IKTIRAF LBGT akan ANCAM MELAYU?

Mutakhir, heboh semula isu LBGT. Pertamanya, YB Menteri menjaga hal ehwal agama dalam Parlimen menyatakan bahawa hak kaum LBGT ini akan dijamin oleh Kerajaan baru. Keduanya, anak Tun Mahathir melaungkan memperjuangkan hak kaum LBGT ini. Isu kaum LBGT ini juga telah mula masuk dan diperbincangkan secara terbuka di televisyen. 

Umum faham hak setiap insan dan warganegara termasuk kaum LBGT ini dijamin oleh Perlembagaan dan undang-undang negara. Tak perlu kita cakap berulang-ulang sebab kita semua faham. Jika mana-mana individu kaum LBGT ini di samun, di rompak, individu tersebut juga berhak untuk mendapatkan perlindungan dan tindakan di bawah undang-undang. 

Namun hak yang dijamin ini mempunyai batasannya. Batasan ini juga diperuntukkan oleh undang-undang. Jika lelaki melayu beragama Islam berjalan dikhalayak ramai bersolek dan memakai pakaian seperti wanita ,itu dah jadi suatu kesalahan dibawah Enakmen Jenayah Islam di setiap negeri.

Apakah hak yang mahu diminta oleh kaum ini? Tidak ada diskriminasi di tempat kerja? Adakah boleh di benarkan seorang guru lelaki pergi ke sekolah guru berpakaian baju kebaya dan mengajar murid-muridnya? Apabila tidak dibenarkan oleh Pengetua sekolah, adakah Pengetua tersebut dikatakan mengamalkan diskriminasi?

Kini kaum ini telah terang-terangan buat pertunjukan fesyen dan terbaru di PRK Sungai Kandis membuat tarian dan persembahan umum. Mungkinkah selepas ini kaum ini mahukan hak untuk pernikahan sejenis, mahukan hak untuk mengambil anak angkat dan mahukan hak menjadi ibubapa seperti di negara barat?

Sebenarnya tidak pelik mengapa tiba-tiba isu ini heboh semula. Semasa PRU lepas, Pakatan Harapan telah mendekati kaum ini bagi mendapatkan blok undi mereka dengan janji kaum ini tidak akan dipinggirkan. Sebab itu kini timbul desakan-desakan agar hak mereka diiktirafkan.

Namun umum perlu jelas bahawa di negara ini Agama Islam adalah agama Persekutuan. Sesuatu yang bercanggah dengan ajaran dan syiar Islam harus ditolak. Tolak semua pandangan dan laungan aktivis hak asasi yang bercakap tentang ajaran dan syiar Islam hanya mengikut interpretasi mereka sendiri. 

Baru-baru ini keluar laporan di Mingguan Malaysia tentang jangkitan penyakit HIV/ AIDS. Majoriti pengidapnya adalah kaum Melayu yang terdiri dari kaum LBGT ini.




Laporan ini amat membimbangkan dan kaum Melayu seumpama layu dengan orientasi dan gaya hidup LBGT ini. Suatu ancaman kemusnahan kepada generasi Melayu kini dan akan datang jika nilai songsang dan gaya hidup LBGT ini diterima atau diiktiraf umum.


Adakah kepimpinan PH tidak peduli tentang ancaman ini?

Fikir-fikirkanlah.


Comments

Popular posts from this blog

Tugu Peringatan Sg Lui?

KETUANAN MELAYU DI NEGARA INI HENDAK DITAMATKAN?

Masjid Kg Ulu, Melaka Tengah,Melaka 1728: Aku pernah berucap di dalamnya!