DEDAK, RASUAH………….



Dari kampung pergi ke pekan,
 Singgah di kedai membeli bedak,
Jika betul ia diperlukan,
Jangan sekali dipanggil DEDAK!

Guru mengajar membina ayat, 
Sambil mengajar betulkan yang salah,
Jika betul ia membantu rakyat,
Jangan sekali dipanggil RASUAH! 

Pergi ke kedai membeli tali,
Tali berguna untuk mengikat, 
Jika mampu bantuan diberi,
Jangan sekali MENIPU RAKYAT! 


Terbaru, Kerajaan PH mengumumkan akan memberikan Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dianggarkan berjumlah RM 1.6 billion kepada hampir 4.1 juta penerima yang dijangkakan menerimanya bermula 15-8-2018. YB Menteri Kewangan turut menyatakan bahawa pemberian BSH diharap dapat membantu penerima membeli barang keperluan dan membuat persiapan untuk Aidil Adha.



Ini bukanlah suatu perkara baru. Kerajaan BN dahulu menamakan bantuan ini sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Apabila Kerajaan PH memerintah negara ini, nama bantuan ini ditukarkan kepada BSH.Tiada yang baru, perkara yang sama. Cuma nama sahaja ditukar. Mungkin kerana Kerajaan PH mempunyai “alahan” kepada label 1 Malaysia.

Jika ia perkara yang diteruskan oleh Kerajaan PH, mengapa dahulu pemberian bantuan ini dilabelkan sebagai DEDAK? Penerima bantuan ini turut dilabelkan sebagai penerima dan pemakan DEDAK.Pemimpin PH dahulu dengan angkuh memandang hina inisiatif Kerajaan BN ini dengan mengatakan Kerajaan memberikan DEDAK kepada rakyat. Mengapa sekarang ia diteruskan?

Tun Mahathir juga pernah mengatakan bahawa pemberian BR1M kepada rakyat adalah suatu RASUAH diberikan kepada rakyat untuk terus menyokong Kerajaan BN. Sekarang beliau diberikan mandat oleh rakyat untuk mentadbir negara,mengapa inisiatif yang dilabelkan sebagai RASUAH ini diteruskan? Ke manakah perginya integriti yang sering dilaungkan dan dakwaan kerajaan yang ada sekarang ini bebas RASUAH?

Tidak perlu dijelaskan kebaikan BR1M ini kepada rakyat. Rakyat yang pernah menerimanya faham manfaat yang dibawa melalui perlaksanaan BR1M. Apa yang perlu dijelaskan adalah sikap HIPOKRASI kepemimpinan PH. Semua yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu dilabelkan dengan label yang menghina sedangkan mereka tidak ada model atau inisiatif baru untuk memberikan manfaat kepada rakyat. Apa yang termampu dilaksanakan oleh kerajaan PH hanyalah menukar nama BR1M kepada BSH

Seperkara lagi kepimpinan PH ini gemar memberi kenyataan yang mengelirukan Dilaporkan bahawa pembayaran BSH sebanyak RM 1.6 bilion dibuat dalam keadaan kekangan kewangan kerana hutang Kerajaan Persekutuan mencecah RM1 trilion berikutan skandal 1MDB dan salah urus tadbir. Turut dilaporkan mengatakan Kerajaan PH telah menyediakan peruntukan subsidi berjumlah RM 3 bilion sehingga akhir tahun untuk menstabilkan harga petrol dan diesel. Jika benar hutang kerajaan mencecah RM1 trilion mengapa kerajaan masih mampu untuk berikan BSH dan subsidi minyak yang keduanya berjumlah RM 4.6 bilion? Bukankan lebih wajar jumlah RM4.6 bilion itu di ketepikan untuk menyelesaikan hutang yang didakwa mencecah RM 1 trilion tersebut? Bukankah tindakan sebegitu lebih wajar dari meraih simpati rakyat melalui Tabung Harapan yang didakwa akan digunakan untuk menyelesaikan hutang negara?

Perlu juga dinyatakan jika pemberian BSH atau dahulunya BR1M ini tidak diluluskan semasa belanjawan kerajaan BN dahulu, kerajaan sekarang perlu kemukakan rang undang-undang pembekalan di Dewan Rakyat untuk mengeluarkan peruntukan ini. Namun tiada pula rang undang-undang pembekalan berkaitan yang dikemukakan. Maksudnya, kerajaan yang ada sekarang ini meneruskan sahaja apa yang telah diluluskan oleh kerajaan BN bukan kerana komitment melunaskan manifesto seperti yang didakwa! 

Fikir-fikirkanlah!




Comments

  1. Pihak pkr pun rasuah jugak masa pru14 yg lalu kalau x mcm mana boleh menang

    ReplyDelete
  2. Saya nak tanya pkr mana dapat dana berbilian pru 14 dan pru sebelum nya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tugu Peringatan Sg Lui?

PERLU KE IKTIRAF UEC?

Masjid Kg Ulu, Melaka Tengah,Melaka 1728: Aku pernah berucap di dalamnya!