Posts

Showing posts with the label Catatan Perjalanan

PAI AYAM UNTUK KAK LONG…

Image
Aku masih lagi ingat ketika kali pertama makan “homemade” pai. Masa itu aku masih lagi menuntut di Kuala Kangsar . Tak salah aku masa itu aku di Tingkatan 3. Masa itu ada cuti umum di hujung minggu jadi hari Isnin berikutnya adalah hari cuti. Nak balik ke Seremban rasanya cuti terlalu singkat. Sahabat aku Farizal pula ajak balik ke rumah dia di Alor Setar . Memandangkan rasa bosan akan terasa jika duduk sahaja di asrama, jadi aku memohon untuk balik kampong. Bukan balik ko Sromban tapi pi Aloq Staq!  Masa di Alor Setar aku diberitahu bahawa datuk sahabat aku ni adalah bekas Chef di Istana Kedah . Kemahiran datuk sahabat aku ni antaranya adalah buat pai dan pastry untuk santapan DiRaja. Ilmu dan kemahiran datuk sahabat aku ni rupanya diturunkan kepada ibu sahabat aku. Dalam masa singkat di Alor Setar itu sempat juga aku dihidangkan dengan pai Ayam dan pai Daging (home made). Itulah kali pertama aku merasa makan pai dan walaupun aku tidak pernah merasa makan pai sebelum itu ...

Masjid Kg Ulu, Melaka Tengah,Melaka 1728: Aku pernah berucap di dalamnya!

Image
1. Pernahkah anda semua sampai,bersolat atau menziarahi Masjid Kampung Ulu, Melaka Tengah Melaka? Mungkin ini persoalan yang biasa bagi anda semua. Namun bagi aku berpeluang berada di sana dan juga di beri perhormatan untuk berucap ditengah-tengah Masjid itu adalah suatu pengalaman yang besar bagi diri aku sebagai seorang Melayu yang beragama Islam dan tidak akan aku lupakan hingga akhir hayat. 2. Apa istimewanya Masjid ini? Jikalau kita tidak mahu belajar sejarah kita tidak akan jumpa keistimewaannya. Sebagai pembuka coretan kata perlu aku maklumkan bahawa Masjid Kg Ulu, Melaka ini adalah Masjid yang tertua terbina di Malaysia dan masih berfungsi hingga ini. 3. Jika diikutkan sejarah, semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka ada sebuah masjid di bina di mana dipercayai lokasi pembinaannya adalah kawasan bersetentang dengan bangunan Stadhuys (Bangunan Pentadbiran Penjajah Belanda kini dicat merah jambu). Namun semasa tentera Portugis menakluk Melaka pada 24 Ogos 1511, tentera Portugis te...

Tugu Peringatan Sg Lui?

Image
Setelah melepaskan penat lelah di Kuala Terengganu akibat kesesakan melampau di Kelantan, aku meneruskan perjalanan pulang ke Seremban. Nak ikut jalan pantai rasanya jauh , jadi aku buat keputusan ikut jalan Kuala Behrang-Bukit Besi – Bukit Sagu dan masuk ikut lebuhraya LPT melalui tol Kuantan. Memandu atas lebuhraya LPT (Lebuh Raya Pantai Timur) cepat membuatkan mata aku mengantuk. Ye- lah , dah makan Nasi Berlauk Ikan Tongkol untuk sarapan, mananya tak cepat mengantuk. Terus aku buat keputusan keluar ikut jalan Temerloh-Kemayan- Jempol –Kuala Pilah untuk kembali ke Seremban. Mungkin dengan menggunakan jalan tersebut,kadar waspada (alertness) dalam pemanduan akan terus dapat dikekalkan. 25 kilometer lagi nak sampai ke Bandar Sri Jempol, aku terperasan satu binaan ditepi jalan. Sebelum itu memang ada papan tanda menyatakan Tugu Peringatan Sungai Lui. Aku pernah beberapa kali lalu melewati binaan tersebut bila aku ada kes di Mahkamah Tinggi Temerloh dan setiap kali lalu, aku sering t...

Catatan Perjalanan

Image
Rasanya keputusan hendak pulang ke Seremban pada hari Sabtu selepas seminggu beraya di Kota Bharu adalah keputusan yang betul. Mungkin esoknya hari Ahad bermakna ada satu hari untuk berehat sebelum memulakan kerja. Aku mula meragui keputusan yang di buat itu apabila tersekat di persimpangan ke Tanah Merah / Kuala Krai/Pasir Puteh. Ketiga-tiganya adalah jalan utama keluar dari Kelantan. Melihat hala ke Tanah Merah saujana mata memandang kereta sahaja. Begitu juga ke arah Kuala Krai. Kulihat kereta bergerak bagai kura-kura yang kena demam kura. Melihat keadaan begitu, aku rasa mungkin lebih baik ikut jalan ke Kuala Terengganu. Untung-untung Restoren Eastern di Jertih buka, boleh aku berhenti beli "pau" Mok Cik sebelah jambatan Jertih. Satu "eccentricity yang tercipta setelah sekian lama berulang alik ke Kota Bharu. Hangat hati rasanya bila tersangkut dalam kesesakan beberapa jam. Almaklum orang berduyun-duyun balik . Tapi yang tak boleh aku terima tersangkut dalam kes...