#penipuhampeh: Kerajaan PH tiada wibawa,tidak kompeten?


100 hari sejak PRU-14 telah berlalu. Umum tahu dan sedar Kerajaan PH telah gagal dalam ujian melunaskan janji 100 hari mereka. Mungkin ada pihak yang masih di dalam kepompong “penafian” dengan mengatakan Kerajaan PH perlu diberikan masa dan peluang untuk membawa pembaharuan. Memetik kata  terkenal Tun Mahathir sendiri.” Call a spade a spade”. Dengan nada yang sama orang ramai boleh berkata, “ Gagal tetap gagal”!

Seribu satu alasan diberikan oleh pemimpin PH. Kata mereka,” 100 hari mana cukup untuk buktikan apa-apa!” Dakwa mereka, “BN tinggalkan hutang yang banyak,maka mereka tidak dapat melunaskan janji!Tuduh mereka, “BN merompak wang rakyat sebab itu mereka perlukan masa lebih lama untuk melunaskan janji!”.Cakaplah apa sahaja, “GAGAL TETAP GAGAL!” Jika lebih banyak alasan diberi oleh Kerajaan PH  dari berusaha merea;isasikan janji, lebih ramai rakyat akan berpandangan Kerajaan PH ini TIADA WIBAWA dan TIDAK KOMPETEN untuk mentadbir negara ini.

Banyak juga pungutan pandangan (poll) di buat di laman sosial tentang reaksi umum mengenai pencapaian 100 hari Kerajaan PH. Nampaknya, lebih banyak reaksi tidak puashati dari yang berpuashati. Lucu juga bila di laman sosial milik pro Kerajaan PH sendiri, pungutan pamdangan menunjukkan reaksi tidak puashati adalah melebihi dari yang berpuashati.  



Mungkin ini bukan kayu pengukur sebenar, namun ia boleh dilihat sebagai petunjuk kepada reaksi rakyat. 

Lebih mengejutkan apabila baru-baru ini, Tun Mahathir sendiri mengakui menteri yang dilantik sebagai Jemaah Menterinya tidak tahu tanggungjawab mereka dalam kementerian. Kenyataan paling “PALOI” yang pernah dikeluarkan oleh Tun Mahathir! Dah tahu mereka tidak berpengetahuan kenapa lantik mereka jadi Menteri? Patutlah terjadi keadaan dimana Menteri syorkan pelajar sekolah pakai kasut hitam nak elakkan kekotoran, syorkan Universiti keluarkan nombor plat kenderaan sendiri untuk jana pendapatan, Menteri yang dedahkan kelemahan angkatan tentera kepada umum,syorkan puak LBGT gunakan tandas OKU , Menteri kutip sampah selepas menonton perlawanan bolasepak di Stadium dan banyak lagi. Rupanya Tun Mahathir dah lantik menteri yang tidak berwibawa dan yang tidak tahu tentang tanggungjawab mereka sebagai menteri sebagai Jemaah Menterinya!



Ini sesuatu yang serius dan tidak boleh dipandang ringan. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri dan Jemaah Menterinya bertanggungjawab untuk menasihati Yang DiPertuan Agong (YDPA) sebagai Ketua Negara selain bertanggungjawab secara bersesama kepada Parlimen. Adakah dengan mendedahkan kelemahan pasukan tentera kepada umum dan mengesyorkan agar puak LBGT menggunakan tandas OKU boleh diterima sebagai nasihat yang baik kepada YDPA?


Petikan Artikel 40 Perlembagaan Persekutuan



Patutlah Tun Mahathir memerlukan Council of Eminent Person (CEP) untuk membantu beliau dalam membentuk polisi pentadbirannya dan mahu masa penjawatan CEP ini dilanjutkan. Mungkin sebab Tun tahu Jemaah Menterinya tiada wibawa, tidak kompeten dan HAMPEH! 

Fikir-fikirkan!

Comments

Popular posts from this blog

Tugu Peringatan Sg Lui?

KETUANAN MELAYU DI NEGARA INI HENDAK DITAMATKAN?

Masjid Kg Ulu, Melaka Tengah,Melaka 1728: Aku pernah berucap di dalamnya!