Wednesday, October 8, 2014

APPALLING REALITIES



1.       It has been quite some time since my last posting. Some might say that this blog has gone inactive. There was a comment from a viewer suggesting that I make updates on this blog .I ‘ve never thought this blog would capture attention from anyone at all.  I just believe that on this blog , I write my humble thoughts and ideas. Truly, I don’t expect people to follow them.

2.       During this “inactive” period, I occupied myself with programs and activities which I hoped would benefit people. During my small campaign for UMNO Divisional Election a year ago, I spoke of the elected committee should not sit idly on their titles but to strive and create activities that would benefit the communities. I also said that I was sick and tired of countless hours sitting at Mamak Restaurant lamenting about this, about that and what UMNO should do and finally ended up doing nothing! This is called the NATO culture (No Action Talk Only) and seemingly this culture has rooted deeply in UMNO.

3.       Despite the financial constraints, my bureau and I had managed to stage 3 programs so far for UMNO Seremban. One of the programs worth mentioning is the 2014 SPM Revision programs for students whose parents could not afford to send their children for tuition. I am all aware that this is not something new. I have heard encouraging stories that back in 70’s , teachers in UMNO volunteered giving free tuitions to Malay students. I don’t really know the real reasons were but this honourable effort suddenly stopped. Was it because of the money? Perhaps so because honestly I have been forking out money from my pocket to get this program going. Or perhaps UMNO people nowadays incline in retiring at Mamak restaurant attending the “NATO” Conference rather than volunteering for a good cause.


2014 SPM REVISION PROGRAM

4.       Nowadays we are able to check our children’s report card via on line portal created by the Education Ministry. Through this portal I checked the participants’ progress and achievements. Some were good, some were moderate and some were very weak. Something stroked me when I looked upon the results of the weak students. Although they were weak in the sense that they failed all the core subjects yet there were others in their school that were worse than them. I would like to show an example as below:-


5.        It can be seen that this student (name withheld) failed all his core subjects and he would not get any certificate if his SPM result looks like this. Nevertheless with this result he ranked number 32 out of 43 in his class and number 252 out of 327 in his batch. This means there were 11 others in his class whose achievement were a lot worse and 75 others were a lot worse in his batch. I presumed that the others were also Malays as the students for that school are 98% Malays. If these students get similar results for their SPM, what would be their fate in the real “after-school” world?  They do not have any certificate and they do not have qualifications. Could they find a decent job?  Would they fare well or would they succumb to their inadequacies and fall into world of crimes and vices?

6.       I find this so appalling. What would be the real reasons these students lag far below the academic standard? Adding to my surprise the school teacher informed that some of the weak students are in fact illiterates and they do not know how to read or write. How are they going to sit for SPM if they do not know how to read and write? Why wouldn’t there be an intervention at earlier stages to remedy this sad situation. We have a great EDUCATION PLAN and NATIONAL LITERACY PLAN in this country yet these appalling realities still exist. WHY and WHAT WENT WRONG?


7.       One thing for sure. I will not go NATO on this. I am sure something needs to be done and something can be done. I definitely don’t want to see my race to be like in this newspaper cutting.





Thursday, January 23, 2014

Should we feel proud or should we feel sorry…..?


1.   This evening I had coffee with a friend from the Social &Welfare Department. He said he was just on his way home from Kuala Pilah, attending Dato’ Norhayati (State Exco for welfare and women affairs) function. I asked him about the function he attended and that triggered a long chat about the function.

2.      According to him, Dato’ Norhayati speech touched about what the State Government had done for people’s benefits. One of them was widening up the Social Security Net (SSN) so that more poor people could be grope in to receive monthly give outs from the Social &Welfare Department. According to Dato’ Norhayati this shows the State is stable and prosperous. Widening up the SSN is a State initiative so that more people will benefit.

3.   What Dato’ Norhayati said in her speech was actually a mere repetition of what Menteri Besar always said in his speech. According to my friend, Negeri Sembilan is on top of the list for having the most number of recipients for Social Welfare’s monthly give outs. The number is 28,000 people and the number keeps on increasing by day. The effort to review the recipients’ list proved to be futile as the State Director of Social Welfare is afraid that he or she be lambasted by the State for taking the names out of recipients’ list.

4.   Is this something we should be proud of or something that we should be sorry for? The  State argues that this is done solely for poor peoples’ benefits. At the same time statistically it shows Negeri Sembilan has the most numbers of poor people compared to other States.

5.    In my humble opinion, if this is the case, we do not have the cause to be proud and happy. We are actually living in a State where a large segment of its citizens living under the poverty line. At another angle of seeing it, we do not have a comprehensive program that works to bring people out of poverty. The Federal Government program of 1 AZAM does not show any successful and demonstrable effect in eradicating poverty in Negeri Sembilan. We just give monthly give outs to people and hope them to be happy with what they received. The State so far has yet to come out with development programs to develop these poor people out of the poverty even though  the Menteri Besar always boasts for having a huge financial reserves. The sickening part is, Malays forms the huge part of recipients who receives monthly give outs!


6.    So my friends within and outside UMNO. Is this something that we can be proud of or something that we should be sorry for?

Wednesday, January 15, 2014

KANGKUNG DULU NAIK SEKARANG TURUN……….




Ha ha ha …..! Lucu juga bila bait ucapan Menteri Perdana dijadikan bahan lelucuan. Ada di buat dalam bentuk grafik ada juga yang dibuat dalam bentuk muzik “remix”. Semuanya boleh dilihat dalam alam maya dan bak kata mat saleh .. It has gone viral! LOL!

Dalam rakyat meredah cabaran dek kenaikan kos sara hidup, apa sahaja yang dicakapkan oleh pak-pak menteri menjadi tumpuan. Di sudut hati rakyat , mereka berharap dan menanti-nantikan Pak-Pak Menteri berkata sesuatu yang melegakan mereka. Contohnya harga minyak diturunkan ke, rebat TNB di perluaskan ke. Kenapa perlu sebut pasal kangkung? Apa siknifikan harga kangkung yang perlu di sebut? Apakah mungkin hidangan sotong kangkung turun harga selepas ini?

Pak –Pak Menteri ini seharusnya berhati-hati berkata semasa berucap atau ketika ditemu ramah oleh wartawan. Semua ingat pasal kata-kata “Kalau  harga ayam mahal, makanlah ikan atau daging! Kalau harga tol tinggi gunalah jalan lama! Sekarang ni cerita kangkung pulak! Entah apa pulak lepas ni dan Pak Menteri mana pula yang akan buat kenyataan yang bakal diomok-omokkan oleh rakyat.

Perlu kita waspada kerana ada pihak yang menangguk di air yang keruh. Hanya dengan ucapan yang silap, terus diperbesarkan-besarkan hingga kewibawaan pak-pak menteri di pertkaikan oleh rakyat. Yang teruk kena sindir adalah orang UMNO di akar umbi kerana pemimpin mereka di jadikan bahan lelcuan dan bahan ketawa!

Pak-pak Menteri selaku pemimpin UMNO peringkat atasan ni sibuk suruh orang UMNO akar umbi ini pergi berkursus kepimpinan. Kini orang UMNO diakar umbi menyatakan  agar  Pak Menteri-Pak Menteri berstatus Tan Sri, Dato Seri ini pergi berkursus. Belajar macamana seharusnya seorang pemimpin nak bercakap tentang isu rakyat bila berdepan dengan wartawan atau berucap di depan awam!

Dulu masa zaman Tun Mahathir, dikumpulkan Pak-Pak Menteri zaman dia di Ulu Sepri, Rembau untuk berkursus. Masa itu Tan Sri Nordin Kardi jadi ketua jurulatih dan pemudahcaranya. Orang kata Tun macam-macam tapi fakta menunjukkan pukul 4.30 pagi dia dah turun di Surau Ulu Sepri baca Al Quran semasa pak-pak menteri lain masih lagi diulit mimpi.Di sanalah pak-pak menteri dan ketua-ketua pengarah kementerian di latih untuk memantapkan kepimpinan. Namun masa zaman Pak Lah hingga zaman DS Najib sekarang, latihan sedemikian tidak lagi dibuat!


Dalam keadaan mencabar ini eloklah pemimpin-pemimpin berstatus Tan Sri dan Dato Seri ini berkursus untuk cara mententeramkan rakyat dari ucapan-ucapan mereka. Tinggalkan status dan gelaran di pagar kem dan basuhlah tray sendiri selepas makan. Lupakan curut HABANA dan tidurlah atas katil bertingkek-tingkek. Jadilah orang biasa di sana..…... Pergilah berkursus! 

Sunday, January 5, 2014

TMM 2014 …Bolehkah ia jana ekonomi orang Melayu di NS?

1.   Tahun 2014 telah diisytiharkan secara rasminya semalam oleh TS Muhydin sebagai Tahun Melawat Malaysia (TMM) dengan slogan Celebrating 1 Malaysia, Truly Asia. TS Muhydin dalam ucapannya yakin TMM 2014 berupaya menjadi pemangkin kepada perkembangan industri pelancongan di negara ini dengan mensasarkan kemasukan sebanyak RM 76 billion dengan jangkaan kemasukan pelancong ke negara ini seramai 28 juta orang.

2.   Bagaimana aktiviti  pelancongan boleh dilihat sebagai salah satu bentuk industri di negara ini? Mudah sahaja. Jika ada 1 juta pelancong datang ke negara kita dan membelanjakan purata RM 50.00 seorang di Malaysia, bermakna duit sebanyak RM 50 juta telah mengalir masuk dan telah dijanakan di Malaysia yang boleh dikongsi oleh peniaga atau penyedia perkhidmatan yang di beli atau digunakan oleh pelancong-pelancong tersebut. Seterusnya peniaga atau penyedia menggunakan wang tersebut untuk membeli barang dari peniaga lain atau membayar  gaji atau upah pekerja, maka di sini kita lihat rantaian ekonomi telah diwujudkan. Sekiranya aktiviti ini disusun-sediakan secara sistematik maka terhasillah suatu sektor ekonomi atau industri berpaksikan aktiviti pelancongan yang boleh membawa hasil yang lumayan.

3.  .Malaysia adalah sebuah negara yang aman makmur dan tidak ada bencana alam yang besar. CNNTravel mengiktirafkan Malaysia sebagai negara keempat destinasi untuk berbeli belah di dunia dan agensi yang lain pula mengiktiraf Malaysia mempunyai pantai dan pusat peranginan bertaraf 10 terbaik dunia. Selain itu, masyarakat berbilang kaum yang menpunyai adat resam dan budaya berbeza serta bermacam jenis makanan memberikan “plus point” untuk pelancong datang ke Malaysia.

4. . Namun dalam konteks Negeri Sembilan, adakah Negeri Sembilan berupaya untuk mendapatkan bahagian dalam anggaran kautan sebanyak RM 76 billion tersebut ? Lebih spesifik lagi persoalannya,berapa ramai orang Melayu di Negeri Sembilan ini berupaya dapat hasil dari rantaian ekonomi industri pelancongan ini?

5.  Dalam persidangan Majlis Perundingan Belia Daerah Seremban dua tahun lepas aku pernah mengajukan soalan kepada Pengurus Besar PKNNNS mengenai pembangunan usahawan muda dalam sektor pelancongan di Negeri Sembilan. Tiada jawapan yang jelas diberikan oleh Pengurus Besar PKNNS pada masa itu walaupun diakui sektor pelancongan adalah suatu sektor yang boleh diterokai dan berupaya memberikan keuntungan lumayan kepada usahawan muda. Setahun sebelum itu aku tergelak semasa membaca laporan akhbar bila EXCO yang bertanggungjawab atas portfolio pelancongan pada masa itu merasmikan pembukaan restoran nasi arab di Paroi (sebelah rumah ketua UMNO cawangan Kg Dusun Nyior). Katanya, dengan pembukaan restoran seumpama itu boleh menarik pelancong Arab yang datang melancong ke Negeri Sembilan. Pada pandangan aku yang ramai makan nasi arab ini orang Melayu yang beralih selera nak merasa makanan arab bila dah jemu makan di kedai tom yam setiap hari atau orang Melayu yang berangan nak jadi orang Arab. Makan di restoran nasi arab pun nak berjubah bagai! Tup-tup 4 bulan selepas itu kedai itu gulung tikar sebab tak dapat sambutan!

6.  .Aku sempat melayari facebook Lembaga Penggalak Pelancongan Negeri Sembilan dan mendapati Negeri Sembilan mengetengahkan PD sebagai pusat peranginan, Nilai 3 sebagai destinasi beli- belah, Inap Desa seperti Homestay Pelegong,pameran di muzium –muzium dalam negeri, hutan lipur dan kraftangan. Di samping itu ada juga program seperti panjat gunung , berkayak, konvoi yang dianjurkan. Lebih kurang itu sahaja yang diketengahkan oleh Negeri Sembilan. Jika itu sahaja, maka amat sukar untuk usahawan Melayu untuk memulakan perniagaan berpaksikan aktiviti pelancongan kerana kekurangan rantaian ekonomi diwujudkan. Apa guna buka perniagaan jika diketahui ia akan merugikan?

7.   Apa yang ingin juga aku katakan sebenarnya di Negeri Sembilan kita kekurangan strategi tersusun untuk mewujudkan tarikan bagi menarik pelancong datang ke Negeri Sembilan. Bila tiada tarikan bagaimana kita mahu mengharap pelancong untuk datang. Bila tiada pelancong, rantaian ekonomi seperti di atas tidak dapat diwujudkan.Ketiadaan rantaian ekonomi menyebabkan usahawan Melayu akan ragu-ragu untuk mengusahakan perniagaan yang berpaksikan aktiviti pelancongan. Selain dari Port Dickson berapa kerap kita nampak pelancong asing berada di Seremban, Kuala Pilah atau Tampin untuk melancong? Adakah pelancongan di Negeri Sembilan ini hanya tertumpu di Port Dickson sahaja?

8. .Untuk menghasilkan serta melaksanakan suatu strategi tersusun bagi pelancongan bukan hanya terletak di bahu Lembaga Penggalak Pelancongan Negeri Sembilan (LPPNS) semata-mata walaupun ejensi tersebut boleh berperanan sebagai Koordinator bagi pembangunan industri pelancongan di Negeri Sembilan. Ia memerlukan garapan kerjasama dari pelbagai pihak untuk merencana, membiayai serta perlaksanaan sesuatu tarikan pelancong. Contohnya, mewujudkan tarikan memancing ikan di Empangan Talang di Kuala Pilah. Mesti ada kelulusan SAINS bagi membolehkan pengusaha menjalankan operasi bot atau feri pemancing di Empangan tersebut. Mesti ada tempat seperti Resort atau tempat persinggahan di bina dan ini perlu kelulusan dari Pejabat Daerah Kuala Pilah. Untuk adakan bot atau feri atau membina Resort perlu ada pembiayaan. Apabila semua itu wujud dan dengan pengiklanan yang agresif bersepadu serta sistematik yang diterajui oleh LPPNS, barulah pelancong dalam dan luar negeri akan tiba. Pada masa yang sama ini direalisasikan LPPNS perlu berperanan setapak lagi untuk mengenalpasti usahawan di Kg Talang atau berdekatan untuk mengusahakan industri inap desa bagi menampung keperluan pelancong-pelancong yang berbajet kecil untuk menginap, mengenalpasti usahawan untuk menjual kuih atau makanan tradisi kepada pelancong, usahawan yang boleh menyediakan kelengkapan dan keperluan memancing, yang boleh menjual momento dan T Shirt “ I wuz at Talang” dan sebagainya. Inilah perspektif potensi rantaian ekonomi yang dimaksudkan di atas diaktifkan.Dari inap desa hingga ke jual T Shirt jika diberikan kepada orang Melayu, orang Melayu di Kg Talang sekurang-kurang mendapat limpahan hasil dari aktiviti pelancongan tersebut. Katalah, 1000 orang pelancong datang ke Empangan Talang dan membelanjakan purata RM 50.00 seorang untuk tempoh 1 tahun, sebanyak RM 50,000-00 berpusing untuk manfaat orang-orang Melayu di Kg Talang di tahun tersebut!


                                                               gambaran bot dan feri memancing


Mengambilkira apa yang ada pada masa sekarang ini persoalannya bolehkah TMM 2014 memberi hasil kepada ekonomi orang Melayu di NSDK ini?