SELAMAT DATANG TAHUN 2014
1. Tahun 2013 kian sampai ke penghujung dan tahun 2014 kian hampir menjengah.Tahun 2013 pastinya melakarkan berbagai peristiwa yang akan menjadi lembaran sejarah untuk diingati oleh masing-masing dalam kita semua meniti ke usia matang. 2, Lazimnya setiap kedatangan tahun baru akan disulami dengan pertanyaan " Apakah azam pada tahun baru" . Ironinya azam tahun 2013 dan yang lepas-lepas masih belum tercapai , inikan pula mahu menambah item baru dalam senarai azam yang kian lama kian panjang . Dari seorang individu ke individu azam peribadi mungkin berlainan tetapi "azam terpaksa" yang popular kepada hampir kebanyakan rakyat Malaysia adalah untuk berjimat cermat dalam berbelanja memandangkan pengumuman kenaikan harga tarif elektrik , kadar tol dan juga kenaikan harga barang-barang. 3. Semasa Perhimpunan Agung UMNO 2013 baru-baru ini , walaupun ada desakan dari Khairy Jamaludin dan saf sayap pemuda UMNO untuk mengkaji semula atau menangguhkan kenaikan tarif e...