PERTUNJUKAN MAGIS DAN SILAP MATA PH
Sebulan setelah memenangi PRU-14,
YB Menteri Kewangan menggemparkan
seluruh rakyat Malaysia dengan menyatakan bahawa hutang Kerajaan mencecah 1
trillion ringgit sekaligus menjadikan kadar hutang negara sebanyak 83%, dari
keluaran kasar negara (KDNK) , suatu petunjuk yang mencemaskan bahawa negara
berada di ambang kebankrapan.
Namun minggu lepas, semasa Tun Dr.
Mahathir membentangkan laporan setengah penggal Rancangan Malaysia Ke-11,
hutang negara hanya pada jumlah RM 688 bilion ringgit sahaja iaitu hanya 50%
dari KDNK. 50% masih di bawah tahap selamat kerana penarafan antarabangsa menyatakan
pengurusan hutang negara adalah terkawal selagi ia berada di paras bawah 55%
dari KDNK. Jumlah hutang ini disahkan oleh laporan Bank Negara sendiri.
Pelik sungguh tindak tanduk YB
Menteri Kewangan ini. Beria-ia mengeluarkan kenyataan tentang hutang kerajaan
mencecah 1 trillion ringgit. Wujudkan tabung harapan. Minta sumbangan dari
rakyat kononnya sumbangan diperlukan untuk membayar hutang negara. Tapi
dokumen rasmi semasa pembentangan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke
11 hanya mencatatkan hutang negara sebanyak RM 688 billion sahaja.Mengapa tidak
dinyatakan RM 1 trillion? Adakah ini pertunjukan magis atau silap mata oleh Menteri
Kewangan?
Bulan silih berganti ,pekerja dan
pesara tetap mendapat gaji dan pencen.Menurut rekod , Kerajaan tidak mendapat
hasil antara Mei hingga Ogos 2018 kerana telah mensifarkan GST dan baru
memulakan kutipan SST hanya pada bulan September 2018.Tiba-tiba beberapa hari
lalu Menteri Kewangan membuat kenyataan dalam akaun semasa ada lebihan sebanyak
RM 3.25 bilion pula! Mana datangnya duit sebanyak ini hingga ada lebihan? Apa magis
atau silap mata Menteri ini pakai untuk
meningkatkan wang kerajaan, jika benar kerajaan ada RM 450 juta sahaja setakat
April 2018?
Atau keadaan sebenarnya bukan
seperti yang diperkatakan oleh YB Menteri Kewangan? Atau sebenarnya wang
kerajaan masih ada tetapi dimanipulasikan jumlahnya oleh YB Menteri Kewangan?
Jika benar wang kerajaan ada ,
buatlah bayaran kepada kontrantor bumiputera dan kepada kontraktor sekuriti
yang masih ternanti-nanti bayaran dari kerajaan untuk kerja serta khidmat yang
telah diberikan. Mengapa menangguhkan bayaran mereka. Nak bagi alasan apa lagi?
Hutang negara terlalu tinggi? Bank negara dan dokumen separuh penggal RM ke 11
dan sahkan hutang negara cuma RM 688 bilion sahaja.Nak kata kerajaan tidak ada
duit dalam akaun semasa? YB menteri sendiri telah sahkan ada lebihan RM 3.25
billion. Oleh itu apa lagi alasan nak diberikan? Adakah nak lihat kontraktor
ini gulung tikar dan terpaksa membuang pekerja baru nak mula bayar?
Adakah nak lagi bersilap mata
atau membuat pertunjukan magis seperti alasan diberi semasa gagal menunaikan
manifesto?
Pertunjukan magis atau silap mata
paling hebat oleh kerajaan PH!
Fikir-fikirkanlah !
WcaforWsorji Adriana Grieves Crack
ReplyDeleteroydiastersi