TMM 2014 …Bolehkah ia jana ekonomi orang Melayu di NS?
1. Tahun 2014 telah diisytiharkan secara rasminya
semalam oleh TS Muhydin sebagai Tahun Melawat Malaysia (TMM) dengan slogan Celebrating
1 Malaysia, Truly Asia. TS Muhydin dalam ucapannya yakin TMM 2014 berupaya menjadi
pemangkin kepada perkembangan industri pelancongan di negara ini dengan
mensasarkan kemasukan sebanyak RM 76 billion dengan jangkaan kemasukan
pelancong ke negara ini seramai 28 juta orang.
2. Bagaimana aktiviti pelancongan boleh dilihat sebagai salah satu
bentuk industri di negara ini? Mudah sahaja. Jika ada 1 juta pelancong datang
ke negara kita dan membelanjakan purata RM 50.00 seorang di Malaysia, bermakna
duit sebanyak RM 50 juta telah mengalir masuk dan telah dijanakan di Malaysia
yang boleh dikongsi oleh peniaga atau penyedia perkhidmatan yang di beli atau
digunakan oleh pelancong-pelancong tersebut. Seterusnya peniaga atau penyedia
menggunakan wang tersebut untuk membeli barang dari peniaga lain atau
membayar gaji atau upah pekerja, maka di
sini kita lihat rantaian ekonomi telah diwujudkan. Sekiranya aktiviti ini
disusun-sediakan secara sistematik maka terhasillah suatu sektor ekonomi atau
industri berpaksikan aktiviti pelancongan yang boleh membawa hasil yang lumayan.
3. .Malaysia adalah sebuah negara yang aman makmur
dan tidak ada bencana alam yang besar. CNNTravel mengiktirafkan Malaysia
sebagai negara keempat destinasi untuk berbeli belah di dunia dan agensi yang
lain pula mengiktiraf Malaysia mempunyai pantai dan pusat peranginan bertaraf
10 terbaik dunia. Selain itu, masyarakat berbilang kaum yang menpunyai adat resam
dan budaya berbeza serta bermacam jenis makanan memberikan “plus point” untuk
pelancong datang ke Malaysia.
4. . Namun dalam konteks Negeri Sembilan, adakah
Negeri Sembilan berupaya untuk mendapatkan bahagian dalam anggaran kautan
sebanyak RM 76 billion tersebut ? Lebih spesifik lagi persoalannya,berapa ramai
orang Melayu di Negeri Sembilan ini berupaya dapat hasil dari rantaian ekonomi
industri pelancongan ini?
5. Dalam persidangan Majlis Perundingan Belia
Daerah Seremban dua tahun lepas aku pernah mengajukan soalan kepada Pengurus
Besar PKNNNS mengenai pembangunan usahawan muda dalam sektor pelancongan di Negeri
Sembilan. Tiada jawapan yang jelas diberikan oleh Pengurus Besar PKNNS pada
masa itu walaupun diakui sektor pelancongan adalah suatu sektor yang boleh
diterokai dan berupaya memberikan keuntungan lumayan kepada usahawan muda.
Setahun sebelum itu aku tergelak semasa membaca laporan akhbar bila EXCO yang
bertanggungjawab atas portfolio pelancongan pada masa itu merasmikan pembukaan restoran
nasi arab di Paroi (sebelah rumah ketua UMNO cawangan Kg Dusun Nyior). Katanya, dengan pembukaan restoran seumpama itu boleh menarik pelancong Arab yang datang
melancong ke Negeri Sembilan. Pada pandangan aku yang ramai makan nasi arab ini
orang Melayu yang beralih selera nak merasa makanan arab bila dah jemu makan di
kedai tom yam setiap hari atau orang Melayu yang berangan nak jadi orang Arab. Makan
di restoran nasi arab pun nak berjubah bagai! Tup-tup 4 bulan selepas itu kedai
itu gulung tikar sebab tak dapat sambutan!
6. .Aku sempat melayari facebook Lembaga Penggalak Pelancongan
Negeri Sembilan dan mendapati Negeri Sembilan mengetengahkan PD sebagai pusat
peranginan, Nilai 3 sebagai destinasi beli- belah, Inap Desa seperti Homestay
Pelegong,pameran di muzium –muzium dalam negeri, hutan lipur dan kraftangan. Di
samping itu ada juga program seperti panjat gunung , berkayak, konvoi yang
dianjurkan. Lebih kurang itu sahaja yang diketengahkan oleh Negeri Sembilan. Jika
itu sahaja, maka amat sukar untuk usahawan Melayu untuk memulakan perniagaan
berpaksikan aktiviti pelancongan kerana kekurangan rantaian ekonomi diwujudkan.
Apa guna buka perniagaan jika diketahui ia akan merugikan?
7. Apa yang ingin juga aku katakan sebenarnya di Negeri
Sembilan kita kekurangan strategi tersusun untuk mewujudkan tarikan bagi menarik
pelancong datang ke Negeri Sembilan. Bila tiada tarikan bagaimana kita mahu
mengharap pelancong untuk datang. Bila tiada pelancong, rantaian ekonomi
seperti di atas tidak dapat diwujudkan.Ketiadaan rantaian ekonomi menyebabkan
usahawan Melayu akan ragu-ragu untuk mengusahakan perniagaan yang berpaksikan
aktiviti pelancongan. Selain dari Port Dickson berapa kerap kita nampak pelancong
asing berada di Seremban, Kuala Pilah atau Tampin untuk melancong? Adakah pelancongan
di Negeri Sembilan ini hanya tertumpu di Port Dickson sahaja?
8. .Untuk menghasilkan serta melaksanakan suatu
strategi tersusun bagi pelancongan bukan hanya terletak di bahu Lembaga
Penggalak Pelancongan Negeri Sembilan (LPPNS) semata-mata walaupun ejensi
tersebut boleh berperanan sebagai Koordinator bagi pembangunan industri pelancongan
di Negeri Sembilan. Ia memerlukan garapan kerjasama dari pelbagai pihak untuk
merencana, membiayai serta perlaksanaan sesuatu tarikan pelancong. Contohnya,
mewujudkan tarikan memancing ikan di Empangan Talang di Kuala Pilah. Mesti ada kelulusan
SAINS bagi membolehkan pengusaha menjalankan operasi bot atau feri pemancing di Empangan tersebut. Mesti ada tempat seperti Resort atau tempat
persinggahan di bina dan ini perlu kelulusan dari Pejabat Daerah Kuala Pilah.
Untuk adakan bot atau feri atau membina Resort perlu ada pembiayaan. Apabila
semua itu wujud dan dengan pengiklanan yang agresif bersepadu serta sistematik
yang diterajui oleh LPPNS, barulah pelancong dalam dan luar negeri akan tiba. Pada
masa yang sama ini direalisasikan LPPNS perlu berperanan setapak lagi untuk mengenalpasti
usahawan di Kg Talang atau berdekatan untuk mengusahakan industri inap desa
bagi menampung keperluan pelancong-pelancong yang berbajet kecil untuk menginap,
mengenalpasti usahawan untuk menjual kuih atau makanan tradisi kepada pelancong,
usahawan yang boleh menyediakan kelengkapan dan keperluan memancing, yang boleh
menjual momento dan T Shirt “ I wuz at Talang” dan sebagainya. Inilah perspektif
potensi rantaian ekonomi yang dimaksudkan di atas diaktifkan.Dari inap desa
hingga ke jual T Shirt jika diberikan kepada orang Melayu, orang Melayu di Kg
Talang sekurang-kurang mendapat limpahan hasil dari aktiviti pelancongan
tersebut. Katalah, 1000 orang pelancong datang ke Empangan Talang dan
membelanjakan purata RM 50.00 seorang untuk tempoh 1 tahun, sebanyak RM 50,000-00
berpusing untuk manfaat orang-orang Melayu di Kg Talang di tahun tersebut!
gambaran bot dan feri memancing
Mengambilkira apa yang ada pada masa sekarang ini persoalannya bolehkah
TMM 2014 memberi hasil kepada ekonomi orang Melayu di NSDK ini?
Salam Mok,
ReplyDeleteTo the best of my concern, the business scenarios of the Malays are not taken seriously by government agencies. The Dewans Perniagaan are normally politically motivated. Knowing you for more than 30 years, I would love to see you take the initiative to build the Malay businesses. Get rid of UMNO man first from your mind. Go to the Malays regardless of political inclination, InsyaAllah Malays will be much better in economy.
Remember, when you asked me to assist you in developing Malays, I gave you one condition. "Take Malays from all different political view" but you refused...
So, my friend, build the Malays not UMNO Malays...