TAHALUF SIYASI, TAAWUN DAN KERJASAMA KUATKAN POLITIK MELAYU?
Dalam Muktamar PAS baru-baru ini
Dato’Hj Abdul Hadi Awang berucap tentang bayangan untuk menjalinkan kerjasama
dengan UMNO di bawah kaedah “Tahaluf Siyasi” demi untuk memperkukuhkan
kedudukan dan suara blok pembangkang di dalam Parlimen.
Sebelum ini ada yang menyebut
tentang “Taawun” iaitu bermakna “tolong-menolong
untuk kebaikan”. Namun ada perwakilan dalam Muktamar mengatakan ia
sepatutnya dipanggil “tahaluf siyasi” kerana taawun membawa makna terlalu umum
sedangkan “tahaluf siyasi” lebih sesuai kerana ia merujuk kepada kerjasama
politik, sama seperti semasa PAS duduk bersama DAP dahulu.
Tok Mat selaku Timbalan Presiden UMNO turut dilihat berusaha ke arah kerjasama PAS-UMNO
Ini suatu perkembangan yang baik
untuk kuasa politik Melayu dan Islam kerana kini sudah mula timbul keraguan dan
kesangsian di kalangan orang Melayu/Islam tentang keupayaan Kerajaan PH untuk
menjaga kepentingan Melayu dan Islam di negara ini.
Bunga-bunga kerjasama ini telah
mula dapat dilihat melalui dua PRK iaitu PRK Sungai Kandis dan PRK Seri Setia
di mana majoriti undi PH dapat dikurangkan. Kini tiba satu lagi PRK di Port
Dickson dan PRK di Port Dickson mungkin
akan menguji setara mana usaha kerjasama antara PAS dan UMNO!
Kerjasama PAS_UMNO bakal mengukuhkan blok suara Melayu /Islam dalam Dewan Rakyat
Disamping itu kerjasama UMNO dan
PAS jika dapat dimeteraikan, akan melihat pentadbiran 4 buah negeri iaitu
Perlis, Kelantan , Terengganu dan Pahang menjadi blok negeri yang diperintah oleh
blok UMNO-PAS. Kerjasama ini,jika dimeteraikan dengan utuh, memungkinkan 2 buah
negeri yang kini diperintah oleh PH beralih kepada blok UMNO-PAS iaitu Kedah
dan Perak.
Kerjasama PAS-UMNO(BN)akan menyamakan jumlah kerusi dengan jumlah kerusi yang disandang oleh ADUN PH di Kedah.
Kerjasama PAS_UMNO (BN) akan melebihi jumlah kerusi yang disandang oleh ADUN PH di Perak
Mungkin juga ini adalah suatu
usaha untuk penstrukturan kedudukan (re-positioning) kuasa politik orang Melayu
untuk menjadi kuasa imbang dan semak (check and balance) kepada Kerajaan yang
ada sekarang.Namun masih banyak perkara perlu dirundingkan dan dipersetujui
serta menepikan syak,dendam dan rasa kecewa antara dua parti Melayu/Islam ini
agar suatu blok suara politik Melayu/Islam yang kuat dapat dilahirkan.
Cubalah bertahaluf siyasi di PRK
PD nanti!
Fikir-fikirkanlah!
Comments
Post a Comment