KERAJAAN PH ADALAH KERAJAAN CAMPURAN SOSIALISME DAN LIBERALISME?
Dalam sebuah program “Bicara minda bersama Tun Dr Mahathir
Mohamad” yang di adakan di Sekyen 15, Shah Alam baru-baru ini, Tun Dr
Mahathir (TDM) mengakui beliau terpaksa menyesuaikan pemikiran beliau dengan
aliran sosialisme dan liberalism dalam pemimpin Pakatan Harapan (PH).Namun
ketika beliau diajukan dengan soalan berhubung dengan dakwaan masyarakat Melayu
bahawa PH anti-islam dan mendokong liberalisme, beliau mengatakan ia adalah
tuduhan musuh kerajaan.
Mungkin usia membuatkan TDM
membuat dua kenyataan yang bercanggah pada suatu masa atau mungkin hanya ingin
menyanggah dakwaan.
Namun apa yang dilihat berlaku di
negara dewasa ini adalah peristiwa demi peristiwa yang berlaku yang menunjukkan
pengaruh liberalisme seolah-olah mahu dikembangkan. Terbaru adalah Pesta Arak atau Oktoberfest dan Perjumpaan
peminat “gay” Kriss dan Singto yang secara tidak langsung mempromosi gaya
hidup pasangan homosexual. Peliknya, kerajaan PH tidak menentang langsung pengaruh ini malah membenarkan budaya asing
ini berlaku.
Mungkin tidak perlu diceritakan
bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah intrumen dan rujukan teras kepada negara
ini. Mungkin Kerajaan PH mengatakan bahawa penganjuran pesta seumpama ini
dibenarkan kerana menuruti syarat yang dikenakan oleh pihak berkuasa.
Sebenarnya ia lebih dari sekadar menuruti syarat tetapi ianya menyentuh
persoalan samada perkara asas dalam Perlembagaan dicabuli atau sebaliknya
Perkara 3 Perlembagaan
Persekutuan menyatakan Islam adalah Agama Persekutuan. Adakah sesuai jika
budaya asing lagi songsang ini boleh dibenarkan berlaku disebuah negara yang
mengangkat Islam sebagai agama? Ia adalah sesuatu mencemarkan kesucian agama
Islam itu sendiri.
Perkara ini jelas menyentuh sensitiviti
orang beragama islam di negara ini.Ada laungan dan suara dari pemimpin bukan
Islam mengatakan bahawa perkara ini tidak melibatkan orang beragama Islam dan
orang Islam seharusnya menghormati aktiviti orang yang bukan beragama Islam.Persoalannya
perkara seperti Octoberfest dan Perjumpaan Peminat Gay ini bukan amalan agama orang bukan Islam yang perlu dihormati.Bagaimana pula persoalan tentang orang bukan
Islam perlu menghormati sensitiviti orang Islam yang merupakan penduduk majoriti
di negara ini?
Dalam negara ini, Sultan di
negeri-negeri dan YDPA menjalankan peranan dan tanggungjawab mengikut nasihat
dari barisan EXCO dan Jemaah Menteri.Ini jelas tertera dibawah Perkara 43
Perlembagaan Persekutuan. Namun sekiranya barisan EXCO dan Jemaah Menteri tidak
menjalankan tanggungjawab mereka atau gagal untuk menjalankannya bagaimana
Sultan dan YDPA hendak menjalankan peranan dan tanggungjawab seperti tertera
dalam Perlembagaan?
Allah SWT berfirman (mathumnya):-
"Wahai orang-orang yang beriman,janganlah kamu mengambil jadi walimu,orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu dan orang-orang kafir. Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang yang beriman,"
Al Maidah (5:57)
Fikir-fikirkanlah
Comments
Post a Comment