PERLU KE IKTIRAF UEC?
PERLU KE IKTIRAF UEC?
Dewasa ini, acapkali disebut perkataan “ UEC” dan berbagai reaksi timbul mengenainya. Ada pihak mahu UEC diiktiraf dan ada pihak yang menentangnya. Sabtu ini di SOGO Kuala Lumpur, akan di adakan perhimpunan aman oleh Gerakan Mahasiswa GAMIS bagi membantah UEC ini dari diiktiraf oleh Kerajaan.
Melihat
persoalan mengenai UEC dan mengapa ada pihak membantahnya, perlu kita telusuri
makna dan fakta tentang UEC ini. Perkara ini sudah lama tetapi kembali timbul
setelah Pilihanraya Ke-14, apabila Kerajaan PH mengambil alih pentadbiran negara
ini.
Bukalah Wikipedia atau google sahaja perkataan UEC, maka berlambak-lambak artikel, laporan media dan catatan berkenaan UEC. UEC adalah singkatan bagi Unified Examination Certificate atau Sijil Peperiksaan Bersama yang diduduki oleh pelajar-pelajar sekolah persendirian cina. Menurut Dong Zhong (Persatuan Jawatankuasa Sekolah-Sekolah Cina Bersatu Malaysia) sijil ini telah diiktiraf di banyak negara seperti Taiwan, China dan beberapa negara Eropah sebagai kelayakan untuk memasuki universiti di negara-negara tersebut. Di Malaysia, sijil ini masih belum diiktiraf sebagai kelayakan untuk kemasukan ke universiti awam walaupun banyak universiti swasta di negara ini telahpun mengiktiraf sijil ini. Di Sarawak, lulusan UEC ini boleh diterima untuk bekerja di sektor awam Kerajaan Sarawak manakala di Pulau Pinang, lulusan UEC ini boleh diterima untuk bekerja di anak syarikat milik kerajaan negeri. Peperiksaan UEC ini dikelolakan sepenuhnya oleh Dong Zhong sejak 1975.dan bukannya oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Perlu juga kita faham bukan semua sekolah cina di Malaysia yang pelajarnya menduduki peperiksaan UEC ini. Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJKC) adalah sekolah-sekolah bantuan Kerajaan dan silibusnya adalah sama dengan sekolah –sekolah kebangsaan.Pelajar mereka juga menduduki peperiksaan SPM dan juga selepas itu STPM. Suara permintaan untuk pengiktirafan ini adalah untuk manfaat lulusan 61 buah sekolah cina persendirian yang di bawa oleh Dong Zhong. Pengiktirafan yang diminta oleh Dong Zhong ini agar UEC diiktiraf sebagai kelayakan untuk penerimaan masuk ke universiti awam tempatan dan lulusan UEC ini boleh diterima untuk bekerja di sektor awam di negara ini.
Mengapa Kerajaan sebelum ini masih belum memberi pengiktirafan kepada UEC ini walhal ia telah mula dikelolakan sejak 1975? Ada artikel turut menyatakan Tun Mahathir sendiri tidak bersetuju untuk memberi pengiktirafan semasa beliau menjadi Menteri Pendidikan lagi. Ada yang berpendapat, ianya tidak menepati falsafah pendidikan negara ini seperti yang dinyatakan dibawah Akta Pendidikan 1996. Pandangan teknikal membantah pengiktirafan ini adalah kerana subjek Bahasa Melayu dan subjek Sejarah dalam silibus peperiksaan UEC tidak mencapai tahap seperti di bawah modul peperiksaan SPM mahupun STPM. Menurut cendiakiawan akademik pula mengapa perlu ada sijil kelayakan lain untuk kemasukan ke universiti tempatan atau sektor awam kerana yang sedia ada iaitu SPM dan STPM telah cukup untuk tujuan tersebut.
Boleh
dilihat kelangsungan ini adalah untuk manfaat sesuatu kaum sahaja dan kaum ini
boleh mengambil sikap tidak acuh tentang perpaduan
nasional, falsafah pendidikan nasional dan dasar pendidikan nasional yang telah
di adun untuk kebaikan semua, JIKA UEC
diiktirafkan. Itu belum lagi menyentuh tentang perkara Bahasa Melayu yang
sepatutnya menjadi “lingua franca” rasmi untuk semua kaum di negara ini yang
akan turut terkesan jika UEC ini diiktirafkan.
Bukalah Wikipedia atau google sahaja perkataan UEC, maka berlambak-lambak artikel, laporan media dan catatan berkenaan UEC. UEC adalah singkatan bagi Unified Examination Certificate atau Sijil Peperiksaan Bersama yang diduduki oleh pelajar-pelajar sekolah persendirian cina. Menurut Dong Zhong (Persatuan Jawatankuasa Sekolah-Sekolah Cina Bersatu Malaysia) sijil ini telah diiktiraf di banyak negara seperti Taiwan, China dan beberapa negara Eropah sebagai kelayakan untuk memasuki universiti di negara-negara tersebut. Di Malaysia, sijil ini masih belum diiktiraf sebagai kelayakan untuk kemasukan ke universiti awam walaupun banyak universiti swasta di negara ini telahpun mengiktiraf sijil ini. Di Sarawak, lulusan UEC ini boleh diterima untuk bekerja di sektor awam Kerajaan Sarawak manakala di Pulau Pinang, lulusan UEC ini boleh diterima untuk bekerja di anak syarikat milik kerajaan negeri. Peperiksaan UEC ini dikelolakan sepenuhnya oleh Dong Zhong sejak 1975.dan bukannya oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Perlu juga kita faham bukan semua sekolah cina di Malaysia yang pelajarnya menduduki peperiksaan UEC ini. Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJKC) adalah sekolah-sekolah bantuan Kerajaan dan silibusnya adalah sama dengan sekolah –sekolah kebangsaan.Pelajar mereka juga menduduki peperiksaan SPM dan juga selepas itu STPM. Suara permintaan untuk pengiktirafan ini adalah untuk manfaat lulusan 61 buah sekolah cina persendirian yang di bawa oleh Dong Zhong. Pengiktirafan yang diminta oleh Dong Zhong ini agar UEC diiktiraf sebagai kelayakan untuk penerimaan masuk ke universiti awam tempatan dan lulusan UEC ini boleh diterima untuk bekerja di sektor awam di negara ini.
Jenis sekolah cina di Malaysia |
Mengapa Kerajaan sebelum ini masih belum memberi pengiktirafan kepada UEC ini walhal ia telah mula dikelolakan sejak 1975? Ada artikel turut menyatakan Tun Mahathir sendiri tidak bersetuju untuk memberi pengiktirafan semasa beliau menjadi Menteri Pendidikan lagi. Ada yang berpendapat, ianya tidak menepati falsafah pendidikan negara ini seperti yang dinyatakan dibawah Akta Pendidikan 1996. Pandangan teknikal membantah pengiktirafan ini adalah kerana subjek Bahasa Melayu dan subjek Sejarah dalam silibus peperiksaan UEC tidak mencapai tahap seperti di bawah modul peperiksaan SPM mahupun STPM. Menurut cendiakiawan akademik pula mengapa perlu ada sijil kelayakan lain untuk kemasukan ke universiti tempatan atau sektor awam kerana yang sedia ada iaitu SPM dan STPM telah cukup untuk tujuan tersebut.
Secara
faktanya suara menuntut pengiktirafan ini hanyalah suara minoriti iaitu hanya untuk
manfaat lulusan dari 61 buah sekolah persendirian cina di negara ini.Mengapa
suara minoriti ini perlu diambil kisah, berbandingkan dengan sistem peperiksaan
perdana yang telah diwujudkan untuk semua
dan majoriti kaum di negara ini. Sekolah persendirian cina ini berdiri secara
swasta kerana keengganan mereka sendiri
untuk menerima silibus dan bantuan kerajaan sejak dahulu lagi. Adakah suara meminta pengiktirafan ini sejujurnya
suatu hanya isu pendidikan atau ianya bermotifkan kelangsungan sesuatu kaum
sahaja? Mungkinkah jika pengiktrafan kepada UEC diberikan, ia akan menjadi suatu alat pemasaran (marketing tool) untuk
menarik lebih ramai kaum cina menghantar anak mereka ke sekolah persendirian
cina dari menghantar anak mereka ke sekolah SJKC atau SMJKC ataupun sekolah kebangsaan sendiri?
Mungkinkah pihak yang pro pengiktirafan ini sebenarnya mahu melihat pengwujudan
lebih banyak sekolah persendirian cina (lebih dari 61 buah yang ada sekarang) dan mahu melihat kemerosotan dalam jumlah pelajar cina di SJKC, SMJKC atau sekolah kebangsaan?
Kemasukan pelajar SJKC berbanding sekolah persendirian cina |
Oleh
itu, mari kita fikirkan, perlu ke iktiraf UEC ini?
Comments
Post a Comment