KANGKUNG DULU NAIK SEKARANG TURUN……….




Ha ha ha …..! Lucu juga bila bait ucapan Menteri Perdana dijadikan bahan lelucuan. Ada di buat dalam bentuk grafik ada juga yang dibuat dalam bentuk muzik “remix”. Semuanya boleh dilihat dalam alam maya dan bak kata mat saleh .. It has gone viral! LOL!

Dalam rakyat meredah cabaran dek kenaikan kos sara hidup, apa sahaja yang dicakapkan oleh pak-pak menteri menjadi tumpuan. Di sudut hati rakyat , mereka berharap dan menanti-nantikan Pak-Pak Menteri berkata sesuatu yang melegakan mereka. Contohnya harga minyak diturunkan ke, rebat TNB di perluaskan ke. Kenapa perlu sebut pasal kangkung? Apa siknifikan harga kangkung yang perlu di sebut? Apakah mungkin hidangan sotong kangkung turun harga selepas ini?

Pak –Pak Menteri ini seharusnya berhati-hati berkata semasa berucap atau ketika ditemu ramah oleh wartawan. Semua ingat pasal kata-kata “Kalau  harga ayam mahal, makanlah ikan atau daging! Kalau harga tol tinggi gunalah jalan lama! Sekarang ni cerita kangkung pulak! Entah apa pulak lepas ni dan Pak Menteri mana pula yang akan buat kenyataan yang bakal diomok-omokkan oleh rakyat.

Perlu kita waspada kerana ada pihak yang menangguk di air yang keruh. Hanya dengan ucapan yang silap, terus diperbesarkan-besarkan hingga kewibawaan pak-pak menteri di pertkaikan oleh rakyat. Yang teruk kena sindir adalah orang UMNO di akar umbi kerana pemimpin mereka di jadikan bahan lelcuan dan bahan ketawa!

Pak-pak Menteri selaku pemimpin UMNO peringkat atasan ni sibuk suruh orang UMNO akar umbi ini pergi berkursus kepimpinan. Kini orang UMNO diakar umbi menyatakan  agar  Pak Menteri-Pak Menteri berstatus Tan Sri, Dato Seri ini pergi berkursus. Belajar macamana seharusnya seorang pemimpin nak bercakap tentang isu rakyat bila berdepan dengan wartawan atau berucap di depan awam!

Dulu masa zaman Tun Mahathir, dikumpulkan Pak-Pak Menteri zaman dia di Ulu Sepri, Rembau untuk berkursus. Masa itu Tan Sri Nordin Kardi jadi ketua jurulatih dan pemudahcaranya. Orang kata Tun macam-macam tapi fakta menunjukkan pukul 4.30 pagi dia dah turun di Surau Ulu Sepri baca Al Quran semasa pak-pak menteri lain masih lagi diulit mimpi.Di sanalah pak-pak menteri dan ketua-ketua pengarah kementerian di latih untuk memantapkan kepimpinan. Namun masa zaman Pak Lah hingga zaman DS Najib sekarang, latihan sedemikian tidak lagi dibuat!


Dalam keadaan mencabar ini eloklah pemimpin-pemimpin berstatus Tan Sri dan Dato Seri ini berkursus untuk cara mententeramkan rakyat dari ucapan-ucapan mereka. Tinggalkan status dan gelaran di pagar kem dan basuhlah tray sendiri selepas makan. Lupakan curut HABANA dan tidurlah atas katil bertingkek-tingkek. Jadilah orang biasa di sana..…... Pergilah berkursus! 

Comments

Popular posts from this blog

Tugu Peringatan Sg Lui?

Masjid Kg Ulu, Melaka Tengah,Melaka 1728: Aku pernah berucap di dalamnya!

KETUANAN MELAYU DI NEGARA INI HENDAK DITAMATKAN?