KERAJAAN PH ADALAH KERAJAAN CAMPURAN SOSIALISME DAN LIBERALISME?


Dalam sebuah program “Bicara minda bersama Tun Dr Mahathir Mohamad” yang di adakan di Sekyen 15, Shah Alam baru-baru ini, Tun Dr Mahathir (TDM) mengakui beliau terpaksa menyesuaikan pemikiran beliau dengan aliran sosialisme dan liberalism dalam pemimpin Pakatan Harapan (PH).Namun ketika beliau diajukan dengan soalan berhubung dengan dakwaan masyarakat Melayu bahawa PH anti-islam dan mendokong liberalisme, beliau mengatakan ia adalah tuduhan musuh kerajaan.

Mungkin usia membuatkan TDM membuat dua kenyataan yang bercanggah pada suatu masa atau mungkin hanya ingin menyanggah dakwaan.





Namun apa yang dilihat berlaku di negara dewasa ini adalah peristiwa demi peristiwa yang berlaku yang menunjukkan pengaruh liberalisme seolah-olah mahu dikembangkan. Terbaru adalah Pesta Arak atau Oktoberfest dan Perjumpaan peminat “gay” Kriss dan Singto yang secara tidak langsung mempromosi gaya hidup pasangan homosexual. Peliknya, kerajaan PH tidak menentang langsung pengaruh ini malah membenarkan budaya asing ini berlaku.







Mungkin tidak perlu diceritakan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah intrumen dan rujukan teras kepada negara ini. Mungkin Kerajaan PH mengatakan bahawa penganjuran pesta seumpama ini dibenarkan kerana menuruti syarat yang dikenakan oleh pihak berkuasa. Sebenarnya ia lebih dari sekadar menuruti syarat tetapi ianya menyentuh persoalan samada perkara asas dalam Perlembagaan dicabuli atau sebaliknya

Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menyatakan Islam adalah Agama Persekutuan. Adakah sesuai jika budaya asing lagi songsang ini boleh dibenarkan berlaku disebuah negara yang mengangkat Islam sebagai agama? Ia adalah sesuatu mencemarkan kesucian agama Islam itu sendiri.

Perkara ini jelas menyentuh sensitiviti orang beragama islam di negara ini.Ada laungan dan suara dari pemimpin bukan Islam mengatakan bahawa perkara ini tidak melibatkan orang beragama Islam dan orang Islam seharusnya menghormati aktiviti orang yang bukan beragama Islam.Persoalannya perkara seperti Octoberfest dan Perjumpaan Peminat Gay ini bukan amalan agama orang bukan Islam yang perlu dihormati.Bagaimana pula persoalan tentang orang bukan Islam perlu menghormati sensitiviti orang Islam yang merupakan penduduk majoriti di negara ini?

Apa yang lebih membahayakan adalah penghakisan kepercayaan dan kesetiaan orang-orang Islam di negara ini kepada Raja-Raja Melayu dan kepada Yang DiPertuan Agong (YDPA). Perkara 3 Perlembagaan turut menyatakan bahawa Ketua Agama Islam di negeri-negeri beraja adalah Sultan yang memerintah dan bagi negeri-negeri tidak beraja dan wilayah persekutuan, YDPA adalah Ketua Agama Islam. Rakyat beragama Islam di negara ini mungkin tertanya-tanya mengapa Ketua-ketua Agama Islam hanya mendiamkan diri dan membenarkan perkara yang mencemarkan agama Islam berlaku?

Dalam negara ini, Sultan di negeri-negeri dan YDPA menjalankan peranan dan tanggungjawab mengikut nasihat dari barisan EXCO dan Jemaah Menteri.Ini jelas tertera dibawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan. Namun sekiranya barisan EXCO dan Jemaah Menteri tidak menjalankan tanggungjawab mereka atau gagal untuk menjalankannya bagaimana Sultan dan YDPA hendak menjalankan peranan dan tanggungjawab seperti tertera dalam Perlembagaan?

Atau adakah ini bibit-bibit usaha aliran fikiran sosialisme “memperkudakan” pemahaman liberalisme ke arah untuk menjadikan negara ini sebuah Republik?    

Allah SWT berfirman (mathumnya):-

"Wahai orang-orang yang beriman,janganlah kamu mengambil jadi walimu,orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu dan orang-orang kafir. Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang yang beriman,"
Al Maidah (5:57)


Fikir-fikirkanlah















Comments

Popular posts from this blog

Tugu Peringatan Sg Lui?

KENAPA ANGKUH SANGAT YB?