#penipuhampeh: Mana pergi RM 1500?




Rakyat terpedaya lagi! Kali ini berkaitan dengan janji manifesto PH untuk menaikkan gaji minimum kepada RM 1500. Kerajaan PH baru-baru ini mengumumkan bahawa kadar gaji minimum untuk sektor swasta dinaikkan hanya RM 50.00 dari RM 1,000 ke RM 1,050. Mana perginya janji manis PH dalam Buku Harapan mereka di muka surat 94 untuk menaikkan gaji minimum ke RM 1500? Mana perginya janji PH untuk menanggung RM 250 dari kenaikan itu?

Petikan dari Buku Harapan PH

Rasa nak tepuk tangan bila melihat perkara ini berlaku. Rasa nak cakap,” dah koba ,tapi tak percaya!” (dalam bahasa Inggerisnya “I’ve told you so!”) Namun sekiranya di lihat Kerajaan PH yang ada sekarang dengan secara konsisten telah memungkiri janji dan memperdayakan rakyat yang telah mengundi mereka. Mana perginya Kerajaan PH yang berintegriti dan bertanggungjawab seperti yang sering dilaungkan? Ini sesuatu yang serius kerana adakah rakyat rela terus-terusan diperdaya oleh pemimpin PH ?

Golongan rakyat yang berpendapatan rendah (B40) terus-terusan ditekan. Gaji minimum tidak naik seperti dijanjikan, BR1M atau BSH akan dimansuhkan,sistem Cukai SST tidak efektif menurunkan harga barang dan tidak membantu rakyat malah hanya menguntungkan peniaga! Rakyat berpendapatan rendah semakin terhimpit!Namun, Kerajaan PH seolah-olah dengan selamba sahaja tidak mengendahkan kesempitan rakyat ini.

Adakah kita semua sedar mengenai perkara ini?

Fikir-fikirkan!













Comments

Popular posts from this blog

Tugu Peringatan Sg Lui?

PERLU KE IKTIRAF UEC?

Masjid Kg Ulu, Melaka Tengah,Melaka 1728: Aku pernah berucap di dalamnya!