Posts

Showing posts from 2011

JOM! Bikin ayam panggang sumbat beryani

Image
Balik kerja awal hari ini. Hujan pulak tuh! Sampai rumah tukar uniform rumah (kain pelikat & t- shirt), pergi kat dapur bukak peti ais. Nampak ayam seekor dalam peti ais. Terus teragak nak experimen buat ayam panggang sumbat beryani. Sebenarnya, minggu lepas hari Jumaat ada tengok siri Spice Route tajaan ADABI di TV 3. Siri tu menceritakan pengalaman Chef Hussin pergi ke Turki mempelajari cara masakan makanan Turki. Dalam siri tu, dia paparkan kaedah masakan Karoobah atau erti nya nasi goreng dengan daging cincang biri-biri campur dengan badam kemudian di masukkan dalam perut kambing yang dimasak dengan rempah dan herba selama 3 jam. Di akhir siri tersebut , Chef Hussin buat masakan versi ayam. Masak nasi beryani dan disumbat dalam ayam. Ayam di lumur dengan rempah kari, cili paste, garam dan beberapa ramuan lagi dan di masak dalam oven pada suhu 180C selama 45 minit. Dalam hati aku kata "nampak senang je!" Jadi bila nampak ayam dalam peti ais aku tengok apa bahan yang ad

DEFYING THE DIVINE ORDAIN?

Image
1. “WHOA!” That was the first word blurted when I read the news about the program called SEXUALITY MERDEKA 2011 organized with the official tag of creating awareness to the public about LESBIANS, BISEXUALS, GAY & TRANSEXUALS (LBGT) and about their rights in leading their lives their own ways. I verily believe this is the first of its kind and frankly, this is the first time that I see such a program being organized in Malaysia. 2. Though this program received full support from several organizations like Bar Council and SUARAM yet many parties, religious bodies and Non- Governmental Organizations (NGOs) despised and protested to the organizing of such program. The protesting parties cried out and loudly said that it is not at all acceptable and in defying the divine ordain. Police reports had also been made and last I knew the police had declared a ban on such program. 3. A friend asked me for my personal opinion on this issue. His cynical tone really is sickening since I am a membe

Antara harapan ayah bonda dan kepentingan politik

Image
1. Semalam, Mahkamah Rayuan telah memutuskan serta mengisytiharkan bahawa Seksyen 15 Akta Universti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sebagai tidak sah dan melanggarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah Rayuan memutuskan sedemikian setelah mendengar rayuan 4 orang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mencabar keputusan Lembaga Disiplin Pelajar yang mengenakan hukuman disiplin keatas mereka. Hukuman disiplin ini dikenakan kerana pelajar-pelajar ini ditahan oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dalam kempen Pilihanraya Kecil Hulu Selangor lalu. 2. Mahkamah Rayuan yang bersidang dengan 3 orang Hakim Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan majoriti 2-1 di mana Yang Amat Arif Hakim (YAA) Datuk Wira Low Hop Bing tidak bersetuju dengan keputusan dengan YAA Hakim yang lain. Rayuan tersebut turut didengar oleh YAA Mohd Hishamudin dan YAA Datuk Linton Albert. 3. YAA Mohd Hishamudin dalam keputusannya mengatakan bahawa Seksyen 15 AUKU tidak munasabah kerana ia menyekat

Masjid Kg Ulu, Melaka Tengah,Melaka 1728: Aku pernah berucap di dalamnya!

Image
1. Pernahkah anda semua sampai,bersolat atau menziarahi Masjid Kampung Ulu, Melaka Tengah Melaka? Mungkin ini persoalan yang biasa bagi anda semua. Namun bagi aku berpeluang berada di sana dan juga di beri perhormatan untuk berucap ditengah-tengah Masjid itu adalah suatu pengalaman yang besar bagi diri aku sebagai seorang Melayu yang beragama Islam dan tidak akan aku lupakan hingga akhir hayat. 2. Apa istimewanya Masjid ini? Jikalau kita tidak mahu belajar sejarah kita tidak akan jumpa keistimewaannya. Sebagai pembuka coretan kata perlu aku maklumkan bahawa Masjid Kg Ulu, Melaka ini adalah Masjid yang tertua terbina di Malaysia dan masih berfungsi hingga ini. 3. Jika diikutkan sejarah, semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka ada sebuah masjid di bina di mana dipercayai lokasi pembinaannya adalah kawasan bersetentang dengan bangunan Stadhuys (Bangunan Pentadbiran Penjajah Belanda kini dicat merah jambu). Namun semasa tentera Portugis menakluk Melaka pada 24 Ogos 1511, tentera Portugis te

Aktiviti cuti deepavali: Buat chicken boxing

Image
Pernah tuan-tuan makan Chicken Boxing ? Bunyi aje macam acara "boxing" tapi sebenarnya ia adalah kepak ayam yang dilurutkan dagingnya dan kemudian digoreng hingga ranggup. Cerita pasal Chicken Boxing ini , teringat zaman mula-mula jadi peguam dahulu. Dahulu kalau Jawatankuasa Peguam Negeri buat majlis di Kelab Sg Ujong (sekarang Kelab Diraja Sungai Ujong) mesti antara hidangan yang selalu dihidangkan adalah Chicken Boxing namun kebelakangan ini jarang sekali aku lihat makanan ini dihidangkan. Hari itu dalam siri Masterchef Malaysia, Chef Jo ada tunjuk macamana kaedahnya untuk memotong kepak ayam untuk buat Chicken Boxing. Tak de lah susah sangat. Jadi cuti Deepavali hari itu , aku pun beli sekilo kepak ayam di Econsave dan bermulalah eksperimen aku Memotong kepak dan proses melurutkan daging Bahagian-bahagian kepak ayam: bahagian atas dijadikan Chicken Boxing, Bahagian tengah buat chicken wing Gaulkan chicken boxing dengan garam dan telur. Celupkan dalam tepung goreng ayam (A

KJ said: Time to consider a new social contract?

Image
1. To start with, I would like to thank Safril, my dear old friend for sharing something worthy of a deep contemplation. He shared with me the writing of Khairy Jamaluddin entitled “Time to consider a new social contract ”. It was also highlighted to me that the same writing was published in the “EDGE” newspaper, a widely circulated business newspaper in KL. 2. Indeed I must admit that Khairy , the Malaysia UMNO Youth Chief who is also the MP for Rembau, has a really beautiful mind. In his writing, he is so concerned about the present state of parallelism in Malaysia’s multi-racial society especially in education and in economy that made many young Malaysians lead their lives divorced from others from different ethnic backgrounds He also proposed some solutions on the problem. How many young men in this nation could come out with this kind of thoughts? Not many I presume. 3. When the phrase ‘social contract’ is mentioned many would rush to notion of Malay privilege, Malay language as t

Selaraskan semula tindakan…pulangkan kepada yang hak!

Image
1. Dalam melicinkan usaha bagi memberikan khidmat kepada rakyat, organisasi Barisan Nasional perlu memantapkan kaedah agar apa sahaja khidmat serta bantuan dapat di sampaikan kepada rakyat dengan kadar segera.Ini adalah dorongan dan keperluan perlaksanaan slogan 1 Malaysia yang telah diterima oleh BN di mana “Rakyat di dahulukan” 2. Dalam coretan kali ini, mahu aku sentuh sedikit tentang kewujudan , pengurusan dan perkhidmatan Pusat Khidmat Masyarakat Barisan Nasional di dua kawasan DUN yang jatuh ke tangan pembangkang; Ampangan dan Sikamat yang mana keduanya adalah di dalam kawasan Bahagian ataupun Parlimen Seremban. 3. Pusat Khidmat Masyarakat Barisan Nasional (PKMBN) di kedua-dua kawasan DUN ini diwujudkan oleh Barisan Nasional Negeri yang diketuai oleh YAB Dato Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan setelah kedua-dua kawasan DUN ini jatuh ke tangan pembangkang dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lalu. Kewujudannya pada nama dan secara dasar adalah untuk memberikan khidmat dari parti BN ke

Say What? A Winnable Candidate?

Image
1. As the heat of General Election is increasing, one of the most talked about issues among the BN members is inevitably about searching for right candidates to contest for the State and Parliament seats. Datuk Seri (DS) Najib had several times mentioned that BN will not place just any candidate but the candidate must be a “winnable candidate”. Say what? A winnable candidate? These questions rushed into my mind. So did he also mean after all these years BN have been putting candidates that were short of having winnable qualities? 2. DS Najib further described that a winnable candidate need not hold any post in the party where an ordinary member would suffice. According to him, the most important thing is that the candidate could garner majority acceptance and support from voters within and outside the party. 3. Are those descriptions “hard and fast” rules in determining whether a candidate is winnable or otherwise? What situations warrant a preference for an ordinary member to be ch

Walaupun pandai, cakap biarlah berlapik Prof!

Image
1. Bermula isu ini bila seorang Melayu pandai mula secara terang –terang mempertikaikan titah YTM Sultan dalam isu serbuan Jabatan Agama Islam ke atas Gereja Methodist. Katanya, seorang yang bergelar Profesor , titah YTM Sultan mengenai dalam isu serbuan Jabatan Agama Islam ke atas Gereja Methodist tidak konsisten dan dilakukan di luar kelaziman. 2. Semalam ada berita yang memetik kata Tun Mahathir yang menyifatkan kenyataan Profesor ini adalah “kurang ajar”walaupun Tun kurang pasti sama ada kenyataan professor ini menyalahi undang-undang atau tidak. Ada juga berita memetik kenyataan balas dari Profesor tersebut yang menyelar Tun Mahathir dengan mengatakan, “Kalau saya kurang ajar, Tun itu apa? “ Professor ini berkata sedemikian merujuk kepada ucapan Tun dalam membentang rang undang-undang pindaan perlembagaan yang menghadkan kuasa Raja-Raja pada tahun 1993. 3. Profesor inilah yang lantang mengkritik Kerajaan , mengkritik BN lebih-lebih lagi dalam isu BN mengambilalih kuasa pemerint

To be in reality or clouded in a shadow of doubt?

Image
1. It is within the public knowledge that the National Budget for year 2012 was tabled by Datuk Seri (DS) Mohd Najib in the Parliament on 5-10-2011. The tabling of the said budget had inevitably pulled public interests and this was evident by noticing in the following day, newspapers reporting the said budget were sold like hot cakes. Perhaps this is an accepted norm in Malaysia as the public are keenly interested to know what the Government may have to offer to the public in 2012’s socio economic blueprint. 2. It is also within the public knowledge that for the first time the Opposition Front /Pakatan Rakyat (PR) collectively released their own version of the Budget, 3 days prior to the tabling of the National Budget (NB). PR called it “the Shadow Budget” (SB) and the main intention for the release was to show that PR could do things differently, if not better, for socio economic sustainability and growth of this nation. 3. A friend asked whether this SB can be considered in the Parli

Terima Kasih diucapkan, tetapi………

Image
1. Dalam kesempatan ini , ingin aku ucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri (TPM) , Tan Sri Muhydin Yassin yang telah membuat lawatan kerja ke Ampangan . Kesudian Tan Sri untuk melawat ke pelusuk dan lopak Ampangan, tempat tanah tumpah darah dan tempat kelahiranku, amatlah aku hargai. 2. Ini ditambah lagi dengan pengumuman dari beliau tentang peruntukan untuk mencantik dan menambahbaik bangunan dan kemudahan di Ampangan . Dalam ucapan beliau beliau mengumumkan peruntukan untuk menambahbaik pasar Ampangan sebanyak RM 500,000-00, pembinaan Bazaar Ampangan sebanyak RM 4 juta dan mengecat semula Bangunan Flat UDA sebanyak RM 5.4 juta. Kesemuanya berjumlah RM 9.9 juta bakal diturunkan ke Ampangan . Inilah kebaikannya apabila pemimpin perdana turun padang dan lumrahnya dia akan bawa turun sekali peruntukan demi untuk kesahjetaraan rakyat. 3. Berbagai reaksi di dengar apakala pengumuman sebegini di buat. Ada yang bersyukur. Ada yang mengatakan ini “gula-gula” pilihanraya. Ada

Can socialism and religion co-exist?

Image
1. What prompted me to post that may sound like a serious academic debate is when I saw a posting in my Facebook about a Muslim Malay holding the position as DAP Deputy Branch Chairman in Negeri Sembilan. 2. I must admit it is quite rare, at least in Negeri Sembilan, for a Muslim Malay to join DAP. The normal routine would be if a Muslim or a Malay supports opposition he would have been a member of PAS or PKR but never a DAP member. 3. I also do not deny that now DAP is encouraging and is opening its door wide to Muslims or Malays to become its members. Why? DAP‘s official statement would be they are striving for multiracial memberships which is aligned to its motto “Malaysian Malaysia". However, any political dick and harry knows that it is a part of DAP strategies to overcome the problem they faced in Perak. 4. Winning majority state seats in Perak during 2008 General Election made DAP thought they could have the first DAP Menteri Besar of Perak, like Pulau Pinang having a D

Sudah cukupkah usaha kita ke arah memartabatkan pendidikan bangsa?

Image
Kem Zaaba 2011 anjuran Kelab Melayu NSDK-REGU 1. Bagi membuka bicara kata , tidak terlambat rasanya untuk aku ucapkan “ Selamat Menduduki Peperiksaan PMR” kepada semua calon dan kepada semua anak bangsa yang menduduki Peperiksaan tersebut. Tidak lupa juga kepada anak-anak yang terlibat dalam Kem Zaaba anjuran bersama Kelab Melayu Negeri Sembilan dan Rangkaian Guru-Guru Melayu Negeri Sembilan (REGU) dan aku berharap usaha kita bersama di berkati Allah SWT dengan kejayaan. 2. Apa yang dilakukan oleh Kelab Melayu Negeri Sembilan dan REGU bukanlah suatu perkara yang baharu. Dahulu kerapkali dapat dilihat ahli-ahli Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) melaksanakan program-program seumpama ini iaitu memberikan tiusyen atau bimbingan secara percuma dan sukarela kepada anak-anak bangsa dalam pendidikan. 3. Aku bersetuju dengan pandangan salah seorang bapa kepada anak yang terlibat dalam program ini. Menurutnya dahulu seringkali dilihat program-program seumpama ini sering dianjurkan teru

Cuba tidur sebantal, namun mimpinya lain-lain

Image
1. Kebelakangan ini timbul semula isu pasal undang-undang hudud. Dalam suratkhabar dan juga dalam media alternatif mula memaparkan semula pandangan-pandangan pemimpin perdana mahupun pemimpin Kerajaan tentang isu hukum hudud ini. 2. Seingat aku, perkara ini timbul semula apabila baru-baru ini Tun Mahathir mencabar Kerajaan PAS Kelantan untuk menggubal serta melaksanakan hukum Hudud. Kerajaan PAS telah mengambil semula pentadbiran negeri Kelantan pada pilihanraya Umum yang ke 9 iaitu pada Pilihanraya tahun 1995. Setelah 15 tahun memerintah, satu hukum hudud tidak pernah digubal oleh kerajaan pimpinan Tok guru Nik Aziz ini. 3. Tok guru Nik Aziz dengan pantas menyatakan bahawa PAS tetap akan menggubal dan melaksanakan hukum hudud. Kenyataan ini telah membawa reaksi dari pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain. Karpal Singh mengatakan hukum hudud tidak boleh dilaksanakan kerana ianya akan berlawanan dengan peruntukan Perlembagaan. Lim Guan Eng juga turut menyatakan ia tidak termaktub da

Mahathir’s maxims : A view on "A doctor in the house"

Image
Have you read Tun Mahathir’s book entitled “A doctor in the house”? I have the opportunity to read the 843 page of book recently. To my surprise, it has never been a boring experience to go through the book page by page. Every chapter has its own interesting story. I became so engrossed and oblivious to my surroundings when reading the book that had several times made my wife berserk for not paying any attention to what she said. What captured me the most were the sayings or adages that Tun adopted in doing what he did or when observing the events before him. I do believe that these sayings and adages are worth to be noted and could serve as a guide. I prefer to call them Mahathir’s maxims and to a small leader like me, I find them useful and handy in understanding rationale behind actions of the leaders. Here, I would like to share some maxims enunciated in his book:- 1. “A leader wants to show that he is different, he wants to leave his own mark on the nation.” 2. “An apology was o