Tuesday, September 27, 2011

Cuba tidur sebantal, namun mimpinya lain-lain

1. Kebelakangan ini timbul semula isu pasal undang-undang hudud. Dalam suratkhabar dan juga dalam media alternatif mula memaparkan semula pandangan-pandangan pemimpin perdana mahupun pemimpin Kerajaan tentang isu hukum hudud ini.

2. Seingat aku, perkara ini timbul semula apabila baru-baru ini Tun Mahathir mencabar Kerajaan PAS Kelantan untuk menggubal serta melaksanakan hukum Hudud. Kerajaan PAS telah mengambil semula pentadbiran negeri Kelantan pada pilihanraya Umum yang ke 9 iaitu pada Pilihanraya tahun 1995. Setelah 15 tahun memerintah, satu hukum hudud tidak pernah digubal oleh kerajaan pimpinan Tok guru Nik Aziz ini.

3. Tok guru Nik Aziz dengan pantas menyatakan bahawa PAS tetap akan menggubal dan melaksanakan hukum hudud. Kenyataan ini telah membawa reaksi dari pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain. Karpal Singh mengatakan hukum hudud tidak boleh dilaksanakan kerana ianya akan berlawanan dengan peruntukan Perlembagaan. Lim Guan Eng juga turut menyatakan ia tidak termaktub dalam deklarasi bersama Pakatan Rakyat yang dimuatkan dalam buku Jingga yang dilancarkan. Jelas kenyataan Nik Aziz ini mendapat tentangan dari pemimpin-pemimpin DAP.

4. Dalam buku Jingga yang memuatkan manifesto Pakatan Rakyat kesemua pemimpin-pemimpin pembangkang bersetuju dengan matlamat menubuhkan sebuah Negara Kebajikan. Tidak ada di sebutkan langsung tentang Negara Islam atau perlaksanaan hukum Hudud. Sudah pasti kenyataan dari Nik Aziz ini memeningkan kepala pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain. Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP terus meminta suatu mesyuarat tergempar di adakan bagi membincangkan perkara ini.

5. Aku percaya bagi semua pemerhati yang mengikut perkembangan politik semasa dan yang berupaya berfikiran rasional akan mempersoalkan apakah asas pakatan antara dua parti ini. Menggelar mereka sebagai pakatan rakyat tapi realitinya apabila timbul perkara asas macam ini pun dah huru-hara. Seorang ke hulu seorang ke hilir.


Keratan dari akhbar Utusan Malaysia

6. Mari kita cuba lihat Perlembagaan DAP. Antara matlamat utama parti DAP adalah berjuang menerusi cara-cara berperlembagaan dalam menubuhkan satu masyarakat bercorak demokratik sosialis di Malaysia; Kita lihat pula matlamat parti PAS dalam Perlembagaannya dan dinyatakan memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.

7. Demokratik sosialis lawan nilai nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah? Tak “matching” langsung.

8. Kedua-dua parti dalam perlembagaannya menyebut tentang mencapai usaha mereka dalam batas-batas Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu jika PAS mahu melaksanakan Hukum Hudud apa yang perlu dilakukan adalah meminda Perlembagaan Persekutuan, meminda Kanun Keseksaan dan undang-undang lain seperti Akta Keterangan dan sebagainya. Ini seperti yang dikatakan oleh Datuk Zaid Ibrahim, seorang peguam, Presiden parti KITA. Ini cara berperlembagaan. Sebagai pegamal undang-undang aku mengatakan apa yang dinyatakan oleh Datuk Zaid itu betul.

9. JIka PAS mahu meminda perlembagaan, apa yang perlu dilakukan adalah ia perlu mempunyai kuasa majority dua pertiga (2/3) dalam Parlimen. Maknanya PAS perlu ada wakilnya yang menduduki kerusi sebanyak 142 kerusi dalam Dewan Rakyat untuk menyokong pindaan Perlembagaan. Ini cara yang diperuntukkan oleh Perlembagaan. Realitinya dalam semua Pilihanraya Umum PAS tidak pernah bertanding penuh untuk 2/3 kerusi. Baru-baru ini ada pemimpin PAS yang mereka yakin dapat 60 kerusi Dewan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti. 60 kerusi? Mana perginya baki 82 kerusi untuk mencukupi kuasa jika mahu meminda Perlembagaan?

10. PAS akan berharap parti pembangkang lain untuk mencukupkan baki kerusi tersebut bagi mendapat kuasa yang kuat menurut Perlembagaan. Tetapi parti pembangkang lain mahu ke menyokong untuk penggubalan Hukum Hudud? Karpal Singh, pemimpin DAP secara konsisten menentang idea penubuhan Negara Islam dan hokum hudud. Beliau pernah berkata “ langkah mayat saya dahulu” jika mahu tubuhkan Negara Islam dan laksanakan Hukum Hudud.Ini boleh diumpamakan Cuba tidur sebantal....tetapi mimpi masing-masing adalah berlainan!

11. Dalam televisyen semalam terkeluar kenyataan paling lucu dari pemimpin PAS. Katanya DAP dan orang bukan Islam tak perlu takut kerana Hudud hanya dilaksanakan ke atas orang Islam sahaja. Aku sebagai pengamal undang-undang tidak boleh terima kenyataan pemimpin PAS yang cuba memperbodohkan rakyat. Hudud adalah bekenaan dengan undang-undang Jenayah. Seperti kata Datuk Zaid Kanun Jenayah perlu dipinda. Jika kata pemimpin PAS mengatakan hudud dilaksanakan ke atas orang Islam sahaja, maka akan ada dua wajah dalam perlaksanaan undang-undang. Orang Islam yang disabitkan mencuri akan terpotonglah tangannya manakala orang bukan Islam hanya dihukum penjara. Undang-undang mestilah saksama untuk semua pihak dan bukannya alat untuk mendikriminasikan rakyat. Adakah pesalah-pesalah kesalahan mencuri contohnya, boleh dilabelkan berdasarkan agama mereka iaitu yang duduk dalam penjara adalah pesalah bukan Islam dan yang mundar-mandir dan “kontong” tangannya adalah pesalah beragama Islam?

12. Tok Guru Nik Aziz menekankan Hukum Hudud akan dilaksanakan di Kelantan melalui Enakmen Jenayah Syariah baru yang akan digubalkan. Biar betul Tok Guru ni! Bidang kuasa perundangan Jenayah terletak dalam bidangkuasa Parlimen bukan Dewan Undangan Negeri. Dewan Undangan Negeri hanya boleh buat undang-undang dalam Senarai Negeri sahaja kecuali jika Perlembagaan Persekutuan dapat dipinda. Ini akan berbalik kepada persoalan seperti disebut di atas, boleh ke PAS pinda Perlembagaan Persekutuan ini?

13. Seperti yang aku katakan sebelum ini aku dambakan sebuah Negara aman damai dan makmur dan mahu aku,keluarga serta keturunanku hidup aman dan damai di negara ini. Dalam keadaan aman damai ini aku berupaya untuk beribadah dan sujud kepada Illahi dengan aman dan damai. Negara yang aman makmur dan damai memerlukan Kerajaan yang stabil dan mengutamakan keamanan dan kemakmuran rakyat. Jika Kerajaan yang kelam kabut dan huru hara terutamanya dalam perkara dasar, aku tidak yakin Kerajaan ini boleh memerintah dengan baik. Perkara ini bergantung kepada keputusan rakyat yang dibuat dengan fikiran rasional beserta dengan kecintaan kepada keamanan dan kedamaian. Bukan dengan minda yang jumud,taksub dan tidak rasional.

14. Ayuh rakan-rakan, sahabat-sahabat dan kawan-kawan yang berupaya berfikir! Fikirkanlah!

Friday, September 23, 2011

Mahathir’s maxims : A view on "A doctor in the house"



Have you read Tun Mahathir’s book entitled “A doctor in the house”? I have the opportunity to read the 843 page of book recently. To my surprise, it has never been a boring experience to go through the book page by page. Every chapter has its own interesting story. I became so engrossed and oblivious to my surroundings when reading the book that had several times made my wife berserk for not paying any attention to what she said.




What captured me the most were the sayings or adages that Tun adopted in doing what he did or when observing the events before him. I do believe that these sayings and adages are worth to be noted and could serve as a guide. I prefer to call them Mahathir’s maxims and to a small leader like me, I find them useful and handy in understanding rationale behind actions of the leaders.

Here, I would like to share some maxims enunciated in his book:-

1. “A leader wants to show that he is different, he wants to leave his own mark on the nation.”

2. “An apology was out of question because it would mean losing all the credibility”

3. “No party which appealed only to communal sentiments could ever expect to form a central government. Neither could any party which forgets the racial origin of its members hope to succeed.”

4. “If I could not get in one way, I would try another. Move sideways instead of seeking to bulldoze your ways via frontal assault.”

5. “There is never a moment in a person’s life when he is liked by everyone”

6. “At the height of your popularity, there will always be someone who wishes you dead”

7. “Man proposes ,God disposes”

8. “Make your plans and try your best. I
f you encounter problems, be flexible, analytical and ready to try something else.”

9. “Unless people were properly guided, the opportunities will be wasted”

10. “If life is easy, you have no reasons to try hard to improve”

11. “In democracy, there will always be winners and losers”


These are parts of many Mahathir maxims enunciated in that book. It helps us in seeing things the way he saw. The most important thing is “Are we able to apply these maxims when we encountered the situations that warrant our decision or action?



These were the thoughts of Tun Mahathir, a true leader and a statesman. Would not it be worth for us to emulate?

Thursday, September 22, 2011

OK ke mansuhkan ISA?..Cer Cerita!


1. Baru-baru ini Datuk (DS) Seri Najib telah mengumumkan bahawa Kerajaan yang dipimpin oleh beliau bakal memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA). Alasan yang diberikan adalah tindakan ini sebagai salah satu Proses Transformasi Perundangan kepada perundangan yang lebih releven dan mengutamakan hak serta kesejahteraan rakyat.

2. Berbagai reaksi timbul dari pengumuman DS Najib ini. Ramai yang menyokong serta mengalu-alukan transformasi ini. Ramai juga yang ragu-ragu. Kelihatan juga pihak pembangkang mengatakan perjuangan yang selama ini didokong mereka telah membuahkan kejayaan.Ada juga kedengaran cakap-cakap bahawa melalui pengumuman yang dibuat DS Najib menandakan Pilihanraya Umum kian hampir.

3. Ada yang bertanya kepada aku tentang pandangan aku sebagai pengamal undang-undang. Ok ke mansuhkan ISA ini? Sebenarnya , pandangan peribadiku bercampur-campur. Di satu sudut, aku menyokong ISA kerana aku melihat ia adalah suatu senjata yang efektif untuk menentang dan mencegah terorisma, kegiatan subversif atau apa-apa perlakuan yang mengancam keselamatan Negara. Pada suatu sudut yang lain aku tidak selesa dengan ISA kerana ia memberikan kuasa yang besar kepada polis dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang tidak boleh dipersoalkan walaupun oleh Mahkamah sekalipun.Jika kuasa ini disalahgunakan ia boleh menjejaskan hak dan kebebasan rakyat.

4. Sebelum jauh aku bercerita, perlu difahamkan walau apapun pandangan, samada baik mahupun negatif terhadap ISA, ISA adalah undang-undang yang sah yang digubal dan diluluskan oleh Parlimen menurut Perlembagaan Persekutuan. Akta ini digubal dan diluluskan dibawah peruntukan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa bertujuan untuk menghalang serta mencegah ancaman-ancaman keselamatan Negara. Di bawah Perkara 149 jenis ancaman yang diklasifikasikan sebagai ancaman keselamatan Negara adalah:-

a. Kekerasan yang dirancang terhadap orang atau harta yang menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan kekerasan itu; atau

b. Membangkitkan persaan tidak suka (benci) terhadap Yang DiPertuan Agong atau mana-mana kerajaan dalam Persekutuan; atau

c. Mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan antara beberapa kaum atau golongan penduduk yang mungkin menyebabkan kekerasan;atau

d. Untuk mengubah, dengan apa-apa cara yang lain daripada yang sah, apa-apa jua yang tertubuh menurut undang-undang; atau

e. Yang memudaratkan penyelenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang ramai atau mana-mana golongan orang ramai dalam Persekutuan atau mana-mana bahagian dalamnya:atau

f. Yang memudaratkan ketenteraman awam atau keselamatan dalam persekutuan atau mana-mana bahagian di dalamnya.;

Dalam ISA juga turut ditambah ancaman terhadap kehidupan ekonomi dalam Persekutuan turut digambarkan sebagai ancaman kepada Negara.

5. ISA digubal pada tahun 1960 mempunyai 2 tujuan utama. Pertamanya, sebagai Akta Parlimen yang menamatkan Perisytiharan Darurat 1948 dan keduanya sebagai alat untuk memerangi kegiatan subversif dan terorisma. Walaupun ianya bersifat “ terpakai untuk semua keadaan yang mengancam keselamatan negara” namun fokus utama semasa penggubalannya adalah untuk memerangi kegiatan komunis.Selepas komunis meletakkan senjata pada era 80’an trend penggunaan ISA juga berubah. Apa sahaja yang “mengganggu ketenteraman awam dan mengancam keselamatan Negara” seperti yang diputuskan Menteri akan membawa kepada penggunaan ISA.Perlu diingat Mahkamah hanya boleh mempersoalkan penahanan jika kaedah atau prosedur penahanan tidak diikuti tetapi sesekali tidak boleh mempersoalkan keputusan Menteri yang menandatangani perintah tahanan. Dibawah ISA pihak Polis boleh menahan seorang individu selama 60 hari ditempat yang dirahsiakan bagi tujuan penyiasatan. Tiada akses untuk lawatan keluarga atau khidmat peguam. Selepas 60 hari individu tersebut boleh dibebaskan atau ditahan di Pusat tahanan selama 2 tahun. Tempoh 2 tahun ini boleh dilanjutkan dengan perintah Menteri.

6. Peruntukan ISA ini memberi kuasa yang besar kepada polis dan Menteri tanpa boleh dipersoalkan oleh sesiapa. Apa jaminannya polis atau Menteri tidak menyalahgunakan kuasa yang diberikan ini? Pernah rakan peguam mengatakan jika polis tidak menyukai seseorang individu atau hanya mensyaki seseorang individu ini melakukan kesalahan jenayah, pihak polis boleh menahannya dibawah ISA tanpa memberikan sebab mahupun menzahirkan bukti kesalahan jenayahnya. Dalam konteks ini aku tak kisah kalau ia diperlakukan keatas komunis atau pengganas tetapi jika ini diperlakukan ke atas rakyat, ianya adalah sesuatu yang menakutkan! Lebih menakutkan jika ISA digunakan atas sebab dan motif politik!

7. Suatu ketika dahulu, ketika aku baru sahaja diberikan lesen beramal sebagai pengamal undang-undang, aku ditugaskan ke Pusat Tahanan Kamunting, daerah Taiping untuk menemuramah tahanan ISA yang ditahan di Pusat tersebut. Dalam temuramah tersebut aku dapati tahanan tersebut ditahan dibawah ISA kerana terlibat dalam kegiatan memalsukan duit syiling RM1.00. Duit syiling yang dipalsukan ini amat serupa dengan syiling RM1.00 sebenar yang dikeluarkan oleh Bank Negara. Bukan sekeping dua yang dipalsukan tetapi ribuan keping . Menurutnya, duit syiling yang dihasilkan lazimnya dijual dengan harga RM 60.00 untuk 100 keping syiling. Bayangkanlah jika beribu-ribu wang syiling ini digunakan dalam pasaran. Rakyat yang tidak tahu akan menggunakannya untuk membuat pembayaran. Ambil contoh pembayaran bil TNB.Setiap hari TNB mengutip bayaran bil jutaan ringgit. Apabila kutipan itu hendak dimasukkan ke dalam Bank, separuh dari wang syiling tersebut ditolak kerana palsu. Bayangkan apa yang bakal terjadi kepada TNB jika perkara ini tidak dicegah? TNB boleh gulung tikar dan ramai pekerja akan diberhentikan. Bukankah ini adalah ancaman kepada kehidupan ekonomi yang perlu dicegah?

8. Masa ramai orang sibuk suatu masa dahulu dengan laungan reformasi dan berdemonstrasi banyak harta benda awam yang punah . Motorsikal polis pun pernah dibakar.Peniaga takut untuk buka kedai takut barang mereka dimusnahkan atau kedai mereka dicerobohi. Pelabur asing atau bakal pelabur yang melihat keadaan ini dalam CNN menjadi takut untuk melabur di Malaysia. Peniaga – peniaga rugi jutaan ringgit kerana tidak dapat berniaga. Situasi sama dilihat akibat dari kedua-dua Perhimpunan Bersih. Bukankah itu ancaman –ancaman ketenteraman , keselamatan dan kehidupan ekonomi seperti dinyatakan sebelum ini?

9. Bagi diriku, keadaan-keadaan ini sudah cukup memadai untuk membolehkan ISA digunakan.Namun dari apa yang aku perhatikan kerajaan yang dipimpin oleh DS Najib amat berhati-hati dan sebolehnya mahu mengelak dari menggunakan alat pencegahan ini.Persoalannya KENAPA?

10. Baru-baru ini aku berpeluang menghadiri suatu Majlis Penerangan di Klana Resort Seremban. DS Hishamuddin selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri antara lain ada menyatakan bahawa DS Najib tidak mahu menggunakan ISA semata-mata untuk menggagalkan gerakan pihak-pihak tertentu yang bermotifkan politik. Jika ada isu yang diperjuangkan , Kerajaan akan menjawab dan menerangkan isu tersebut. Jika ada kesalahan dilakukan biarlah ianya diuruskan oleh pihak yang berkuasa mengikut landas undang-undang yang sedia ada dan tidak perlu gunakan ISA. Bayangkanlah jika ISA digunakan untuk menghalang Perhimpunan Bersih tempohari! Masyarakat di negara ini, malahan masyarakat dunia akan mengutuk Kerajaan bertindak kejam kerana menggunakan undang-undang “ Drakonian” terhadap rakyatnya. Sebaliknya apa yang berlaku pihak Kerajaan melalui pihak polis dan pihak keselamatan telah bertindak secara profesional dalam menangani Perhimpunan Haram Bersih. Jika dalam Perhimpunan Haram Bersih yang pertama, pihak polis dilemparkan dengan berbagai tuduhan melakukan kekerasan terhadap peserta Bersih, namun dalam Perhimpunan Bersih 2.0 , kelentong-kelentong serta temberang pemimpin pembangkang terbongkar apabila pihak polis menanganinya dengan cara yang amat professional. Ini secara tidak langsung telah menaikkan imej dan maruah pihak polis yang sering mahu dicalarkan oleh pembangkang sekaligus menaikan imej kebertanggungjawaban Kerajaan kepada rakyatnya dan ini dilakukan tanpa menggunakan senjata sulit pencegahan yang dinamakan ISA!

11. Oleh itu pengumuman oleh DS Najib adalah suatu petanda baik kepada rakyat. Amat menarik sekali dilihat bahawa ketika ISA dibentangkan di Parlimen 51 tahun dahulu, ia dibentangkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dan kini pembentangan bagi pemansuhannya akan dilakukan oleh anaknya sendiri. Walau apa pun, aku melihat pemansuhan ISA lahir dari keazaman politik Kerajaan yang dipimpin oleh DS Najib dan bukannya di sebabkan oleh pembangkang. Kerajaan boleh buat “dirk” dan biarkan pembangkang terus terpekik terlolong memainkan isu ISA ini. Kalau Kerajaan tak bercadang nak mansuhkan pembangkang tak boleh buat apa pun! Adalah suatu salah kenyataan jika kita katakan pemansuhan ISA ini disebabkan oleh desakan pembangkang. Ia sebenarnya adalah hasil suatu keazaman DS Najib dan Kerajaan dalam usaha mentransformasikan Kerajaan.

Itu pandangan aku…bagi aku OK untuk mansuhkan ISA namun masih perlu ada undang-undang yang mencegah atau membasmi kegiatan subversif,terorisma atau gerakan yang bermatlamat untuk menjatuhkan Kerajaan secara revolusi seperti yang berlaku di Mesir , Libya dan Negara Arab yang lain. Aku tak rela tengok Malaysia ini huru hara dan kacau bilau. Aku cuma dambakan sebuah Negara yang aman makmur untuk aku dan keturunan aku boleh hidup dengan penuh rukun, aman dan damai.

Thursday, September 15, 2011

Can I do it?

Are we able to relive the past or at least to experience a moment of it? Such question popped up to my mind when a friend challenged me to play rugby during Malay College Old Boy’ weekend 2012 against the present boys.

I was enjoying satay at Satay Malaysia Restaurant near Jln Pengkalan Chepa, Kota Bharu when Megat put up the idea to play rugby during the next year Malay College Old Boy’s weekend against the present boys. At first I thought it was a joke considering that I am now 50 kg heavier with a 47 inch waistline. I said to him “Bro, you have to give me time to prepare!” thinking the answer would make him drop the idea. “Well, you have 1 year” he said. “Are you man enough?” he provoked further. After a short pause I said “It’s ON Bro!

Sometimes we say things without thinking and due to ego we tend to utter senseless words. How would it be possible for me to recondition my “much pampered body” to how I was 25 years ago? At the present state and with the level of stamina that I am having now, I am pretty sure that I could last only 5 minutes on the field.

Rugby has always been my passion since it was introduced to me when I was 13. Playing rugby brought me to places and chances to meet people. I had played rugby in Thailand and also experienced playing it in Singapore. I have had experiences playing against “Mat Saleh” and “Fijians”. I have met people with colorful characters by playing this game.


Representing Perak in MSSM Rugby competition in Johor Bharu


After the game with Rajdamree Military School Thailand in 1986


Lining up before the annual game with Vajiravudh College , Bangkok Thailand 1986

Malay College All Blacks' 87


I still remember how my friends and I pioneered the International Islamic University rugby team. In fact, I captained the team for several years. I still remembered how the University Authority refused the idea of having a rugby team at first but due to our persistent, the Authority finally gave in.

Leading an International Islamic University’s rugby team was somehow sentimental to me. The University Authority gave their consent with a condition. All players must cover their “aurah” whenever the players train or play. I think that was the first time the rugby community saw players wearing track bottoms playing rugby. I just could not imagine how heavy our track bottoms were when we played in the rain, not to mention the way we dressed became a laughing stock by the spectators. Eventually we got creative. We cut our track bottoms just below the knee so as to cover our mandatory aurah” and that had lightened up our” burden”. Finally we unanimously resolved to wear shorts with tights enough to cover our knee. Though some of us looked sexy, the important thing was we did comply with the condition set by the University. To our surprise, after several games and outings we noticed players from other teams followed the way we dressed. I honestly would not want to claim credits but I verily believed we started the trend.

I also remembered a Ceylonese student named Sadiq. He was so excited when I accepted him to the team. In fact he was the only foreign student that joined the team. During a friendly match against University Kebangsaan Malaysia (UKM), I ordered him to play though he said he was not well. If I am not mistaken, Dato’ Razali, the Deputy Minister of Youth and Sports was playing on UKM side in that game. After a collapsed scrum I noticed Sadiq was lying face down on the field. I shouted “ Sadiq, get up!” He answered “I can’t feel my @#$$^% hands and legs!” Later I found out he suffered a back spine injury and that had paralyzed him. He was hospitalized and later was flown back to Ceylon for further medical treatment. That was the last time I heard of him. Until today I regretted the decision of fielding him. Should I have listened to him, the mishap would not have happened. He would have continued his studies and graduated like we all were.

Reverting to the main question, can I do it? Can I still play like before? Well I have a year to get ready. Would that be an ample time for me? Sometimes when we love the game so much we tend to do stupid things......................... just because of the love for the game.
So Bro….It’s ON!


Wednesday, September 14, 2011

Tugu Peringatan Sg Lui?

Setelah melepaskan penat lelah di Kuala Terengganu akibat kesesakan melampau di Kelantan, aku meneruskan perjalanan pulang ke Seremban. Nak ikut jalan pantai rasanya jauh , jadi aku buat keputusan ikut jalan Kuala Behrang-Bukit Besi – Bukit Sagu dan masuk ikut lebuhraya LPT melalui tol Kuantan.

Memandu atas lebuhraya LPT (Lebuh Raya Pantai Timur) cepat membuatkan mata aku mengantuk. Ye- lah , dah makan Nasi Berlauk Ikan Tongkol untuk sarapan, mananya tak cepat mengantuk. Terus aku buat keputusan keluar ikut jalan Temerloh-Kemayan- Jempol –Kuala Pilah untuk kembali ke Seremban. Mungkin dengan menggunakan jalan tersebut,kadar waspada (alertness) dalam pemanduan akan terus dapat dikekalkan.

25 kilometer lagi nak sampai ke Bandar Sri Jempol, aku terperasan satu binaan ditepi jalan. Sebelum itu memang ada papan tanda menyatakan Tugu Peringatan Sungai Lui. Aku pernah beberapa kali lalu melewati binaan tersebut bila aku ada kes di Mahkamah Tinggi Temerloh dan setiap kali lalu, aku sering tertanya tugu peringatan apa di situ? Di bina depan kebun getah pulak tu!



Siap ada replika keris! Releven ke?




Cuba baca versi Bahasa Melayu dan versi bahasa Inggeris, tengok percanggahannya!

Kali ini aku nekad berhenti singgah dan mahu tahu tugu peringatan apa yang dibina depan kebun getah tu. Dekat 10 minit aku mundar-mandir di kawasan itu, barulah aku faham bahawa tugu peringatan itu dibina untuk memperingati orang-orang Cina yang dibunuh oleh askar Jepun semasa pendudukan tentera Jepun tahun 1941 dahulu.

Bila aku amati betul-betul aku lihat ada jata Negeri Sembilan dan lambang Tourism Malaysia. Adakah tempat ini satu lokasi pelancongan ke? Adakah dengan wujudnya jata Negeri Sembilan bermaksud pembinaannya di taja oleh Kerajaan Negeri? Kalau ya, kenapa dibiarkan bersemak samun dan berlalang? Lepas itu ada replika Keris pulak! Memorial orang Cina pun pakai keris juga ke? Macam tak kena aje! Rasa ingin tahu aku mengenai tugu itu membawa aku kepada dua cerita bercanggah. Pertamanya dalam bahasa Melayu dinyatakan tugu tersebut dibina untuk memperingati 368 orang Cina yang mati dibunuh oleh Jepun. Keduanya, dalam versi bahasa Inggeris pula dinyatakan pula seramai 400 orang Cina pula yang dibunuh! Entah yang mana satu betul, tak tahulah! Aku rasa orang yang bina tugu itupun tak tahu jumlah sebenar yang mati dibunuh oleh tentera Jepun.

Ikut cerita atas tugu tersebut, 368 atau 400 orang telah dibunuh oleh Tentera Jepun adalah orang yang tak berdosa yang dibunuh secara membuta tuli atas arahan pegawai tentera Jepun. Dalam versi bahasa Inggeris pula dinayatakan mereka ini dibunuh atas maklumat dari perisik Jepun (Genko) yang menyatakan mereka ini talibarut komunis.Lantas aku terfikir, waktu itu ada 1000 orang penduduk Sg Lui yang kebanyakan orang Cina (kebanyakan bertani), kenapa hanya 368/400 orang sahaja yang dibunuh?

Sebenarnya aku amat curiga apabila cerita tentang tugu ini. Minta maaflah kepada rakan-rakan dari kaum Cina bukan maksud aku nak jadi rasis. Tapi dah beberapakali aku tengok bila ada sahaja tugu dibina, dikaitkan sebagai tugu pahlawan yang menentang penjajahan Jepun tetapi hakikatnya ia adalah untuk memperingati kematian komrad komunis di tangan tentera Jepun. Tak percaya cuba pergi di Taman Memorial Nilai. Boleh dilihat suatu tugu dan memorial dibina untuk memperingati komrad komunis yang dibunuh oleh Jepun.Mereka kata ini adalah tugu memperingati pahlawan menentang penjajahan.

Kalau dilihat tarikh pembinaan tugu di Sungai Lui ini adalah pada tahun 2000 iaitu hampir sama masanya dengan tugu yang dibina di Nilai. Perkara ini pernah aku tulis dalam forum pembaca di Utusan Malaysia tentang rancangan halus pihak komunis untuk menulis semula sejarah supaya generasi muda menganggap komunis adalah pejuang sebenar untuk kemerdekaan. Salah satu caranya adalah dengan membina tugu atau binaan kekal untuk memperingati komrad mereka yang mati dibunuh Jepun.

Muhammad (Mat) Sabu baru sahaja di” belasah” rakyat akibat mengatakan komunis adalah pejuang kemerdekaan sebenar merujuk kepada tragedi Bukit Kepong. Aku percaya ianya tidak akan habis disini kerana sejarah komunis ini akan di ulang-ulang sehingga terpahat dalam minda rakyat bahawa mereka adalah pejuang. Ini juga adalah strategi “mind game” mereka untuk mendapat sokongan rakyat sehingga rakyat akan menerima idealogi mereka. Cuba baca buku Chin Peng : My side of the story. Kita akan faham agenda halus ini.

Berbalik kepada cerita tugu di Sungai Lui ini, aku ada buat kajian tambahan. Apa yang mencetuskan peristiwa berdarah ini adalah akibat ramai orang Cina di Sungai Lui adalah pesimpati komunis (Communist Sympathizers) jika mereka sendiri bukan komrad komunis. Nak dijadikan cerita seorang pemuda Melayu bernama Zakaria telah disyaki sebagai pengintip Jepun lalu orang-orang Cina ini menangkap Zakaria, di bawa ke hutan dan tanpa soal selidik dibunuh dengan kejam. Setiap tindakan mesti ada tindakan balas (every action shall lead to an opposite reaction). Apabila perkara ini diketahui oleh abang kepada Zakaria bernama Malik, Malik telah melaporkan pembunuhan adiknya oleh komunis di markaz tentera Jepun di Bahau.

Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, tentera Jepun terus mengumpulkan semua penduduk Sungai Lui termasuk orang Melayu dan mereka memulakan soal siasat. Perlu tahu sejarah tentang Jepun dan China terutamanya “the Nangking Story” untuk mengerti mengapa tentera Jepun mempunyai prasangka buruk terhadap orang Cina. Tidak dinafikan memang tidak berperi kemanusian apabila tentera Jepun pukul rata membunuh orang Cina tidak kira yang kecil, yang tua, perempuan. Tapi persoalannya, apa yang mencetuskannya? Tindakan Jepun ini adalah suatu reaksi kepada suatu tindakan. Tindakannya adalah Orang Cina bunuh orang Melayu!

Persoalannya, layak ke suatu tugu dibina untuk memperingati mangsa keganasan Jepun walhal pada asalnya dimulakan oleh orang Cina membunuh orang Melayu?

Aku rasa pihak berwajib perlu berwaspada dan betul-betul pasti tentang fakta sejarah dan tujuan sebelum suatu tugu dirancang untuk dibina. Ini untuk mengelakkan ia menjadi perlaksanaan agenda tersirat orang yang mahu menghidupkan agenda komunis!

Aku masih tak faham tentang replika keris dibina di tempat itu. Keris adalah simbol Melayu dan dalam cerita ini Melayu yang dibunuh dengan kejam. Runtuhkan sahajalah! Tak relevan!

Tuesday, September 13, 2011

Catatan Perjalanan

Rasanya keputusan hendak pulang ke Seremban pada hari Sabtu selepas seminggu beraya di Kota Bharu adalah keputusan yang betul. Mungkin esoknya hari Ahad bermakna ada satu hari untuk berehat sebelum memulakan kerja.

Aku mula meragui keputusan yang di buat itu apabila tersekat di persimpangan ke Tanah Merah / Kuala Krai/Pasir Puteh. Ketiga-tiganya adalah jalan utama keluar dari Kelantan. Melihat hala ke Tanah Merah saujana mata memandang kereta sahaja. Begitu juga ke arah Kuala Krai. Kulihat kereta bergerak bagai kura-kura yang kena demam kura. Melihat keadaan begitu, aku rasa mungkin lebih baik ikut jalan ke Kuala Terengganu. Untung-untung Restoren Eastern di Jertih buka, boleh aku berhenti beli "pau" Mok Cik sebelah jambatan Jertih. Satu "eccentricity yang tercipta setelah sekian lama berulang alik ke Kota Bharu.

Hangat hati rasanya bila tersangkut dalam kesesakan beberapa jam. Almaklum orang berduyun-duyun balik . Tapi yang tak boleh aku terima tersangkut dalam kesesakan sejauh 10 kilometer di Setiu hanya sebab orang berhenti nak isi minyak kat Stesen minyak Shell. Lepas itu nampak polis trafik lalu aje tapi tak membantu untuk melancarkan pergerakan kenderaan dalam kesesakan itu. Lagi terbakar rasa hati aku.

Sampai di Jertih lebih kurang jam 5.30petang (7 setengah jam diambil untuk sampai ke destinasi yang selalunya ambil masa 45 minit untuk sampai) . Lalu depan Restoren Eastern, tutup pulak. Hajat nak makan "pau" tak kesampaian. Tiba-tiba, aku nampak sebuah bangunan Masjid Kayu yang amat menarik perhatianku. Hati ini seperti dipanggil-panggil untuk singgah untuk menunaikan solat Jamak wal Qasar di sana.

Sampai sahaja di Masjid Kayu Kg Seberang Jertih, aku terus sahaja menunaikan solat Jamak wal Qasar Zuhur dan Asar. Sesudah berdoa, lama juga aku memerhatikan sekeliling dan setiap binaan Masjid tersebut. bagi aku ini adalah suatu hasil Arkitek dan Seni Pembinaan Melayu yang menakjubkan bagi diriku.


Pandangan hadapan Masjid Kayu. Seberang Jertih, Terengganu


Bergambar setelah selesai menunaikan solat di kawasan patio masjid

Gambar ruang solat Masjid

Mimbar masjid

Apa yang amat menarik perhatianku adalah seni ukiran dan seni halus Melayu yang digarapkan dalam pembinaan Masjid. Hampir 99% peratus materialnya dari kayu keras. Pembinaannya juga memaparkan ciri-ciri peradaban Melayu seolah-olah mahu dipaparkan dan dihidupkan semula melalui pembinaan Masjid ini.

Aku bersyukur kepada Allah SWt kerana menggerakkan hati pemimpin di Terengganu untuk membina Masjid yang indah sedemikian rupa. Terima kasih juga mahuku sampaikan kkepada pemimpin di Terengganu atas iniatif mereka memelihara warisan seni halus dan seni bina Melayu.

Aku akan bersolat lagi di sana lagi, insyaAllah!







Salam Pembuka bicara


Salam kepada diri sendiri dan pembaca yang mungkin membaca blog ini.

Bukan untuk menokok tambah apa yang telah tersurat dan bukan juga mahu mentafsir apa yang telah tersirat. Cuma mahu menzahirkan apa yang ada dalam hati dan meluahkan apa yang di rasa.

Mungkin juga melalui blog ini , pandangan dan rasa boleh dikongsikan.



ABDUL HALIM LOKMAN