APO BONDO EE… GST NI?
Beberapa hari lalu, aku ada duduk “minam” dengan beberapa kenalan di sebuah kedai mamak di Paroi Jaya. Antara kenalan tersebut ada yang berusia lebih tua dari aku. Menu “minam” macam biasa seperti tersenarai dalam Menu 1 Malaysia (the tarik + roti canai). Kenalan yang lebih tua tersebut makan “Roti John”. Nampak sedap je dia makan. He he he…. orang belanja, mestilah sedap! Semasa sesi “minam” tu, banyak perkara yang diperbualkan dan diceritakan. Itulah keajaiban perbincangan “warung the tarik”. Semua isu dan permasalahan dunia dibincangkan dan turut dicadangkan resolusi-resolusinya tetapi masalah diri sendiri tak dapat nak selesaikan. Antara tajuk perbualan masa itu adalah mengenai Bajet 2014 yang baru dibentangkan oleh DS Najib beberapa hari lalu. Cerita punye cerita keluar topik pasal GST. “Apo bondo ee..?” Tanya kenalan aku yang lebih tua tersebut.GST! Ulang kawan aku yang sorang lagi. “ Apo bondo ee.. GST ni? Tanya dia lagi dengan mulut penuh mengunyah Roti John. ...