RULE OF LAW CAP AYAM ?




Semalam adalah Hari Terkejut Se-Malaysia. Tun Mahathir terkejut, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terkejut. Ini semua disebabkan oleh Lim Guan Eng dan Phang Li Khoon dilepaskan serta dibebaskan dari dua tuduhan rasuah oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang setelah perbicaraan telah bermula separuh jalan.

Amat pelik apabila SPRM memohon untuk menarikbalik kes sedangkan kes sudah berjalan dan sesudah 25 orang saksi telah dipanggil memberi keterangan. Bukankah sebelum memulakan pendakwaan kes,pihak Pendakwa SPRM sepatutnya sudah bersedia dengan bukti yang kukuh dan saksi yang mantap? Adakah pihak Pendakwa SPRM tiada wibawa sehingga memohon menarikbalik kes setelah perbicaraan bermula?

Bukankah SPRM ada duluan kes (dalam bahasa perundangan dipanggil “precedent”) yang kukuh kerana salah satu pertuduhan tersebut adalah hampir serupa dengan kes pendakwaan terhadap bekas Menteri Besar Selangor Dato Seri Khir Toyo yang mana akhirnya Dato Seri Khir Toyo disabitkan bersalah dan dihukum penjara?


Atau adakah ini disebabkan oleh arahan dari Peguam Negara? Jika benar, tak perlulah SPRM hendak terkejut dan tidak perlulah Tun Mahathir juga hendak rasa terkejut kerana Tun Mahathir sendiri yang menasihati YDPA agar Tommy Thomas ini dilantik sebagai Peguam Negara.

Sebelum ini, banyak kes pertuduhan telah ditarikbalik atas arahan Peguam Negara. Kes-kes dibawah Akta Hasutan yang melibatkan pemimpin PH seperti R. Sivarasa,N. Surendran, aktivis PH seperti Lawrence Jayaraj dan kartunis Zunar, semuanya telah ditarikbalik walaupun perbicaraan kes-kes tersebut telah bermula.

Apabila meneliti perkembangan ini,seolah-olah  ada corak atau petunjuk bahawa penarikan balik kes-kes ini bermotifkan politik.

Memang benar, di bawah Perlembagaan Persekutuan disebutkan bahawa seorang Peguam Negara boleh menarikbalik atau memberhentikan mana-mana kes pendakwaan yang sedang berlangsung dan keputusan Peguam Negara ini juga tidak boleh dicabar dalam Mahkamah. Namun apakah sebenarnya pertimbangan untuk menarikbalik kes-kes pendakwaan yang sedang dibicarakan dalam Mahkamah yang kesemuanya melibatkan pemimpin atau aktivis PH? Bukankah apabila setiap kes sudah mula dibicarakan maknanya pihak pendakwaan telah yakin mempunyai keterangan yang mantap terhadap yang dituduh? Jika ini benar, mengapa kes-kes ini perlu ditarikbalik? Selagi tiada penjelasan yang munasabah dan rasional diberikan rakyat boleh bersangkaan bahawa Peguam Negara telah menggunakan kuasa dengan cara SESUKA HATINYA atau bermotifkan politik.

Tun Mahathir telah menasihati YDPA bahawa Tommy Thomas adalah orang yang selayaknya memegang jawatan Peguam Negara untuk menjunjung dan menegakkan kedaulatan undang-undang (Rule of Law) dengan ertikata sebenarnya. Namun setakat ini, apa yang diperlihatkan amat meragukan! Dalam bahasa kasarnya ,bagai CAP AYAM sahaja!

Perkataan yang sering bermain di bibir Tun Mahathir sebaik sahaja menang PRU-14 lalu bahawa negara ini akan ditadbir dengan mendaulatkan undang-undang ( that this country shall be governed by rule of law).Namun jika dilihat perkembangan sejak PRU-14 berkaitan dengan cara pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan cara Lembaga Pengampunan bersidang, berkaitan pemberhentian Tan Sri Afandi Ali sebagai Peguam Negara, berkaitan cara ahli-ahli Parlimen PH yang menuduh tanpa siasat dalam Dewan Parlimen, berkaitan penyitaan kapal mewah Equanimity hinggalah kepada penarikanbalik kes yang sedang dibicarakan terhadap pemimpin dan aktivis PH di Mahkamah,semua ini membuahkan keraguan. Adakah ada konsep Rule of Law yang sering dilaungkan ini benar-benar diikuti?

Atau adakah boleh disebut sebagai Rule of Law cap Ayam ?

Fikir-fikirkan!

Comments

Popular posts from this blog

Tugu Peringatan Sg Lui?

KETUANAN MELAYU DI NEGARA INI HENDAK DITAMATKAN?

Masjid Kg Ulu, Melaka Tengah,Melaka 1728: Aku pernah berucap di dalamnya!