KERAJAAN PH DI DALANGI YAHUDI DAN NASRANI?


Memeranjatkan apabila mengetahui bahawa kemenangan PH dalam PRU-14 lalu di dalangi oleh kuasa asing.

Ini dapat dilihat dari sedutan rakaman sebuah forum di Washington,Amerika yang dianjurkan oleh CSIS, sebuah badan pemikir terkemuka.

Dalam forum tersebut, International Republican Institute (IRI) Daniel Twinning dengan bangga meluahkan secara terbuka tentang pemberian dana National Endowment for Democracy (NED) kepada parti pembangkang pada masa itu untuk menjatuhkan kerajaan BN yang telah lebih 60 tahun memerintah.




Google sahaja NED, maka banyak paparan mengenai NED boleh di dapati. Apa dana NED dan kaitan NED dengan kejatuhan Soviet Union, Kebangkitan Arab (Arab Spring) dan banyak lagi. Dalam erti kata lain dana ini telah banyak digunakan untuk gerakan menjatuhkan kerajaan di dunia ini kononnya atas nama kebangkitan rakyat.

Maka sahih dan benar kalam suci  Allah SWT dalam Surah Al Baqarah: Ayat 120 (mathumnya):-

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu"

Kebenaran dan kesahihan kalam Allah SWT tidak dipertikaikan. Persoalannya adakah kita semua, setelah mengetahui perkara ini, hanya berdiam diri dan rela hilang perlindungan dan pertolongan dari Maha Suci Allah SWT? Nau'zubillah....

Fikir-fikirkanlah!

Comments

Popular posts from this blog

Tugu Peringatan Sg Lui?

KETUANAN MELAYU DI NEGARA INI HENDAK DITAMATKAN?

Masjid Kg Ulu, Melaka Tengah,Melaka 1728: Aku pernah berucap di dalamnya!