Posts

Showing posts from December, 2013

SELAMAT DATANG TAHUN 2014

Image
1. Tahun 2013 kian sampai ke penghujung dan tahun 2014 kian hampir menjengah.Tahun 2013 pastinya melakarkan berbagai peristiwa yang akan menjadi lembaran sejarah untuk diingati  oleh masing-masing dalam kita semua meniti ke usia matang. 2, Lazimnya setiap kedatangan tahun baru akan disulami dengan pertanyaan " Apakah azam pada tahun baru" . Ironinya azam tahun 2013 dan yang lepas-lepas masih belum tercapai , inikan pula mahu menambah item baru dalam senarai azam yang kian lama kian panjang . Dari seorang individu ke individu azam peribadi mungkin berlainan tetapi "azam terpaksa" yang popular kepada hampir kebanyakan rakyat Malaysia adalah untuk berjimat cermat dalam berbelanja memandangkan pengumuman kenaikan harga tarif elektrik , kadar tol dan juga kenaikan harga barang-barang. 3.  Semasa Perhimpunan Agung UMNO 2013 baru-baru ini , walaupun  ada desakan dari Khairy Jamaludin dan saf sayap pemuda UMNO untuk mengkaji semula atau menangguhkan kenaikan tarif e...

Time to consider a new social contract?

Image
1. To start with, I would like to thank Safril, my dear old friend for sharing something worthy of a deep contemplation. He shared with me the writing of Khairy Jamaluddin entitled “Time to consider a new social contract ”. It was also highlighted to me that the same writing was published in the “EDGE” newspaper, a widely circulated business newspaper in KL. 2. Indeed I must admit that Khairy , the Malaysia UMNO Youth Chief who is also the MP for Rembau, has a really beautiful mind. In his writing, he is so concerned about the present state of parallelism in Malaysia’s multi-racial society especially in education and in economy that made many young Malaysians lead their lives divorced from others from different ethnic backgrounds He also proposed some solutions on the problem. How many young men in this nation could come out with this kind of thoughts? Not many I presume. 3. When the phrase ‘social contract’ is mentioned many would rush to notion of Malay privilege, Malay lan...

BENGANG! BENGANG! BANGANG!

Image
Pagi tadi semasa aku singgah di Stesen Petronas untuk mengisi minyak kereta, aku terpandang tajuk utama akhbar The Star di rak akhbar di depan kaunter pembayaran. Bunyi tajuknya amat menarik “Painful but necessary”. Lantas aku beli senaskah dan aku letakkan di kerusi penumpang dan menyimpan hasrat untuk membacanya kemudian. Semasa aku berkesempatan untuk minum pagi aku bawa naskah akhbar the Star bersama. Nescafe tarik satu! Kurang manis! Mamak yang ambil pesanan tu nampaknya faham walaupun kulihat dia menggeleng-goyang kepala dia. Aku mintak untuk kurang manis sempena menyahut seruan Kerajaan untuk mengurangkan ambilan gula. Nescafe tarik yang ku pesan dah dihantar.Sambil aku minam nescafe tarik yang lemak,sedikit pahit dan manis bercampur itu aku tarik akhbar the Star tadi dan terus menatapnya. Dibawah tajuk “Painful but necessary” aku teruskan bacaanku. Bacaan aku bersambung ke muka 2 dan 3 akhbar tersebut. Selesai membaca aku menghela nafas panjang. Tariff elektrik nak ...