TAKTIK JIJIK PEMIMPIN PH


Mutakhir minat rakyat melihat sesi perbahasan sidang Parlimen dilihat kian meningkat. Jika di rasakan tidak cukup yang dilaporkan di dalam televisyen, mereka beralih pula ke Youtube dan media sosial yang lain demi untuk mengikuti perbahasan wakil rakyat di Parlimen. Mungkin minat ini timbul kerana sidang ini wakil rakyat BN berbahas dari blok pembangkang manakala wakil PH berbahas dari blok parti kerajaan.

Peningkatan minat ini disedari oleh kedua – dua belah pihak pembangkang dan parti kerajaan . Namun seolah-olah wujud satu keseragaman dalam perbahasan wakil rakyat PH. Boleh dikesan dalam ucapan mereka , mereka tidak lupa menuduh kerajaan BN menyeleweng,menipu, salah tadbir urus, skandal 1 MDB, membebankan rakyat dan banyak lagi walaupun perbahasan tersebut tidak ada kena mengena dengan perkara tersebut.

Tiga orang pemimpin PH yang sering dilihat mengeluarkan –kata sebegini adalah Lim Guan Eng (Ahli Parlimen Bagan- YB Menteri Kewangan), Tony Pua (Ahli Parlimen Damansara) dan RSN Rayer (Ahli Parlimen Jelutong –Back Bencher PH).




Adakah ini suatu kebetulan atau sememangnya dirancang? Ada suatu kaedah saikologi yang digunakan dalam dunia pengiklanan dipanggil Effective Frequency di mana jika sesuatu perkara disebut secara berulang-ulang ia akan membentuk persepsi kepada pendengar atau penonton bahawa perkara itu benar sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya. Jika inilah perancangan dan taktik PH untuk mencipta persepsi bahawa Kerajaan BN jahat, menyeleweng, menindas rakyat dan sebagainya ia adalah suatu taktik JIJIK oleh pemimpin PH! Mereka sedar ini disaksikan oleh rakyat melalui media yang disebut sebelum ini.

Terbaru,ketika membahaskan Rang Undang-Undang bagi memansuhkan GST, YB Menteri Kewangan berkata Kerajaan BN telah “MEROMPAK” RM 18 juta wang kredit cukai input GST yang menurut dakwaannya sepatutnya dipulangkan kepada rakyat. Namun setelah diminta penjelasan, beliau mengatakan perkara ini belum lagi dibuat siasatan sama ada secara dalaman atau luaran. Persoalannya bagaimanakah beliau boleh menggunakan perkataan ROMPAK sedangkan tiada hasil siasatan yang muktamad perkara ini? Timbalan Yang DiPertua Speaker YB Ng Kor Ming juga dilihat menyebelahi YB Menteri Kewangan walaupun beberapakali diminta oleh wakil rakyat BN agar perkataan “ROMPAK’ tersebut di tarik balik. Adakah ini cara YB Menteri Kewangan menggunakan kaedah Effective Frequency? Apa pun ia adalah sesuatu taktik yang JIJIK yang tidak sepatutnya digunakan oleh Ahli Parlimen dan juga seorang Menteri.

Mungkinkah kepimpinan PH merasakan persepsi ini perlu dibentuk di kalangan minda rakyat untuk mengalih perhatian rakyat dari ketidakmampuan mereka melaksasanakan janji 100 hari mereka?
Fikir-fikirkanlah.








Comments

Popular posts from this blog

Tugu Peringatan Sg Lui?

PERLU KE IKTIRAF UEC?

Masjid Kg Ulu, Melaka Tengah,Melaka 1728: Aku pernah berucap di dalamnya!