Mengkorporatkan UMNO Perhubungan Negeri…..Perlu ke atau saje POYO?
1. Dalam mesyuarat
UMNO Perhubungan Negeri baru-baru ini, YAB Dato’ Seri Mohamad Hasan selaku Pengerusi
mengumumkan bahawa suatu badan yang beroperasi secara korporat akan diwujudkan untuk
menguruskan urusan UMNO Perhubungan Negeri Sembilan.
2. Dalam
pengumuman itu beliau menyatakan pada masa kini pentadbiran UMNO tidak lagi di uruskan
dengan asas kesukarelawan semata-mata tetapi perlu diuruskan secara serius oleh
pekerja –pekerja yang bekerja sepenuh masa dan dibayar gaji.
3. Menurut
beliau lagi kewujudan badan korporat ini tidak akan bercanggah dengan struktur
Badan Perhubungan seperti yang sedia ada malah akan beroperasi selari dengan
Badan Perhubungan Negeri dengan menguruskan beberapa fungsi biro Badan Perhubungan seperti latihan kepada ahli,
pengurusan media baru dan pendaftaran pengundi baru.
4. Inilah
kali pertama aku mendengar sebuah badan di bawah struktur parti sahsiah hendak
dikorporatkan operasinya. Tiada negeri
lain yang pernah mencadangkan atau melaksanakan . Malah Majlis Tertinggi UMNO yang
mentadbir urus perjalanan badan-badan perhubungan, bahagian-bahagian mahupun
cawangan-cawangan UMNO seluruh negara pun tidak pernah mengkorporatkan
operasinya.
5.
Mungkinkah ini dinamakan transformasi tetapi jika jawapannya “Ya” mengapa Badan
Perhubungan UMNO Negeri Sembilan sahaja? Kenapa tidak Majlis Tertinggi UMNO
dahulu yang mengambil inisiatif serupa kerana melalui Fasal 12.1 Perlembagaan UMNO
Majjlis Tertinggi yang menubuhkan badan-badan Perhubungan negeri. Memandangkan
UMNO ini adalah sebuah parti siasah yang ditubuhkan dan dikelolakan berpandukan
Perlembagaan maka perkara ini perlu dirujuk Perlembagaan. Persoalannya adakah
dibawah Perlembagaan UMNO operasi Badan Perhubungan UMNO boleh di korporatkan?
6.
Melihatkan kepada Fasal 12.13 tentang tanggungan kuasa dan kewajiban Badan
Perhubungan Negeri segala tanggungan dan kewajiban tersebut boleh dijalankan
dengan cara lazimnya dan tidak menerbitkan keperluan operasi Badan Perhubungan dikorporatkan. Ia boleh
diuruskan oleh seorang Setiausaha Perhubungan yang bijak dibantu pula oleh
Setiausaha Kerja yang cekap serta anggota-anggota Badan Perhubungan yang
digajikan. Oleh itu kenapa perlu nak dikorporatkan?
7. Pada
pandangan aku, Badan Perhubungan ini dapat berfungsi dengan baik sekiranya persetujuan
dan keredhaan dari ketua-Ketua Bahagian-Bahagian UMNO dibawahnya atau jika
tidak semua dari majoriti mereka. Dengan persetujuan dan keredhaan mereka ini
biro-biro boleh dibentuk dan fungsi biro digerakkan termasuklah latihan,media
baru mahupun pendaftaran ahli baru. Dalam situasi Negeri Sembilan mungkin
dahulu sedikit sukar tetapi setelah pemilihan UMNO baru-baru ini ,perkara ini
bukan lagi mustahil atau menyulitkan . Jika asas dan fungsi ini dikorporatkan
apa gunanya serta apa maknanya lagi pandangan dan persetujuan dari
bahagian-bahagian? Satu lagi persoalan timbul jika badan operasi ini tidak ada
dalam Perlembagaan bolehkah badan operasi ini memberi apa-apa arahan kepada
bahagian-bahagian untuk menjayakan fungsi-fungsi disebut tadi. Mungkin selepas ini banyak pertanyaan
sama akan berulang kali di dengar, “Sapa kau”??
8. Dengar
gembar-gembur pula, abang kepada Dato Mohamad Hasan
yang akan menjadi ketua badan operasi korporat. Bukankah ini bakal
menyulitkan keadaan dan hubungan dengan bahagian-bahagian? Bak kata salah
seorang anggota yang bertugas di Badan UMNO Perhubungan, “Entahlah esok nak
dengar cakap Dato’Hashim Rusdi ke atau Dato’ Azman?”
9.
Persoalan yang bermain dalam kepala aku adakah dengan ada penerima-penerima gaji sepenuh masa UMNO ini akan lebih efisien?
Bolehkah Badan Perhubungan mengambil ketetapan yang tidak ada dalam
Perlembagaan? Walaupun Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan mahu mendabik
dada sebagai Badan Perhubungan pertama di Malaysia yang beroperasi secara
korporat tetapi adakah ia dibolehkan dalam Perlembagaan atau wujud ke keperluan
sedemikian atau saje nak POYO………?
10. Malam ini
biarlah aku tidur dengan persoalan-persoalan itu…….
Ni lah caro ee Mad Hassan nak lotak balik Tuk Azman kat Perhubungan. Dulu kono bantai ngan ketua-ketua bahagian. Sekarang ni dia dah dapek cucuk hidung 4 ketua bahagian tu yang mule nak buek UMNO ikut selero dio ajo. Tu lah crito ee!
ReplyDelete