Mengkorporatkan UMNO Perhubungan Negeri…..Perlu ke atau saje POYO?
1. Dalam mesyuarat UMNO Perhubungan Negeri baru-baru ini, YAB Dato’ Seri Mohamad Hasan selaku Pengerusi mengumumkan bahawa suatu badan yang beroperasi secara korporat akan diwujudkan untuk menguruskan urusan UMNO Perhubungan Negeri Sembilan. 2. Dalam pengumuman itu beliau menyatakan pada masa kini pentadbiran UMNO tidak lagi di uruskan dengan asas kesukarelawan semata-mata tetapi perlu diuruskan secara serius oleh pekerja –pekerja yang bekerja sepenuh masa dan dibayar gaji. 3. Menurut beliau lagi kewujudan badan korporat ini tidak akan bercanggah dengan struktur Badan Perhubungan seperti yang sedia ada malah akan beroperasi selari dengan Badan Perhubungan Negeri dengan menguruskan beberapa fungsi biro Badan Perhubungan seperti latihan kepada ahli, pengurusan media baru dan pendaftaran pengundi baru. 4. Inilah kali pertama aku mendengar sebuah badan di bawah struktur parti sahsiah hendak dikorporatkan operasinya. Tiada negeri lain yan...