BILA PEMIMPIN BUTA SEJARAH
“Study history, study history. In history lies all the
secrets of statecraft.”
(Pelajari sejarah, pelajari sejarah. Di dalam
sejarah ada semua rahsia kenegaraan.)
— Winston Churchill
Terbaru, YB Menteri Sumber Manusia telah memberikan ucapan yangkontroversi di Nilai, Negeri Sembilan di mana beliau mendakwa bahawa Melayu
adalah bangsa pendatang. Beliau turut mendakwa bahawa kaum India telah terlebih dahulu berada di tanahair ini,sejak 2500 tahun dahulu dengan berbuktikan kesan sejarah di Lembah Bujang,Kedah.
Dengan
hujah itu, beliau mengatakan kaum India hendaklah mempunyai hak setaraf dengan
orang MELAYU di tanahair ini.
Panjang ceritanya jika hendak
berbicara tentang sejarah. Perlu ke hendak berbicara tentang etnik Melayu Proto
dan Melayu Duetro sebagai penduduk di tanahair ini sejak 1500 sebelum Masihi?
Perlukah kita bercerita tentang
Empayar SriVijaya, Kerajaan Kedah Tua hingga ke empayar Kesultanan Melayu
Melaka? Benar ada pengaruh hindu di Lembah Bujang tetapi itu adalah sebahagian
dari kawasan kerajaan Kedah Tua yang mempunyai hubungan dagangan dengan
pedagang dari benua India. Atas pengaruh itu dan ada raja dan penduduk kerajaan
Kedah Tua yang menganuti agama Hindu selain mempercayai semangat. Namun mereka
masih Melayu dan bukannya orang dari Benua India datang menetap di sana.
Atau perlukah kita bercerita tentang sistem
buruh bebas, sistem kontrak dan sistem Kangani yang membawa pekerja dari India
untuk menjadi buruh di ladang-ladang di tanahair ini oleh pihak Inggeris?
Mungkin waktu pra merdeka yang perlu
sedikit dinyatakan di mana penduduk di tanahair ini adalah terdiri rakyat raja
iaitu orang Melayu yang tinggal di negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah
Melayu, warga negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) yang
diberikan taraf warga oleh British dan pendatang serta pekerja yang di bawa masuk
oleh British. Apabila tanahair mendapat kemerdekaan berdasarkan persetujuan penduduk
ini diberi taraf kewarganegaraan DAN orang Melayu diberi sedikit hak keistimewaan
seperti dinyatakan dibawah Perlembagaan Malaysia.
Jika YB Menteri ini belajar sejarah, YB
Menteri ini tahu tentang hak kepada orang Melayu dan hak warganegara lain seperti
termaktub dalam Perlembagaan. Usahlah cuba ubah atau buat kenyataan mengenai
sejarah hanya untuk menjustifikasi hujah politik sendiri. Ia bukan hanya
menunjukkan YB Menteri seorang yang buta sejarah tetapi seorang yang tidak tahu
perlembagaan. YB Menteri sendiri yang akan malu!!
Seorang lagi YB Menteri PH yang sangat menjengkelkan
ReplyDeleteKoling ni elok antar ya kat negara asal dia baru dia tahu sebab dia ni buta sejarah dia dulu belajar sejarah keling buka melayu puiiii pundek
ReplyDeleteMana ahli parlimen ph yg bangsa melayu kenapa x bersuara apa takut ka atau xda telur atau pondan x berani bantah sekeras keras nya puiiii la
ReplyDelete