JOM! Bikin ayam panggang sumbat beryani



Balik kerja awal hari ini. Hujan pulak tuh! Sampai rumah tukar uniform rumah (kain pelikat & t- shirt), pergi kat dapur bukak peti ais. Nampak ayam seekor dalam peti ais. Terus teragak nak experimen buat ayam panggang sumbat beryani.

Sebenarnya, minggu lepas hari Jumaat ada tengok siri Spice Route tajaan ADABI di TV 3. Siri tu menceritakan pengalaman Chef Hussin pergi ke Turki mempelajari cara masakan makanan Turki. Dalam siri tu, dia paparkan kaedah masakan Karoobah atau erti nya nasi goreng dengan daging cincang biri-biri campur dengan badam kemudian di masukkan dalam perut kambing yang dimasak dengan rempah dan herba selama 3 jam. Di akhir siri tersebut , Chef Hussin buat masakan versi ayam. Masak nasi beryani dan disumbat dalam ayam. Ayam di lumur dengan rempah kari, cili paste, garam dan beberapa ramuan lagi dan di masak dalam oven pada suhu 180C selama 45 minit. Dalam hati aku kata "nampak senang je!"

Jadi bila nampak ayam dalam peti ais aku tengok apa bahan yang ada lagi. Cukup! walaupun tak selengkap ramuan Chef Hussin. Orang rumah pulak bawa anak-anak pergi ke Econsave! mengenangkan aku dah 2 hari tak de di rumah kerana menghadiri Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di PWTC, jadi apalah salahnya aku pulak memasak.

Bermulalah experimen aku ......... Basuh beras Moghul Basmati dalam 4 pot, tumiskan bawang putih dengan minyak Ghee dalam periuk nasi elektrik, masukkan serbuk campuran nasi beryani segera, masukkan beras dan gaulkan serta masukkan air 4 cawan. (Sebab aku rebus ayam seekor sebelum itu, aku guna air rebus ayam ) campur sedikit garam. Nak sedap masukkan bunjut sup tak kisahlah jenama apa.Kalau pakai serbuk campuran nasi beryani Maggi tak payah campur garam lagi. Tutup periuk tunggu sampai masak.

Seperti yang dikatakan tadi, aku rebus sekejap ayam seekor dengan bawang putih. bila dah rebus belah dada ayam itu dan lumurkan dengan cili boh, kunyit dan sedikit garam keseluruh ayam tersebut. Rasa-rasa le sikit, jangan terlalu masin lak! Secukup rasa aje. Boleh taburkan black pepper sikit kalau nak.

Bila nasi beryani dah masak , ambik nasi beryani dalam sepinggan dan sumbatkan dalam ayam. lepas tu ikat ayam tu dengan "butcher string". Tali ikat parcel pun boleh! Basuhlah sikit. Ikat ayam agar nasi tak terkeluar. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.Tetapkan masa untuk 45 minit.Bila ketuhar dah panas masukkan ayam tersebut dan tunggu sampai "timer" ketuhar berbunyi.

Dah siap, keluarkan ayam dan hidanglah. aku buat "decoration" sikit guna timun dan tomato. Ikut sukalah macamana nak tampilkan hidangan tersebut. Rupa hidangan yang aku buat seperti di bawah ini:-



Bila anak-anak balik dari Econsave dan nampak hidangan ini, terus mereka pergi cari pinggan. Tak sabar nak makan ni , ayah! kata mereka. Makan malam aku dan keluarga hari ini ayam panggang sumbat nasi beryani . Gembira dapat berkongsi dengan keluarga. Lihat anak-anak aku makan dengan "bersungguh-sungguh",aku rasa sesuailah dengan selera mereka tu!

Orang rumah pula tersenyum manja. Tapi masa aku ke bilik air tadi aku nampak telekong direndam! Apa nak buat!Janji aku berpeluang untuk berkongsi masa dan makan bersama keluarga.

Untuk rakan-rakan diluar sana. Cubelah! Mungkin kita boleh menyumbang ke arah keluarga bahagia. Amin !




Comments

  1. Salam tuan. Baru terbaca entri tuan. Apapun tahniah kerana eksperimen menjadi. Walaupun dah lama post ini, tapi saya kagum dgn kebolehan tuan memasak. Tahniah...Chef Hussin Khan. www.chefhussin@hotmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tugu Peringatan Sg Lui?

PERLU KE IKTIRAF UEC?

Masjid Kg Ulu, Melaka Tengah,Melaka 1728: Aku pernah berucap di dalamnya!