#penipuhampeh: SUDAHLAH MENIPU,MENGHINA LAGI!


Patutkah kita bertepuk tangan bila melihat pengundi dan penyokong Kerajaan PH digula-gulakan bagaikan budak hingusan bila pemimpin PH terus-terusan menipu mereka?

Atau perlukah kita bersimpati kepada mereka atas malang yang menimpa kerana terlalu mempercayai janji-janji manis kerajaan PH?

Namun yang lebih malang adalah golongan yang nampak dan tahu pemimpin PH menipu rakyat tetapi masih memberikan harapan dan peluang untuk Kerajaan PH untuk membawa perubahan.Cukup malang!

Baru-baru ini, Tun Mahathir menyatakan  Bantuan Sara Hidup (BSH) atau dahulunya BR1M akan dimansuhkan secara beransur-ansur. Ini adalah sesuatu yang menyimpang dari Janji Manifesto di muka surat 20, Buku Manifesto Harapan.





sudahlah menipu malah disulam dengan kata penghinaan bahawa penerima bantuan tidak produktif atau menjadi malas jika bantuan terus diberikan.


Mengatakan BSH sepatutnya diberikan kepada pihak yang layak, ITU BETUL. Mengatakan BSH sepatutnya diberiikan kepada golongan B40, ITU BETUL. Namun mengatakan orang yang layak menerima dan golongan B40 adalah tidak produktif dan malas ,itu suatu PENGHINAAN!! Mengikut statistik, orang Melayu adalah kaum majoriti dalam kategori B40 tersebut. Adakah orang Melayu di Malaysia ini tidak produktif dan malas?

Nada penghinaan ini adalah senada dengan pandangan orang Cina yang angkuh (bukan semua cuma segelintir). Mereka kata mereka bekerja keras, membayar cukai tetapi hasil cukai diambil dan digunakan oleh Kerajaan UMNO terdahulu.




Adakah Tun Mahathir telah hilang semangat Ultra Melayunya? Adakah semangatnya telah luntur dipengaruhi oleh Cina yang angkuh? Melayu ditipu ,kemudian dihina?

Sekurang-kurangnya Kerajaan UMNO terdahulu yang acapkali dituduh oleh Tun Mahathir, Lim Guan Eng dan pemimpin PH yang lain sebagai "Pencuri" atau "Perompak", telah mengotakan janji membantu dan membela golongan B40 ini. Tidak pernah sekali Kerajaan UMNO terdahulu memanggil golongan ini pemalas seperti Kerajaan PH kini!

Bolehkah kita sebagai rakyat boleh  terus menerima penipuan dan penghinaan sebegini?

Fikir-fikirkan.








Comments

Popular posts from this blog

Tugu Peringatan Sg Lui?

KETUANAN MELAYU DI NEGARA INI HENDAK DITAMATKAN?

Masjid Kg Ulu, Melaka Tengah,Melaka 1728: Aku pernah berucap di dalamnya!