Tugu Peringatan Sg Lui?

Setelah melepaskan penat lelah di Kuala Terengganu akibat kesesakan melampau di Kelantan, aku meneruskan perjalanan pulang ke Seremban. Nak ikut jalan pantai rasanya jauh , jadi aku buat keputusan ikut jalan Kuala Behrang-Bukit Besi – Bukit Sagu dan masuk ikut lebuhraya LPT melalui tol Kuantan.

Memandu atas lebuhraya LPT (Lebuh Raya Pantai Timur) cepat membuatkan mata aku mengantuk. Ye- lah , dah makan Nasi Berlauk Ikan Tongkol untuk sarapan, mananya tak cepat mengantuk. Terus aku buat keputusan keluar ikut jalan Temerloh-Kemayan- Jempol –Kuala Pilah untuk kembali ke Seremban. Mungkin dengan menggunakan jalan tersebut,kadar waspada (alertness) dalam pemanduan akan terus dapat dikekalkan.

25 kilometer lagi nak sampai ke Bandar Sri Jempol, aku terperasan satu binaan ditepi jalan. Sebelum itu memang ada papan tanda menyatakan Tugu Peringatan Sungai Lui. Aku pernah beberapa kali lalu melewati binaan tersebut bila aku ada kes di Mahkamah Tinggi Temerloh dan setiap kali lalu, aku sering tertanya tugu peringatan apa di situ? Di bina depan kebun getah pulak tu!



Siap ada replika keris! Releven ke?




Cuba baca versi Bahasa Melayu dan versi bahasa Inggeris, tengok percanggahannya!

Kali ini aku nekad berhenti singgah dan mahu tahu tugu peringatan apa yang dibina depan kebun getah tu. Dekat 10 minit aku mundar-mandir di kawasan itu, barulah aku faham bahawa tugu peringatan itu dibina untuk memperingati orang-orang Cina yang dibunuh oleh askar Jepun semasa pendudukan tentera Jepun tahun 1941 dahulu.

Bila aku amati betul-betul aku lihat ada jata Negeri Sembilan dan lambang Tourism Malaysia. Adakah tempat ini satu lokasi pelancongan ke? Adakah dengan wujudnya jata Negeri Sembilan bermaksud pembinaannya di taja oleh Kerajaan Negeri? Kalau ya, kenapa dibiarkan bersemak samun dan berlalang? Lepas itu ada replika Keris pulak! Memorial orang Cina pun pakai keris juga ke? Macam tak kena aje! Rasa ingin tahu aku mengenai tugu itu membawa aku kepada dua cerita bercanggah. Pertamanya dalam bahasa Melayu dinyatakan tugu tersebut dibina untuk memperingati 368 orang Cina yang mati dibunuh oleh Jepun. Keduanya, dalam versi bahasa Inggeris pula dinyatakan pula seramai 400 orang Cina pula yang dibunuh! Entah yang mana satu betul, tak tahulah! Aku rasa orang yang bina tugu itupun tak tahu jumlah sebenar yang mati dibunuh oleh tentera Jepun.

Ikut cerita atas tugu tersebut, 368 atau 400 orang telah dibunuh oleh Tentera Jepun adalah orang yang tak berdosa yang dibunuh secara membuta tuli atas arahan pegawai tentera Jepun. Dalam versi bahasa Inggeris pula dinayatakan mereka ini dibunuh atas maklumat dari perisik Jepun (Genko) yang menyatakan mereka ini talibarut komunis.Lantas aku terfikir, waktu itu ada 1000 orang penduduk Sg Lui yang kebanyakan orang Cina (kebanyakan bertani), kenapa hanya 368/400 orang sahaja yang dibunuh?

Sebenarnya aku amat curiga apabila cerita tentang tugu ini. Minta maaflah kepada rakan-rakan dari kaum Cina bukan maksud aku nak jadi rasis. Tapi dah beberapakali aku tengok bila ada sahaja tugu dibina, dikaitkan sebagai tugu pahlawan yang menentang penjajahan Jepun tetapi hakikatnya ia adalah untuk memperingati kematian komrad komunis di tangan tentera Jepun. Tak percaya cuba pergi di Taman Memorial Nilai. Boleh dilihat suatu tugu dan memorial dibina untuk memperingati komrad komunis yang dibunuh oleh Jepun.Mereka kata ini adalah tugu memperingati pahlawan menentang penjajahan.

Kalau dilihat tarikh pembinaan tugu di Sungai Lui ini adalah pada tahun 2000 iaitu hampir sama masanya dengan tugu yang dibina di Nilai. Perkara ini pernah aku tulis dalam forum pembaca di Utusan Malaysia tentang rancangan halus pihak komunis untuk menulis semula sejarah supaya generasi muda menganggap komunis adalah pejuang sebenar untuk kemerdekaan. Salah satu caranya adalah dengan membina tugu atau binaan kekal untuk memperingati komrad mereka yang mati dibunuh Jepun.

Muhammad (Mat) Sabu baru sahaja di” belasah” rakyat akibat mengatakan komunis adalah pejuang kemerdekaan sebenar merujuk kepada tragedi Bukit Kepong. Aku percaya ianya tidak akan habis disini kerana sejarah komunis ini akan di ulang-ulang sehingga terpahat dalam minda rakyat bahawa mereka adalah pejuang. Ini juga adalah strategi “mind game” mereka untuk mendapat sokongan rakyat sehingga rakyat akan menerima idealogi mereka. Cuba baca buku Chin Peng : My side of the story. Kita akan faham agenda halus ini.

Berbalik kepada cerita tugu di Sungai Lui ini, aku ada buat kajian tambahan. Apa yang mencetuskan peristiwa berdarah ini adalah akibat ramai orang Cina di Sungai Lui adalah pesimpati komunis (Communist Sympathizers) jika mereka sendiri bukan komrad komunis. Nak dijadikan cerita seorang pemuda Melayu bernama Zakaria telah disyaki sebagai pengintip Jepun lalu orang-orang Cina ini menangkap Zakaria, di bawa ke hutan dan tanpa soal selidik dibunuh dengan kejam. Setiap tindakan mesti ada tindakan balas (every action shall lead to an opposite reaction). Apabila perkara ini diketahui oleh abang kepada Zakaria bernama Malik, Malik telah melaporkan pembunuhan adiknya oleh komunis di markaz tentera Jepun di Bahau.

Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, tentera Jepun terus mengumpulkan semua penduduk Sungai Lui termasuk orang Melayu dan mereka memulakan soal siasat. Perlu tahu sejarah tentang Jepun dan China terutamanya “the Nangking Story” untuk mengerti mengapa tentera Jepun mempunyai prasangka buruk terhadap orang Cina. Tidak dinafikan memang tidak berperi kemanusian apabila tentera Jepun pukul rata membunuh orang Cina tidak kira yang kecil, yang tua, perempuan. Tapi persoalannya, apa yang mencetuskannya? Tindakan Jepun ini adalah suatu reaksi kepada suatu tindakan. Tindakannya adalah Orang Cina bunuh orang Melayu!

Persoalannya, layak ke suatu tugu dibina untuk memperingati mangsa keganasan Jepun walhal pada asalnya dimulakan oleh orang Cina membunuh orang Melayu?

Aku rasa pihak berwajib perlu berwaspada dan betul-betul pasti tentang fakta sejarah dan tujuan sebelum suatu tugu dirancang untuk dibina. Ini untuk mengelakkan ia menjadi perlaksanaan agenda tersirat orang yang mahu menghidupkan agenda komunis!

Aku masih tak faham tentang replika keris dibina di tempat itu. Keris adalah simbol Melayu dan dalam cerita ini Melayu yang dibunuh dengan kejam. Runtuhkan sahajalah! Tak relevan!

Comments

  1. inilah yang jadinya apabila projek berkategori 'asal boleh' ... percanggahan fakta, terdapat keraguan dan pembinaan yang menjadi projek gajah putih. secara peribadinya, saya belum pernah melalui jalan itu. kalau ternampak bila2 nanti, nak juga berhenti tengok ...

    ReplyDelete
  2. bodoh betul orang yang buat sejarah bodoh tuuu. terima kasih kerana membuka mata dari ditipu info info bodoh begini . aku sokong patut bakar saja binaan tu katakan inilah dia pemberontak pengganas. idup pun menipu dah mampus pun nak menipu lagi

    ReplyDelete
  3. Ini kisah datuk saya..Zakaria ni adalah datuk saya..dia ada 2 orang anak..seorang laki-laki dan seorang perempuan..anak laki2 bernama Abdullah..saya anak kepada Abdullah..saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut pasal datuk saudara saya yg bernama malik...tak pernah tahu dan jumpa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngin bertanya, benarkah datuk tuan bernama zakaria , dan datuk tuan itu punya isteri bernama Peah bte Hassan,
      tinggal di no 4, kg sg lui.
      Punya dua anak, yg perempuan bernama Aminah yg lelaki datuk tuan.

      Delete
  4. Sye dri kem plkn de bana..sewaktu prtndgn sketsam.sye memegang watak zakaria..crite ini sbnrnye brksah kn ttng pecah dn printah yg dgne oleh british ktika zman dahulu..
    Ktika itu jpun dn british brebut untuk mndpat kn tnah melayu..lalu jepun melantik seorg kapitai..atau pn perisik jepun..iaitu zakaria..zakaria dibunuh oleh org cina yg ktika itu arahan pecah dn printah telah dilaksanakan oleh british bg mengasingkn kaum untuk mengelak kan perpaduan..sdah tntu anda fham ap yg jd jke tidak ad prpaduan..smbung smule kisah nye..
    Pihak jepun telah mngetahui pmbunuhan zakaria..phak jepun mmgil org2 cina dan org2 melayu..lalu mengasingkan mnjadi dua c dtempat kn dlm kmpulan kaum msing..lalu tntra jepun mnyoal siapa yang mmbunh zakaria..dan tiada yang mengaku..akhir nya org2 cina dibunuh dgn kejam dn belas kasihan..

    Jke anda faham..fkirkn ap yg telah pnjajah lakukan pde negara kite..dan apa punca pmbnuhan itu brlaku..jwapannya telah sye berikan dlm crite yg sye hayati dn lakunkan shgge sye sndri tlah mnitis kn air mata ktika mnghayti watak dlm crita ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trima ksih atas crita ni,,,sye dduk felda lui timur dh 24 thun,,sye sendiri tak tau crita tugu tu,,padahal hari2 lalu situ

      Delete
    2. Tp betul ke sungai lui, lui timur, lui barat, lui muda, lui selatan dan lui utara adalah kawasan emas .... Sbb ada cina ckp lui tu maksudnya emas ..

      Delete
  5. Pendapat saya tugu keris tersebut adalah untuk memperingati watak zakaria yang mungkin salah satu jasa beliau yang dah bagitau pihak jepun yentang gerakan komunis yg dilakukan oleh kaum cina yang memberontak pd ketika itu...wallahualam..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. yea, benar. keris itu untuk memperingati zakaria. saya cucu kepada slh seorg pnduduk felda sungai lui yg terletak dihadapan tugu tersebut. atuk saya menceritakan bagaimana org jepun menyoal setiap org cina berkenaan hal tersebut. di tapak itulah, tentera jepun bina satu lubang besar memuatkan beratus org cina tanpa mengira umur. mereka dikepung didalam lubang tersebut dan sesiapa yg cuba melarikan diri akan ditembak mati. jepun kemudiannya membakar mereka hidup2 di dlm lubang tersebut. atuk saya dan arwah moyang saya saksi kepada kejadian itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cucu sapo...den sg.lui gak...nk poie tnyo ha...nk yo tau seboto2 eh

      Delete
    2. Cucu sapo...den sg.lui gak...nk poie tnyo ha...nk yo tau seboto2 eh

      Delete
  8. Saya cucu kepada arwah zakaria..di sungai lui..rumah arwah ni no 4..tapi saya tinggal di kuala lumpur..jika betul tau pasal kisah ni..saya nak tau..jalan cerita yg sebenar..

    ReplyDelete
  9. Saya cucu kepada arwah zakaria..di sungai lui..rumah arwah ni no 4..tapi saya tinggal di kuala lumpur..jika betul tau pasal kisah ni..saya nak tau..jalan cerita yg sebenar..

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Zaman Perang Dunia ke 2 zaman berserabut. Memang Melayu mulanya ramai sokong Jepun. Hanya akhir² perang baru sedar mereka harus berikhtiar bebaskan diri dari Jepun@penjajahan. Yang Cina masa tu ingat mereka berperang sebagai extension perang melawan Jepun di China. Bukan untuk negeri² Melayu. Ingat beza itu kita dapat tau kenapa Melayu tidak akan sokong perjuangan China, waima ada yang ikut Komunis masuk hutan kawan Jepun. Natijahnya, komunis di Malaya tidak punya halatuju jangka panjang dan hanya mau men nyah Jepun & kemudian British. Mereka tidak sedar @ sensitif majoriti orang Melayu tetap kuat sentimen kepada Raja & Agama.
    Keadaan di bawah PH di mana DAP kini sebahagian dari pemerintah akan menyedarkan Melayu bahayanya fahaman sosialis DAP. Masih ramai masih belum sedar.

    ReplyDelete
  12. Nk tanya ada kisah misteri x kt tugu tu... Klu lalu hari malam seram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak crita dkt dpn tugu tu,,nak tau dtng laa felda2 yg brhampiran dgn tugu tu,,sbb mereka selalu guna jalan tu,,orng lama felda msti tau,,tpi ape yg sye nmpak sendri,,ade kreta trbakar dpn tugu tu,,dgr nye owner turun buang air kecil,,nak msuk j ee kreta,,tngok kreta dh mula di mamah api

      Delete
  13. Yang pelik sorang pun takde nak marah pada penjajah.. British dan Jepun, semua marah komunis.. dah tentu yg menetang Jepun mula2 adalah komunis yg mana segala senjata disupply oleh pihak British.. kesahnya Gajah lawan Gajah.. pelanduk mati tengah2.. rakyat tanah melayu yg jadi mangsa atas kerakusan kuasa 2 kuasa besar...

    ReplyDelete
  14. Maaf lari Dr tajuk, sy nk tnya kawasan ini agak menyeramkan ke?sbb dh byk tmpt sy pergi n berjalan tgh2 mlm n pg, tp sy xprnh nmpk makhluk ghaib, tp Masa sy lalu kawasan nie sy tnmpk sesuatu, dgn suami.

    ReplyDelete
  15. Saya ni cucu dia juga Zakaria dan Malik ni abang Uwan saya...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PERLU KE IKTIRAF UEC?

Masjid Kg Ulu, Melaka Tengah,Melaka 1728: Aku pernah berucap di dalamnya!