#penipuhampeh: PH PERDAYAKAN PENGUNDI AMPANGAN


Sewaktu kempen PRU lepas, pihak Pakatan Harapan (PH) turut berjanji jika mereka menang dan dapat menubuhkan kerajaan di Negeri Sembilan, mereka akan menukarkan status  pegangan hakmilik tanah penduduk di Ampangan dari status Pajakan 99 tahun (Leasehold) kepada pegangan selamanya (Freehold). Perkara ini turut tertera dinyatakan dalam warta Keadilan yang diedarkan ke setiap rumah di Dun Ampangan sewaktu tempoh kempen PRU lepas.

Terdapat beberapa kawasan kediaman yang berstatus pegangan hakmilik Pajakan 99 tahun di Dun Ampangan dan janji pihak PH ini dirasakan menarik oleh pengundi di Ampangan.

Pemimpin PH juga turut memberikan contoh tanah kampung baru di Perak bagi menyuburkan keyakinan pengundi atas kebolehlaksanaannya jika PH dapat mentadbir Kerajaan Negeri.

9.5.2018 menyaksikan pihak PH menang di Ampangan dan pihak PH telah berjaya menubuhkan kerajaan untuk mentadbir Negeri Sembilan. 100 hari telah berlalu, Apakah tindakan susulan terhadap janji ini oleh pihak PH kepada pengundi Ampangan?

Bagi yang mahir mengenai urusan tanah ataupun bagi pengamal undang-undang, mereka tahu janji ini amat sulit untuk direalisasikan kerana wujud isu perundangan yang membataskan kuasa Kerajaan Negeri untuk berbuat demikian. Terbaru, Menteri Besar Negeri Perak yang baru, YAB Ahmad Faizal Azumu menegaskan pemberian hak milik kekal kampung baru di Perak yang sering  digunakan sebagai modal politik PH dibuat tidak boleh dilaksanakan kerana bercanggah dengan Perlembagaan Negara. Kenyataan ini datangnya dari Kerajaan PH sendiri yang kini mentadbir negeri Perak.


Ramai juga yang tidak tahu bahawa kerajaan Pulau Pinang semasa ditadbir oleh Lim Guan Eng telah cuba meluluskan sebanyak 123 permohonan untuk menukar status pegangan tanah di Pulau Pinang kepada status pegangan kekal.Namun cubaan tersebut tidak berjaya kerana ia juga dibataskan oleh isu perundangan.






Mengapakah ia amat sulit hendak dilaksanakan? Penjelasannya, dibawah undang-undang Kanun Tanah Negara menyatakan selain pemberian melibatkan Kerajaan Persekutuan dan untuk maksud kegunaan umum,Kerajaan Negeri hanya boleh memberi status pegangan kekal dalam keadaan-keadaan khas sahaja.  Pemberian status hakmilik kekal berikutan dari JANJI POLITIK adalah BUKAN dan TIDAK AKAN dapat ditakrifkan sebagai keadaan-keadaan khas seperti yang dikehendaki undang-undang.


Inilah apa yang berlaku di Perak dan di Pulau Pinang. Apa keistimewaan kerajaan PH Negeri Sembilan untuk melakukan apa yang gagal dilakukan oleh kerajaan Perak dan Pulau Pinang?

Nampaknya, pengundi khususnya di Ampangan telah terpedaya dan tertipu dek janji manis Pakatan Harapan..

Perlukah kita terus terpedaya dek pihak yang hanya inginkan kuasa dan tidak hirau mereka menipu rakyat demi untuk mendapatkannya?

Fikir-fikirkanlah!



Comments

Popular posts from this blog

Tugu Peringatan Sg Lui?

KETUANAN MELAYU DI NEGARA INI HENDAK DITAMATKAN?

Masjid Kg Ulu, Melaka Tengah,Melaka 1728: Aku pernah berucap di dalamnya!