Selaraskan semula tindakan…pulangkan kepada yang hak!

1. Dalam melicinkan usaha bagi memberikan khidmat kepada rakyat, organisasi Barisan Nasional perlu memantapkan kaedah agar apa sahaja khidmat serta bantuan dapat di sampaikan kepada rakyat dengan kadar segera.Ini adalah dorongan dan keperluan perlaksanaan slogan 1 Malaysia yang telah diterima oleh BN di mana “Rakyat di dahulukan”

2. Dalam coretan kali ini, mahu aku sentuh sedikit tentang kewujudan , pengurusan dan perkhidmatan Pusat Khidmat Masyarakat Barisan Nasional di dua kawasan DUN yang jatuh ke tangan pembangkang; Ampangan dan Sikamat yang mana keduanya adalah di dalam kawasan Bahagian ataupun Parlimen Seremban.

3. Pusat Khidmat Masyarakat Barisan Nasional (PKMBN) di kedua-dua kawasan DUN ini diwujudkan oleh Barisan Nasional Negeri yang diketuai oleh YAB Dato Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan setelah kedua-dua kawasan DUN ini jatuh ke tangan pembangkang dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lalu. Kewujudannya pada nama dan secara dasar adalah untuk memberikan khidmat dari parti BN kepada rakyat di kedua- dua DUN ini. Di Ampangan PKMBN ditempatkan bangunan Balai Penghulu manakala di Sikamat ditempatkan di tingkat dua rumah kedai berhadapan dengan Restoren Salmah Beevi, Sikamat.


Pusat Khidmat Masyarakat Barisan Nasional DUN Ampangan


4. Sememangnya pada permulaan pengwujudan PKMBN aku mempunyai beberapa persoalan tentang fungsi dan peranan PKMBN ini. Aku lihat bahawa kedua-dua PKMBN ini kurang menarik penglibatan ketua-ketua cawangan UMNO mahupun pemimpin parti-parti komponen yang lain yang ada di DUN-DUN tersebut. PKMBN seolah-olah menjalankan kerja-kerja pejabat wakil rakyat sedangkan aku tahu secara dasarnya bukan itu sepatutnya dilaksanakan oleh PKMBN. Perlukan khidmat wakil rakyat, pergilah jumpa YB Abdul Rashid Latif di Ampangan dan jika di Sikamat pergilah berjumpa YB Aminuddin. Sama ada mereka boleh berikan khidmat yang baik atau sebaliknya, ia adalah perkara yang lain!

5. Dalam keadaan sekarang ini, aku lihat pengurusan PKMBN ini lagi tidak selaras. Di Ampangan jangankan ketua-ketua UMNO atau parti komponen mahu untuk datang menjengah, ketua-ketua kampung pun sudah tidak lagi kelihatan menjejaki di PKMBN. Di Sikamat pula, sejak Tuan Arshad Jawi jatuh sakit tup-tup timbul Naib Pengerusi PKMBN, Taslim Khan Kutob Din, bukan ahli UMNO kawasan Sikamat pun atau mana-mana parti komponen di kawasan Sikamat, hanya Pengerusi Rukun Tetangga Taman College Heights. Siapa yang lantik dia sebagai Naib Pengerusi PKMBN tidak dapat dipastikan.


Taslim Khan Kutob Din, Naib Pengerusi PKMBN Dun Sikamat. Siapa yang lantik dia?


6. Tidak berapa lama dahulu, ada kedengaran suara dari Y Bhg Dato’ Ishak yang mengatakan agar PKMBN ini diletakkan di bawah penyelarasan JK Penyelaras Barisan Nasional Kawasan Seremban. Y Bhg Dato’ Ishak menyuarakan sedemikian kerana beliau adalah Pengerusi JK Penyelaras Barisan Nasional Bahagian Seremban seperti yang dilantik oleh Dewan Tertinggi BN. Namun ada yang memandang sinis suara beliau ini kerana memikirkan Y Bhg Dato Ishak hanya mahu meluaskan pengaruhnya dan mahu meletakkan orang-orangnya di PKMBN-PKMBN sedangkan sekarang ini hal ehwal pengurusan PKMBN iaitu dari siapa hendak menguruskan, belanja pengurusan semuanya hanya menurut kata YAB Dato Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan.

7. Aku tahu wujud sedikit kekeliruan persepsi dalam kewujudan PKMBN selama ini. Namun bagi aku jika PKMBN dapat memberikan khidmat yang baik kepada rakyat ,teruskanlah! Tetapi jika ketua-ketua UMNO cawangan dan komponen BN yang lain di ketepikan dalam perjalanan PKMBN ini ia adalah suatu yang tidak betul!Apatah lagi baru-baru ini, seolah-olah ada pengambilan kuasa dalam pengurusan PKMBN DUN Ampangan sehingga membuat Sdr Mohd Nor Awang baru-baru ini menghantar surat berhenti dari menjadi Pengerusi PKMBN DUN Ampangan!

8. Hujah aku mengatakan ia tidak betul, berdasarkan Perlembagaan BN sendiri. Di bawah Perkara 24.3 Perlembagaan BN, JK penyelarasan bahagian BN (dalam konteks ini Bahagian Seremban) bertanggungjawab:-

i) memupuk persefahaman dan kerjasama di kalangan parti-parti anggota di dalam bahagian itu berhubung dengan perkara-perkara kepentingan bersama;

ii) Membantu dalam menyedia dan melaksanakan rancangan-rancangan untuk orang ramai dalam bahagian itu;

iii) Membantu untuk mengelolakan orang ramai supaya menyertai khidmat-khidmat masyarakat;

iv) Membantu untuk menerangkan dasar-dasar Kerajaan kepada orang ramai

v) Bertindak sebagai badan perhubungan untuk orang ramai dalam bahagian itu

9. Apabila PKMBN menggunakan nama dan lambang BN, ia juga harus dapat digunakan seperti yang dimahukan oleh BN bukan bertindak sebagai pejabat wakil rakyat! Hujah aku PKMBN mesti diselaraskan dengan kehendak BN dan ianya diperlu diselaraskan oleh JK Penyelaras BN bahagian Seremban seperti dinyatakan Perkara 24.3 Perlembagaan BN dan bukan dengan cara lain! Perlembagaan BN secara tidak langsung mahukan PKMBN ini berfungsi untuk mengukuhkan persefahaman antara parti-parti anggota BN, membantu serta mengelolakan rancangan dengan orang ramai, berhubung dengan orang ramai sambil membantu untuk menerangkan dasar-dasar Kerajaan kepada orang ramai. Jika ini diselaraskan mengikut apa yang dimaktubkan oleh Perlembagaan BN, tidak perlulah penguatkuasa MPS pulak yang bersusah payah menghantar kad jemputan ke majlis semasa Tan Sri Muhydin melawat ke Ampangan tempohari!

10. Jikalau dilihat kepada Perkara 23.3 Perlembagaan BN, Jawatankuasa Penyelaras BN Negeri yang diketuai oleh YAB Dato Seri Hj Mohamad bin Hj Hasan tidak ada kuasa untuk menyelaraskan perkara yang sepatutnya diselaraskan oleh JK Penyelaras Bahagian. Jika Perlembagaan BN ini diikuti, tidak akan timbul isu Pengerusi Rukun Tetangga Taman College Height jadi Naib Pengerusi PKMBN di DUN Sikamat (Bukan ahli UMNO atau mana-mana komponen dalam Bahagian Seremban pulak tu!)

11. Kalau ikut Perlembagaan BN apa yang disuarakan oleh Y Bhg Dato Ishak itu betul! Oleh itu ikutlah Perlembagaan. Selaraskan semula tindakan…pulangkan kepada yang hak!

Comments

Popular posts from this blog

Tugu Peringatan Sg Lui?

KETUANAN MELAYU DI NEGARA INI HENDAK DITAMATKAN?

Masjid Kg Ulu, Melaka Tengah,Melaka 1728: Aku pernah berucap di dalamnya!