bulan silih berganti ,pekerja dan pesara tetap mendapat gaji dan pencen.Menurut rekod , Kerajaan tidak mendapat hasil antara Mei hingga Ogos 2018 kerana telah mensifarkan GST dan baru memulakan kutipan SST hanya pada bulan September 2018.Tiba-tiba beberapa hari lalu Menteri Kewangan membuat kenyataan dalam akaun semasa ada lebihan sebanyak RM 3.25 bilion pula! Mana datangnya duit sebanyak ini hingga ada lebihan? Apa magis atau silap mata Menteri ini pakai  untuk meningkatkan wang kerajaan, jika benar kerajaan ada RM 450 juta sahaja setakat April 2018?


Atau keadaan sebenarnya bukan seperti yang diperkatakan oleh YB Menteri Kewangan? Atau sebenarnya wang kerajaan masih ada tetapi dimanipulasikan jumlahnya oleh YB Menteri Kewangan?



Jika benar wang kerajaan ada , buatlah bayaran kepada kontrantor bumiputera dan kepada kontraktor sekuriti yang masih ternanti-nanti bayaran dari kerajaan untuk kerja serta khidmat yang telah diberikan. Mengapa menangguhkan bayaran mereka. Nak bagi alasan apa lagi? Hutang negara terlalu tinggi? Bank negara dan dokumen separuh penggal RM ke 11 dan sahkan hutang negara cuma RM 688 bilion sahaja.Nak kata kerajaan tidak ada duit dalam akaun semasa? YB menteri sendiri telah sahkan ada lebihan RM 3.25 billion. Oleh itu apa lagi alasan nak diberikan? Adakah nak lihat kontraktor ini gulung tikar dan terpaksa membuang pekerja baru nak mula bayar?



Adakah nak lagi bersilap mata atau membuat pertunjukan magis seperti alasan diberi semasa gagal menunaikan manifesto?


Pertunjukan magis atau silap mata paling hebat oleh kerajaan PH!

Fikir-fikirkanlah !

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tugu Peringatan Sg Lui?

KETUANAN MELAYU DI NEGARA INI HENDAK DITAMATKAN?

Masjid Kg Ulu, Melaka Tengah,Melaka 1728: Aku pernah berucap di dalamnya!