KUMPULAN MENTERI PENING


Pada 8 Mac 2018 Tun Dr. Mahathir (TDM) menandatangani Buku Manifesto Pakatan Harapan yang mana dengan yakinnya di catatkan “KITA TIDAK BOLEH HARAP KERAJAAN INI UNTUK BETULKAN KESALAHAN SENDIRI. YANG BOLEH BETULKAN IALAH KERAJAAN BARU YANG BERWIBAWA DAN MEMBUAT JANJI-JANJI YANG MUNASABAH DALAM MANIFESTONYA..”Melintang tandatangan TDM atas Buku Manifesto Harapan tersebut!




Janji No. 6 di muka surat 28 Buku Manifesto Pakatan Harapan adalah Janji untuk menghapuskan kutipan tol. Tertera janji tersebut sebegini “KERAJAAN PAKATAN HARAPAN AKAN MENGKAJI SEMULA SEMUA PERJANJIAN KONSESI LEBUHRAYA. KAMI AKAN BERUNDING UNTUK MENDAPATKAN HARGA YANG TERBAIK UNTUK MENGAMBIL ALIH SETIAP KONSESI TOL DENGAN MATLAMAT AKHIR UNTUK MENGHAPUSKAN KUTIPAN TOL SECARA BERPERINGKAT. KAMI PERCAYA PENYEDIAAN INFRSTRUKTUR ASAS SEPERTI JALANRAYA DAN LEBUHRAYA ADALAH TANGGUNGJAWAB KERAJAAN KEPADA RAKYAT…”




Minggu lepas TDM pulak sendiri akui lebuhraya tanpa tol tidak mungkin dapat diwujudkan. TDM sendiri sebenarnya tidak bersetuju dengan manifesto Bebas Tol Pakatan Harapan.


Pening orang tua ni! Dah melintang tandatangan dia, dia boleh kata sebenarnya dia tidak bersetuju apa yang dia tandatangani pada 8 Mac 2018 yang lalu? Mudah lupa pada janji ke? Atau usia selanjut 93 tahun membuatkan TDM mudah lupa? Baru 5 bulan jadi PM, tak kan dah lupa?



Yang sakit kepala dan pening adalah rakyat yang mengundi PH pada PRU-14 lalu. Kamu telah meletakkan orang pelupa dan penipu untuk mentadbir negara ini!


Beralih pula kepada Dr Mazlee , Menteri Pendidikan negara ini yang memulakan karier beliau sebagai menteri  dengan beberapa perkara remeh antaranya dengan mengeluarkan arahan agar murid dan pelajar sekolah untuk memakai kasut hitam ke sekolah. Arahan ini telah mengundang banyak kecaman dan lekehan kerana banyak lagi perkara penting mengenai pendidikan negara ini yang perlu diambil perhatian. Belumpun reda isu tentang pemakaian kasut hitam oleh murid serta pelajar diperkatakan, kini beliau kata Kementerian beliau akan putuskan pula untuk pakai stokin warna apa. 



Pening betul Menteri Pendidikan ini! Tidak ada isu yang lebih penting lagi untuk putuskan? Apa pula selepas ini? Warna seluar dalam murid?




Menteri paling muda, Menteri Belia dan Sukan baru-baru ini dikecam oleh ramai Netizen kerana menaik-muatkan gambar beliau dalam bilik mandi di Instagram beliau. Apa perlu nak naikkan dalam Instagram YB ooi! Apa yang hendak dibuktikan? Tenggelam punca budak ni! Jadi Menteri pada usia muda tetapi tidak tahu adab dan etika pemimpin yang perlu dijaga. Adakah masih belum matang? Pening-pening!




Adakah ini dikatakan Kerajaan yang dianggotai oleh menteri-menteri yang berwibawa? Pening kepala rakyat memikirkannya! Dah lah rakyat ditipu, disogok pula dengan tindakan dan gelagat menteri yang memeningkan!

Inilah hasilnya melalui 5,685,252 undi yang diberikan oleh pengundi kepada Pakatan Harapan . Adakah 5,685,252 pengundi ini sekarang sudah pening-pening lalat kerana ditipu dan akibat gelagat menteri PH yang memeningkan?

Yang pasti tidak pening adalah 3,624,921 pengundi yang mengundi BN dan 2,043,159 yang mengundi PAS pada PRU-14 yang lalu!

Fikir-fikirkanlah!




Comments

Popular posts from this blog

Tugu Peringatan Sg Lui?

PERLU KE IKTIRAF UEC?

Masjid Kg Ulu, Melaka Tengah,Melaka 1728: Aku pernah berucap di dalamnya!