Posts

Showing posts from 2013

SELAMAT DATANG TAHUN 2014

Image
1. Tahun 2013 kian sampai ke penghujung dan tahun 2014 kian hampir menjengah.Tahun 2013 pastinya melakarkan berbagai peristiwa yang akan menjadi lembaran sejarah untuk diingati  oleh masing-masing dalam kita semua meniti ke usia matang. 2, Lazimnya setiap kedatangan tahun baru akan disulami dengan pertanyaan " Apakah azam pada tahun baru" . Ironinya azam tahun 2013 dan yang lepas-lepas masih belum tercapai , inikan pula mahu menambah item baru dalam senarai azam yang kian lama kian panjang . Dari seorang individu ke individu azam peribadi mungkin berlainan tetapi "azam terpaksa" yang popular kepada hampir kebanyakan rakyat Malaysia adalah untuk berjimat cermat dalam berbelanja memandangkan pengumuman kenaikan harga tarif elektrik , kadar tol dan juga kenaikan harga barang-barang. 3.  Semasa Perhimpunan Agung UMNO 2013 baru-baru ini , walaupun  ada desakan dari Khairy Jamaludin dan saf sayap pemuda UMNO untuk mengkaji semula atau menangguhkan kenaikan tarif e

Time to consider a new social contract?

Image
1. To start with, I would like to thank Safril, my dear old friend for sharing something worthy of a deep contemplation. He shared with me the writing of Khairy Jamaluddin entitled “Time to consider a new social contract ”. It was also highlighted to me that the same writing was published in the “EDGE” newspaper, a widely circulated business newspaper in KL. 2. Indeed I must admit that Khairy , the Malaysia UMNO Youth Chief who is also the MP for Rembau, has a really beautiful mind. In his writing, he is so concerned about the present state of parallelism in Malaysia’s multi-racial society especially in education and in economy that made many young Malaysians lead their lives divorced from others from different ethnic backgrounds He also proposed some solutions on the problem. How many young men in this nation could come out with this kind of thoughts? Not many I presume. 3. When the phrase ‘social contract’ is mentioned many would rush to notion of Malay privilege, Malay lan

BENGANG! BENGANG! BANGANG!

Image
Pagi tadi semasa aku singgah di Stesen Petronas untuk mengisi minyak kereta, aku terpandang tajuk utama akhbar The Star di rak akhbar di depan kaunter pembayaran. Bunyi tajuknya amat menarik “Painful but necessary”. Lantas aku beli senaskah dan aku letakkan di kerusi penumpang dan menyimpan hasrat untuk membacanya kemudian. Semasa aku berkesempatan untuk minum pagi aku bawa naskah akhbar the Star bersama. Nescafe tarik satu! Kurang manis! Mamak yang ambil pesanan tu nampaknya faham walaupun kulihat dia menggeleng-goyang kepala dia. Aku mintak untuk kurang manis sempena menyahut seruan Kerajaan untuk mengurangkan ambilan gula. Nescafe tarik yang ku pesan dah dihantar.Sambil aku minam nescafe tarik yang lemak,sedikit pahit dan manis bercampur itu aku tarik akhbar the Star tadi dan terus menatapnya. Dibawah tajuk “Painful but necessary” aku teruskan bacaanku. Bacaan aku bersambung ke muka 2 dan 3 akhbar tersebut. Selesai membaca aku menghela nafas panjang. Tariff elektrik nak

Mengkorporatkan UMNO Perhubungan Negeri…..Perlu ke atau saje POYO?

1. Dalam mesyuarat UMNO Perhubungan Negeri baru-baru ini, YAB Dato’ Seri Mohamad Hasan selaku Pengerusi mengumumkan bahawa suatu badan yang beroperasi secara korporat  akan diwujudkan   untuk menguruskan urusan UMNO Perhubungan Negeri Sembilan. 2. Dalam pengumuman itu beliau menyatakan pada masa kini  pentadbiran UMNO tidak lagi di uruskan dengan asas kesukarelawan semata-mata tetapi perlu diuruskan secara serius oleh pekerja –pekerja yang bekerja sepenuh masa dan dibayar gaji. 3. Menurut beliau lagi kewujudan badan korporat ini tidak akan bercanggah dengan struktur Badan Perhubungan seperti yang sedia ada malah akan beroperasi selari dengan Badan Perhubungan Negeri dengan menguruskan beberapa fungsi biro  Badan Perhubungan seperti latihan kepada ahli, pengurusan media baru dan pendaftaran pengundi baru. 4. Inilah kali pertama aku mendengar sebuah badan di bawah struktur parti sahsiah hendak dikorporatkan operasinya. Tiada  negeri lain yang pernah mencadangkan atau melaksa

PAI AYAM UNTUK KAK LONG…

Image
Aku masih lagi ingat ketika kali pertama makan “homemade” pai. Masa itu aku masih lagi menuntut di Kuala Kangsar . Tak salah aku masa itu aku di Tingkatan 3. Masa itu ada cuti umum di hujung minggu jadi hari Isnin berikutnya adalah hari cuti. Nak balik ke Seremban rasanya cuti terlalu singkat. Sahabat aku Farizal pula ajak balik ke rumah dia di Alor Setar . Memandangkan rasa bosan akan terasa jika duduk sahaja di asrama, jadi aku memohon untuk balik kampong. Bukan balik ko Sromban tapi pi Aloq Staq!  Masa di Alor Setar aku diberitahu bahawa datuk sahabat aku ni adalah bekas Chef di Istana Kedah . Kemahiran datuk sahabat aku ni antaranya adalah buat pai dan pastry untuk santapan DiRaja. Ilmu dan kemahiran datuk sahabat aku ni rupanya diturunkan kepada ibu sahabat aku. Dalam masa singkat di Alor Setar itu sempat juga aku dihidangkan dengan pai Ayam dan pai Daging (home made). Itulah kali pertama aku merasa makan pai dan walaupun aku tidak pernah merasa makan pai sebelum itu teta

BOS! Mintak RM 8 juta setahun untuk orang Melayu di Negeri Sembilan, boleh?

Image
1. Baru-baru ini dilaporkan dalam akhbar arus perdana bahawa sebanyak RM 20 juta daripada rizab Kerajaan Negeri Sembilan akan diperuntukkan untuk tabung khas dikenali sebagai Tabung Amanah Penyelesaian Masalah Rakyat (TAPMR) bertujuan untuk menyelesaikan pelbagai masalah rakyat seperti bencana alam dan kerosakan infrstruktur tanpa menunggu pembentangan dan kelulusan Belanjawan Negeri untuk menyelesaikan masalah rakyat.  2. Menurut Menteri Besar lagi RM 20 juta ini akan diambil dari rizab Kerajaan yang terkumpul iaitu sebanyak RM 438 juta dan wang ini boleh digunakan secara terus untuk menyelesaikan masalah rakyat. 3. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Menteri Besar dan pihak Kerajaan negeri yang dapat mengumpul rizab yang banyak dan dapat digunakan untuk manfaat rakyat. Berdasarkan fakta ini rasanya Kerajaan negeri tidak mempunyai masalah kewangan jika suatu Tabung untuk menyelesaikan permasalahan ekonomi Bumiputera/Melayu turut ditubuhkan di Negeri Sembilan. 

Adakah COMANGO suatu bentuk Yahudi dan Nasrani seperti yang dinyatakan dalam kalam Tuhan?

COMANGO atau sebutan panjangnya “ Coalition of Malaysian NGO” baru-baru ini telah menyediakan serta menyerahkan suatu laporan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) bagi proses semakan berkala sejagat Majlis Hak Asasi Manusia tersebut (UNHRC Universal Periodical Review) Laporan tersebut dimasukkan di dalam Laporan Pemegang Kepentingan (Stakeholder’s Report) bersama dengan laporan dari NGO-NGO lain sama ada dari luar atau dalam Malaysia berkaitan pelbagai isu hak asasi manusia .  Tujuan laporan tersebut kononnya untuk memberi gambaran kepada UNHRC tentang isu-isu hak asasi manusia dan bagaimana isu-isu tersebut dikendalikan di Malaysia selaku negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN). Apabila Laporan tersebut sampai ke pengetahuan umum ia menjadi kontroversi dan dipertikaikan kerana beberapa sebab iaitu:- 1. COMANGO bukanlah wakil suara NGO-NGO di Malaysia kerana dalam 54 badan NGO yang kononnya bergabung di bawah COMANGO hanya 12

APO BONDO EE… GST NI?

Image
Beberapa hari lalu, aku ada duduk “minam” dengan beberapa kenalan di sebuah kedai mamak di Paroi Jaya. Antara kenalan tersebut ada yang berusia lebih tua dari aku. Menu “minam” macam biasa seperti tersenarai dalam Menu 1 Malaysia (the tarik + roti canai). Kenalan yang lebih tua tersebut makan “Roti John”. Nampak sedap je dia makan. He he he…. orang belanja, mestilah sedap! Semasa sesi “minam” tu, banyak perkara yang diperbualkan dan diceritakan. Itulah keajaiban perbincangan “warung the tarik”. Semua isu dan permasalahan dunia dibincangkan dan turut dicadangkan resolusi-resolusinya tetapi masalah diri sendiri tak dapat nak selesaikan. Antara tajuk perbualan masa itu adalah mengenai Bajet 2014 yang baru dibentangkan oleh DS Najib beberapa hari lalu. Cerita punye cerita keluar topik pasal GST. “Apo bondo ee..?” Tanya kenalan aku yang lebih tua tersebut.GST! Ulang kawan aku yang sorang lagi. “ Apo bondo ee.. GST ni? Tanya dia lagi dengan mulut penuh mengunyah Roti John.  Sebe

SO... WHAT'S UP?

It has been a while since my last posting. Many developments had taken place since. For example, I was involved in the recent UMNO election where I contested for a place in Seremban UMNO comitee seat as well as for a ticket as a delegate to Perhimpunan Agng UMNO next November. I succeeded on both counts. For record purposes, this is the third time I am holding a divisional post. First, back in 1999, i sat as a comitee member for Seremban UMNO Youth. Second, I was appointed as Division UMNO Youth Secretary in 2008. Unfortunately my reign as Youth Secretary was prematurely cut short as my service was terminated due to my refusal to condone to disrespectful and idiotic actions by the then Youth Chief. In the recent UMNO electon, both the then Youth Chief and I offered ourselves as candidates. He registered his bid for Vice Chief post while I humbly registered for a Division comitee post. How did we both fare in the contest? Like I said earlier , I appeared as victor while he l