ADA MEREKA KISAH?
Bulan Mei lalu, setelah Kerajaan
PH mengambilalih pentadbiran Kerajaan Malaysia, Kerajaan PH telah menamatkan
kontrak seramai 17,000 pekerja yang berkhidmat dengan Kerajaan BN. Kata pihak
Kerajaan PH mereka ini adalah lantikan politik dan khidmat mereka tidak lagi diperlukan.
Majoriti dari 17000 pekerja yang
ditamatkan perkhidmatan serta merta ini terdiri dari orang Melayu dan sehingga kini
menghadapi masalah dan kepayahan untuk mencari kerja baru, menguruskan
perbelanjaan rumah dan keluarga.
ADA KERAJAAN PH KISAH
dengan keperitan dan kepayahan mereka ini?
Baru-baru ini Kementerian
Kewangan , Menterinya Lim Guan Eng mengumumkan pembatalan kontrak syarikat MMC
Gamuda bagi kerja-kerja bawah tanah bagi jajaran kedua MRT dan akan membuat
tender semula secara terbuka yang menurut Menteri ini akan lebih menjimatkan. Keputusan
ini akan menyebabkan 20,000 pekerja akan hilang pekerjaan mereka serta merta. Dilaporkan
60% dari jumlah 20,000 pekerja ini terdiri dari pekerja Melayu.
ADA KERAJAAN PH KISAH
dengan kerisauan dan kepayahan yang bakal dialami oleh mereka?
Tony Phua , Setiausaha Politik
kepada Menteri Kewangan baru-baru ini dalam sebuah forum mencadangkan agar aset-aset
tidak strategik milik Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Berhad (PNB)
dijual bagi membayar hutang negara.
PNB syarikat berhad yang ditubuhkan
di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera pada tahun 1978 adalah alat penting bagi
menggalakkan dan merealisasikan pelaburan masyarakat Bumiputera di negara ini.
Ditubuhkan berikutan Agenda Melayu dan Bumiputera di bawah Dasar Ekonomi Baru,
PNB di anggap sebagai syarikat yang memegang aset dan pemilikan
Melayu/Bumiputera.
Dilaporkan semasa Datuk Seri
Najib naik menjadi Perdana Menteri aset PNB bernilai RM 12 billion. Direkodkan
pada akhir tahun 2017 aset PNB telah mencecah nilai RM43.9 billion. Sebagai Perdana
Menteri secara faktanya Datuk Seri Najib telah berusaha dan berjaya menaikkan
pegangan aset Melayu bumiputera sebanyak RM 31.9 billion.
Tiba-tiba, Lim Guan Eng dan Tony
Phua yang berketurunan Cina, kerana kuasa mereka sebagai Menteri dan Setiausaha Politik, mahu menjual aset Melayu /Bumiputera kononnya untuk membayar hutang
negara yang menurut mereka mencecah RM 1 trillion.
Terbaru menurut laporan 3 ejensi penarafan antarabangsa dan
laporan rasmi Bank Negara tiada menyebutkan hutang negara sebanyak RM 1 trillion
seperti yang didakwa oleh Menteri Kewangan dan kerajaan PH!
ADA KERAJAAN PH KISAH
dengan kehilangan aset Melayu/ Bumiputera yang sekian lama dikumpul?
ADA KERAJAAN PH KISAH
orang Melayu menjadi susah, kesempitan dan kehilangan seperti yang dinyatakan
di atas?
ADA Orang Melayu yang
telah hilang pertimbangan dengan menyokong PH , KISAH dengan kesusahan
,kesempitan dan kehilangan yang di alami oleh orang Melayu di negara ini?
ADAKAH MEREKA KISAH?
Fikir-fikirkanlah!
Comments
Post a Comment