#penipuhampeh: BILA KERAJAAN MENIPU RAKYAT……



Genap 100 hari sejak Kerajaan PH mula mentadbir negara ini. Semasa kempen PRU lepas, mereka janji 10 perkara kononnya untuk kebaikan rakyat,dalam tempoh 100 hari mereka mentadbir Malaysia. Berjayakah mereka? Umum tahu mereka gagal. Jika boleh di ringkaskan macam keputusan SPM mungkin akan kelihatan sebegini:-
                                                


                                    


Pemimpin PAS berkata gred yang boleh diberikan kepada Kerajaan PH adalah gred D. Tan Sri Annuar Musa awal-awal lagi sudah membidas Kerajaan PH kerana kegagalan mereka.Oleh itu kenapa harus berjanji? 





Dalam laporan akhbar Berita Harian ada dipetik Tun Mahathir mengatakan sebahagian janji-janji tersebut dibuat kerana mereka tidak yakin dapat mandat untuk mentadbir negara ini sewaktu PRU lepas. Maka ini adalah semua pembohongan kepada rakyat. Lebih mengejutkan Timbalan Perdana Menteri Dr. Wan Azizah mengatakan “Tidak perlu memohon maaf kepada rakyat”! Sudahlah berbohong,sudahlah tidak menepati janji, minta maaf pun tidak mahu! Adakah ini yang dimahukan rakyat? Sudahlah berbohong tetapi masih angkuh?



Pihak Kerajaan PH mungkin boleh berkata mereka telah berjaya mansuhkan GST dan akan memperkenalkan SST yang akan menurunkan kos barangan.Namun, sudah ada syarikat yang mengeluarkan memo bahawa mereka akan menaikkan harga produk mereka kerana SST. Adakah ini juga janji atau sekadar suatu siri pembohongan lagi?








Apa pun, sahih dan jelas kerajaan PH dianggotai oleh pemimpin yang menipu rakyat. Adakah ini boleh diterima? Teringat pantun dulu-dulu:


SIAKAP SENOHONG,
GELAMA IKAN DURI,
BERCAKAP BOHONG,
LAMA-LAMA MENCURI!


Fikr-fikirkanlah


Comments

Popular posts from this blog

Tugu Peringatan Sg Lui?

KETUANAN MELAYU DI NEGARA INI HENDAK DITAMATKAN?

Masjid Kg Ulu, Melaka Tengah,Melaka 1728: Aku pernah berucap di dalamnya!