Catatan Perjalanan

Rasanya keputusan hendak pulang ke Seremban pada hari Sabtu selepas seminggu beraya di Kota Bharu adalah keputusan yang betul. Mungkin esoknya hari Ahad bermakna ada satu hari untuk berehat sebelum memulakan kerja.

Aku mula meragui keputusan yang di buat itu apabila tersekat di persimpangan ke Tanah Merah / Kuala Krai/Pasir Puteh. Ketiga-tiganya adalah jalan utama keluar dari Kelantan. Melihat hala ke Tanah Merah saujana mata memandang kereta sahaja. Begitu juga ke arah Kuala Krai. Kulihat kereta bergerak bagai kura-kura yang kena demam kura. Melihat keadaan begitu, aku rasa mungkin lebih baik ikut jalan ke Kuala Terengganu. Untung-untung Restoren Eastern di Jertih buka, boleh aku berhenti beli "pau" Mok Cik sebelah jambatan Jertih. Satu "eccentricity yang tercipta setelah sekian lama berulang alik ke Kota Bharu.

Hangat hati rasanya bila tersangkut dalam kesesakan beberapa jam. Almaklum orang berduyun-duyun balik . Tapi yang tak boleh aku terima tersangkut dalam kesesakan sejauh 10 kilometer di Setiu hanya sebab orang berhenti nak isi minyak kat Stesen minyak Shell. Lepas itu nampak polis trafik lalu aje tapi tak membantu untuk melancarkan pergerakan kenderaan dalam kesesakan itu. Lagi terbakar rasa hati aku.

Sampai di Jertih lebih kurang jam 5.30petang (7 setengah jam diambil untuk sampai ke destinasi yang selalunya ambil masa 45 minit untuk sampai) . Lalu depan Restoren Eastern, tutup pulak. Hajat nak makan "pau" tak kesampaian. Tiba-tiba, aku nampak sebuah bangunan Masjid Kayu yang amat menarik perhatianku. Hati ini seperti dipanggil-panggil untuk singgah untuk menunaikan solat Jamak wal Qasar di sana.

Sampai sahaja di Masjid Kayu Kg Seberang Jertih, aku terus sahaja menunaikan solat Jamak wal Qasar Zuhur dan Asar. Sesudah berdoa, lama juga aku memerhatikan sekeliling dan setiap binaan Masjid tersebut. bagi aku ini adalah suatu hasil Arkitek dan Seni Pembinaan Melayu yang menakjubkan bagi diriku.


Pandangan hadapan Masjid Kayu. Seberang Jertih, Terengganu


Bergambar setelah selesai menunaikan solat di kawasan patio masjid

Gambar ruang solat Masjid

Mimbar masjid

Apa yang amat menarik perhatianku adalah seni ukiran dan seni halus Melayu yang digarapkan dalam pembinaan Masjid. Hampir 99% peratus materialnya dari kayu keras. Pembinaannya juga memaparkan ciri-ciri peradaban Melayu seolah-olah mahu dipaparkan dan dihidupkan semula melalui pembinaan Masjid ini.

Aku bersyukur kepada Allah SWt kerana menggerakkan hati pemimpin di Terengganu untuk membina Masjid yang indah sedemikian rupa. Terima kasih juga mahuku sampaikan kkepada pemimpin di Terengganu atas iniatif mereka memelihara warisan seni halus dan seni bina Melayu.

Aku akan bersolat lagi di sana lagi, insyaAllah!







Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tugu Peringatan Sg Lui?

PERLU KE IKTIRAF UEC?

Masjid Kg Ulu, Melaka Tengah,Melaka 1728: Aku pernah berucap di dalamnya!