Posts

Showing posts from September, 2018

TAHALUF SIYASI, TAAWUN DAN KERJASAMA KUATKAN POLITIK MELAYU?

Image
Dalam Muktamar PAS baru-baru ini Dato’Hj Abdul Hadi Awang berucap tentang bayangan untuk menjalinkan kerjasama dengan UMNO di bawah kaedah “Tahaluf Siyasi” demi untuk memperkukuhkan kedudukan dan suara blok pembangkang di dalam Parlimen. Sebelum ini ada yang menyebut tentang “Taawun” iaitu bermakna “tolong-menolong untuk kebaikan” . Namun ada perwakilan dalam Muktamar mengatakan ia sepatutnya dipanggil “tahaluf siyasi” kerana taawun membawa makna terlalu umum sedangkan “tahaluf siyasi” lebih sesuai kerana ia merujuk kepada kerjasama politik, sama seperti semasa PAS duduk bersama DAP dahulu. Sama ada Taawun atau Tahaluf Siyasi, ia menggambarkan suatu kerjasama yang hendak dibentuk bersama di antara PAS dan UMNO. Kerjasama di antara PAS dan UMNO bukanlah perkara yang baharu kerana dari tahun 1972 hingga 1977, PAS dan UMNO pernah bersama dalam parti Barisan Nasional.Apa yang menyebabkan PAS keluar dari Barisan Nasional dan menjadi seteru politik Melayu kepada UMNO selepas 1977 a...

Bila sistem demokrasi dipermainkan

Image
Teka-teki mengenai kawasan Parlimen mana Presiden PKR akan bertanding telah terjawab. DS Anwar Ibrahim telah menyatakan kepada umum bahawa beliau akan bertanding di kawasan PARLIMEN PORT DICKSON (P132). Pengumuman ini dibuat sebaik sahaja ahli Parlimen Port Dickson (PD) , YB Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan perletakan jawatan sebagai ahli Parlimen PD untuk memberi laluan kepada DS Anwar Ibrahim bertanding di kawasan Parlimen tersebut.           YB  Danyal Balagopal Abdullah-Ahli Parlimen PD Speaker Dewan Rakyat, setelah menerima surat perletakan jawatan dari YB Datuk Danyal Balagopal, akan mengisytiharkan kerusi Parlimen PD sebagai kosong dan Speaker akan menghantar notis kepada SPR menyatakan kekosongan kerusi tersebut. SPR kemudiannya dalam tempoh 60 hari hendaklah mengadakan suatu pilihanraya kecil di kawasan Parlimen PD bagi mengisi kekosongan tersebut. Ini semua adalah seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Perse...

#penipuhampeh: Mana pergi RM 1500?

Image
Rakyat terpedaya lagi! Kali ini berkaitan dengan janji manifesto PH untuk menaikkan gaji minimum kepada RM 1500. Kerajaan PH baru-baru ini mengumumkan bahawa kadar gaji minimum untuk sektor swasta dinaikkan hanya RM 50.00 dari RM 1,000 ke RM 1,050. Mana perginya janji manis PH dalam Buku Harapan mereka di muka surat 94 untuk menaikkan gaji minimum ke RM 1500? Mana perginya janji PH untuk menanggung RM 250 dari kenaikan itu? Petikan dari Buku Harapan PH Rasa nak tepuk tangan bila melihat perkara ini berlaku. Rasa nak cakap,” dah koba ,tapi tak percaya!” (dalam bahasa Inggerisnya “I’ve told you so!”) Namun sekiranya di lihat Kerajaan PH yang ada sekarang dengan secara konsisten telah memungkiri janji dan memperdayakan rakyat yang telah mengundi mereka. Mana perginya Kerajaan PH yang berintegriti dan bertanggungjawab seperti yang sering dilaungkan? Ini sesuatu yang serius kerana adakah rakyat rela terus-terusan diperdaya oleh pemimpin PH ? Golongan rakyat yang berpend...

RULE OF LAW CAP AYAM ?

Image
Semalam adalah Hari Terkejut Se-Malaysia. Tun Mahathir terkejut, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terkejut. Ini semua disebabkan oleh Lim Guan Eng dan Phang Li Khoon dilepaskan serta dibebaskan dari dua tuduhan rasuah oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang setelah perbicaraan telah bermula separuh jalan. Amat pelik apabila SPRM memohon untuk menarikbalik kes sedangkan kes sudah berjalan dan sesudah 25 orang saksi telah dipanggil memberi keterangan. Bukankah sebelum memulakan pendakwaan kes,pihak Pendakwa SPRM sepatutnya sudah bersedia dengan bukti yang kukuh dan saksi yang mantap? Adakah pihak Pendakwa SPRM tiada wibawa sehingga memohon menarikbalik kes setelah perbicaraan bermula? Bukankah SPRM ada duluan kes (dalam bahasa perundangan dipanggil “precedent”) yang kukuh kerana salah satu pertuduhan tersebut adalah hampir serupa dengan kes pendakwaan terhadap bekas Menteri Besar Selangor Dato Seri Khir Toyo yang mana akhirnya Dato Seri Khir Toyo disabitkan ber...