Posts

Showing posts from 2018

KETUANAN MELAYU DI NEGARA INI HENDAK DITAMATKAN?

Image
Baru-baru ini YB Menteri Belia dan Sukan telah mengeluarkan suatu kenyataan yang kontroversi dan telah menyentuh sensitiviti ramai orang Melayu di negara ini. Beliau mengatakan bahawa Kerajaan PH akan menamatkan era Ketuanan Melayu dan memulakan era kesaksamaan . Menteri Belia dan Sukan seharusnya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kerana apa yang keluar dari mulut Menteri,rakyat berhak menganggapnya sebagai dasar kerajaan PH yang diwakili beliau! Ramai yang berpandangan bahawa Menteri Belia ini masih muda dan tindakannya umpama “kambing” yang baru tanggal gigi susu! Ramai turut berpandangan beliau sendiri tidak memahami isi apa yang diperkatakan. Tetapi apa yang lebih memeranjatkan, ada juga bekas pemimpin seperti TS Rafidah Aziz yang mengeluarkan kenyataan yang hampir serupa iaitu “menukarkan ketuanan Melayu dengan ketuanan Malaysia ”.   Sekian lamanya menjadi Menteri dan memimpin pergerakan sayap wanita UMNO tetapi masih lagi dia tidak memahami

KERAJAAN PH ADALAH KERAJAAN CAMPURAN SOSIALISME DAN LIBERALISME?

Image
Dalam sebuah program “Bicara minda bersama Tun Dr Mahathir Mohamad” yang di adakan di Sekyen 15, Shah Alam baru-baru ini, Tun Dr Mahathir (TDM) mengakui beliau terpaksa menyesuaikan pemikiran beliau dengan aliran sosialisme dan liberalism dalam pemimpin Pakatan Harapan (PH).Namun ketika beliau diajukan dengan soalan berhubung dengan dakwaan masyarakat Melayu bahawa PH anti-islam dan mendokong liberalisme, beliau mengatakan ia adalah tuduhan musuh kerajaan. Mungkin usia membuatkan TDM membuat dua kenyataan yang bercanggah pada suatu masa atau mungkin hanya ingin menyanggah dakwaan. Namun apa yang dilihat berlaku di negara dewasa ini adalah peristiwa demi peristiwa yang berlaku yang menunjukkan pengaruh liberalisme seolah-olah mahu dikembangkan. Terbaru adalah Pesta Arak atau Oktoberfest dan Perjumpaan peminat “gay” Kriss dan Singto yang secara tidak langsung mempromosi gaya hidup pasangan homosexual. Peliknya, kerajaan PH tidak menentang langsung pengaruh ini malah

PERTUNJUKAN MAGIS DAN SILAP MATA PH

Image
Sebulan setelah memenangi PRU-14, YB Menteri Kewangan   menggemparkan seluruh rakyat Malaysia dengan menyatakan bahawa hutang Kerajaan mencecah 1 trillion ringgit sekaligus menjadikan kadar hutang negara sebanyak 83%, dari keluaran kasar negara (KDNK) , suatu petunjuk yang mencemaskan bahawa negara berada di ambang kebankrapan. Namun minggu lepas, semasa Tun Dr. Mahathir membentangkan laporan setengah penggal Rancangan Malaysia Ke-11, hutang negara hanya pada jumlah RM 688 bilion ringgit sahaja iaitu hanya 50% dari KDNK. 50% masih di bawah tahap selamat kerana penarafan antarabangsa menyatakan pengurusan hutang negara adalah terkawal selagi ia berada di paras bawah 55% dari KDNK. Jumlah hutang ini disahkan oleh laporan Bank Negara sendiri. Pelik sungguh tindak tanduk YB Menteri Kewangan ini. Beria-ia mengeluarkan kenyataan tentang hutang kerajaan mencecah 1 trillion ringgit. Wujudkan tabung harapan. Minta sumbangan dari rakyat kononnya sumbangan diperlukan untuk membayar

KUMPULAN MENTERI PENING

Image
Pada 8 Mac 2018 Tun Dr. Mahathir (TDM) menandatangani Buku Manifesto Pakatan Harapan yang mana dengan yakinnya di catatkan “KITA TIDAK BOLEH HARAP KERAJAAN INI UNTUK BETULKAN KESALAHAN SENDIRI. YANG BOLEH BETULKAN IALAH KERAJAAN BARU YANG BERWIBAWA DAN MEMBUAT JANJI-JANJI YANG MUNASABAH DALAM MANIFESTONYA..” Melintang tandatangan TDM atas Buku Manifesto Harapan tersebut! Janji No. 6 di muka surat 28 Buku Manifesto Pakatan Harapan adalah Janji untuk menghapuskan kutipan tol. Tertera janji tersebut sebegini “ KERAJAAN PAKATAN HARAPAN AKAN MENGKAJI SEMULA SEMUA PERJANJIAN KONSESI LEBUHRAYA. KAMI AKAN BERUNDING UNTUK MENDAPATKAN HARGA YANG TERBAIK UNTUK MENGAMBIL ALIH SETIAP KONSESI TOL DENGAN MATLAMAT AKHIR UNTUK MENGHAPUSKAN KUTIPAN TOL SECARA BERPERINGKAT. KAMI PERCAYA PENYEDIAAN INFRSTRUKTUR ASAS SEPERTI JALANRAYA DAN LEBUHRAYA ADALAH TANGGUNGJAWAB KERAJAAN KEPADA RAKYAT…” Minggu lepas TDM pulak sendiri akui lebuhraya tanpa tol tidak mungkin dapat diwujudkan.

ADA MEREKA KISAH?

Image
Bulan Mei lalu, setelah Kerajaan PH mengambilalih pentadbiran Kerajaan Malaysia, Kerajaan PH telah menamatkan kontrak seramai 17,000 pekerja yang berkhidmat dengan Kerajaan BN. Kata pihak Kerajaan PH mereka ini adalah lantikan politik dan khidmat mereka tidak lagi diperlukan. Majoriti dari 17000 pekerja yang ditamatkan perkhidmatan serta merta ini terdiri dari orang Melayu dan sehingga kini menghadapi masalah dan kepayahan untuk mencari kerja baru, menguruskan perbelanjaan rumah dan keluarga. ADA KERAJAAN PH KISAH dengan keperitan dan kepayahan mereka ini? Baru-baru ini Kementerian Kewangan , Menterinya Lim Guan Eng mengumumkan pembatalan kontrak syarikat MMC Gamuda bagi kerja-kerja bawah tanah bagi jajaran kedua MRT dan akan membuat tender semula secara terbuka yang menurut Menteri ini akan lebih menjimatkan. Keputusan ini akan menyebabkan 20,000 pekerja akan hilang pekerjaan mereka serta merta. Dilaporkan 60% dari jumlah 20,000 pekerja ini terdiri dari pekerja Melayu.

KENAPA ANGKUH SANGAT YB?

Image
Tular video YB Norhizam Hassan Baktee,  ADUN Pengkalan Batu, Parlimen Hang Tuah Jaya,Melaka menjerkah rakyat yang sedang mengadu permasalahan setempat kepada beliau. Banyak betul kata-kata menghina , kata-kata sombong yang keluar dari mulut YB ini! Saksikanlah video-video yang tular tersebut dan nilaikan sendiri   Ini bukanlah kali pertama YB ini menunjukkan keangkuhan dan kesombongan beliau. Sebelum ini beliau turut menerima kecaman kerana lagak beliau yang angkuh semasa membuat pemeriksaan setor baja di kawasan beliau.  Perlukah seorang pemimpin yang di pilih oleh rakyat menjadi sebegitu angkuh dan sombong? Faham, tugas seorang YB yang perlu dan sering berdepan dengan permasalahan yang di bawa oleh rakyat, Kadangkala tindakan untuk menyelesaikan  sesuatu  permasalahan tersebut akan menimbulkasn permasalahan yang lain. Pendekatan yang berhikmah, bijak,berunding dan bermuafakat perlu di ambil bagi mencari jalan penyelesaian.Bukannya menjerkah,menc

JANGAN LUPA TUTUP PINTU!

Image
Aci, Aci  buka pintu, Nana datang pukul satu, Jangan takut Penguasa tahu, Menteri suruh tutup pintu! (Dinyanyikan ikut rentak lagu aci, aci buka pintu!) Kontroversi sungguh kenyataan Pak Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam ini! Nada kenyataan Pak Menteri seolah menyatakan tidak perlu lagi pegawai Penguatkuasa Agama mengetuk pintu bagi mencegah kesalahan khalwat atau maksiat. Katanya lagi, apa yang berlaku disebalik pintu tertutup bukan urusan Kerajaan! Kenyataan ini mendapat reaksi dari beberapa orang Mufti yang secara zahirnya tidak bersetuju dengan Pak Menteri ini. Dato’ Harussani, Mufti Perak menegaskan bahawa khalwat adalah suatu kesalahan dibawah Enakmen jenayah Syariah dan Penguatkuasa Jabatan Agama diberikuasa untuk ,membuat serbuan serta tangkapan di bawah Enakmen bagi mencegah berlakunya kesalahan tersebut. Perkara ini adalah jelas dalam peruntukan undang-undang. Persoalannya ,mengapakah Pak Menteri ini berkata “ap

TAHALUF SIYASI, TAAWUN DAN KERJASAMA KUATKAN POLITIK MELAYU?

Image
Dalam Muktamar PAS baru-baru ini Dato’Hj Abdul Hadi Awang berucap tentang bayangan untuk menjalinkan kerjasama dengan UMNO di bawah kaedah “Tahaluf Siyasi” demi untuk memperkukuhkan kedudukan dan suara blok pembangkang di dalam Parlimen. Sebelum ini ada yang menyebut tentang “Taawun” iaitu bermakna “tolong-menolong untuk kebaikan” . Namun ada perwakilan dalam Muktamar mengatakan ia sepatutnya dipanggil “tahaluf siyasi” kerana taawun membawa makna terlalu umum sedangkan “tahaluf siyasi” lebih sesuai kerana ia merujuk kepada kerjasama politik, sama seperti semasa PAS duduk bersama DAP dahulu. Sama ada Taawun atau Tahaluf Siyasi, ia menggambarkan suatu kerjasama yang hendak dibentuk bersama di antara PAS dan UMNO. Kerjasama di antara PAS dan UMNO bukanlah perkara yang baharu kerana dari tahun 1972 hingga 1977, PAS dan UMNO pernah bersama dalam parti Barisan Nasional.Apa yang menyebabkan PAS keluar dari Barisan Nasional dan menjadi seteru politik Melayu kepada UMNO selepas 1977 a

Bila sistem demokrasi dipermainkan

Image
Teka-teki mengenai kawasan Parlimen mana Presiden PKR akan bertanding telah terjawab. DS Anwar Ibrahim telah menyatakan kepada umum bahawa beliau akan bertanding di kawasan PARLIMEN PORT DICKSON (P132). Pengumuman ini dibuat sebaik sahaja ahli Parlimen Port Dickson (PD) , YB Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan perletakan jawatan sebagai ahli Parlimen PD untuk memberi laluan kepada DS Anwar Ibrahim bertanding di kawasan Parlimen tersebut.           YB  Danyal Balagopal Abdullah-Ahli Parlimen PD Speaker Dewan Rakyat, setelah menerima surat perletakan jawatan dari YB Datuk Danyal Balagopal, akan mengisytiharkan kerusi Parlimen PD sebagai kosong dan Speaker akan menghantar notis kepada SPR menyatakan kekosongan kerusi tersebut. SPR kemudiannya dalam tempoh 60 hari hendaklah mengadakan suatu pilihanraya kecil di kawasan Parlimen PD bagi mengisi kekosongan tersebut. Ini semua adalah seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan mana-mana

#penipuhampeh: Mana pergi RM 1500?

Image
Rakyat terpedaya lagi! Kali ini berkaitan dengan janji manifesto PH untuk menaikkan gaji minimum kepada RM 1500. Kerajaan PH baru-baru ini mengumumkan bahawa kadar gaji minimum untuk sektor swasta dinaikkan hanya RM 50.00 dari RM 1,000 ke RM 1,050. Mana perginya janji manis PH dalam Buku Harapan mereka di muka surat 94 untuk menaikkan gaji minimum ke RM 1500? Mana perginya janji PH untuk menanggung RM 250 dari kenaikan itu? Petikan dari Buku Harapan PH Rasa nak tepuk tangan bila melihat perkara ini berlaku. Rasa nak cakap,” dah koba ,tapi tak percaya!” (dalam bahasa Inggerisnya “I’ve told you so!”) Namun sekiranya di lihat Kerajaan PH yang ada sekarang dengan secara konsisten telah memungkiri janji dan memperdayakan rakyat yang telah mengundi mereka. Mana perginya Kerajaan PH yang berintegriti dan bertanggungjawab seperti yang sering dilaungkan? Ini sesuatu yang serius kerana adakah rakyat rela terus-terusan diperdaya oleh pemimpin PH ? Golongan rakyat yang berpend