PERLUKAH KITA MENULIS SEMULA BUKU SEJARAH?



Terbaru, suatu sidang forum bertema “A people’s history of the Malayan Emergency” yang di adakan di KL-Selangor Chinese Assembly Hall menjadi kecoh apabila pembentang menyatakan bahawa buku sejarah perlu ditulis semula kerana tidak atau kurang menulis mengenai perspektif perjuangan pihak berhaluan kiri dalam memerdekakan Negara.Turut diperkatakan bahawa naskah dan teks sejarah tertulis dijadikan alat politik oleh kerajaan memerintah untuk membentuk fikiran rakyat Dua orang aktivis muda, Fadiah Nadwa dan Fahmi Reza lantang menyuarakan isu ini, tidak kurang juga suara peserta forum yang mempertikaikannya.

Fadiah ada menyebut tentang peranan beberapa nasionalis Melayu seperti Dr Burhanudin Helmi, Ahmad Boestamam, Shamsiah Fakih tidak diceritakan dengan jelas manakala Fahmi juga mempersoalkan mengapa naskah dan teks sejarah sedia ada tidak mengambil perspektif gerakan komunisme dalam menyumbang ke arah kemerdekaan Negara.

Persoalannya perlukah naskah atau teks sejarah yang sedia ada yang telah menjadi silibus pembelajaran hendak diubah semata- mata kerana kurangnya penulisan mengenai ehwal pihak berhaluan kiri dan adakah naskah dan teks yang sedia ada merupakan alat politik kerajaan memerintah untuk membentuk dan mempengaruhi minda rakyat?

Sebenarnya gesaan sebegini bukan suatu perkara yang baru. Ramai pihak menyuarakan isu ini termasuk ahli-ahli politik seperti YB Menteri Pertahanan sendiri yang pernah mengatakan Mat Indera yang terlibat dalam serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan.Setiausaha Agung Komunis Malaya,Chin Peng pun ada menulis buku tentang gerakan komunis di Malaya dengan tujuan rakyat di Malaysia ini menilai semua perjuangan gerakan komunisme ke arah kemerdekaan Negara ini.

Mungkin perkara ini memerlukan perbahasan akademik sama ada penulisan semula sejarah perlu atau sebaliknya.Namun persoalan akan timbul bagaimana hendak di katakan bahawa pihak komunis adalah pejuang kemerdekaan dalam insiden-insiden berikut:-

Pemerintahan Bintang Tiga selama dua minggu selepas Jepun menyerah kalah (16 Ogos 1945-30 Ogos 1945). Ramai orang Melayu dibantai, disiksa dan dibunuh atas alasan mereka adalah talibarut Jepun. Ada yang ditangkap oleh Bintang Tiga hingga kini tidak diketahui sama ada masih hidup atau mati. Adakah ini boleh dijustifikasi sebagai tindakan menyumbang ke arah kemerdekaan Negara?



Malaysian People Anti Japanese Arny (MPAJA) atau dikenali sebagai tentera Bintang Tiga

Kebangkitan penduduk di Sungai Manik,Perak dan kebangkitan Kiyai Salleh dan tentera Selempang Merah di Muar dan Batu Pahat,Johor menentang Bintang Tiga yang kejam terhadap penduduk sewaktu tempoh pemerintahan Bintang Tiga. Adakah kebangkitan ini boleh dikatakan sebagai penentang kepada perjuangan kemerdekaan?

Kepimpinan tentera Selempang Merah yang diketuai oleh Kiyai Salleh

Tragedi Serangan Balai Polis Bukit Kepong, Johor pada 23 Februari 1950 yang telah mengakibatkan korban seramai 14 orang anggota polis,4 orang anggota polis bantuan,5 orang ahli keluarga anggota dan 3 orang pengawal kampong dan mayat anggota polis yang gugur telah dibakar hangus bersama Balai Polis tersebut dek serangan 200 orang anggota bersenjata komunis yang diketuai oleh Mat Indera. Adakah pembunuhan kejam ini boleh dikatakan sebagai tindakan menyumbang ke arah kemerdekaan Negara? Adakah perancangan dan tindakan Mat Indera membunuh 27 orang yang hampir semuanya orang Melayu adalah tindakan seorang pejuang kemerdekaan Negara? Adakah pengorbanan Allahyarham Sarjan Jamil, anggotanya, ahli keluarga dan penduduk kampong mempertahankan Balai polis hingga ke titisan darah terakhir boleh dikatakan sebagai penentangan kepada pejuang kemerdekaan?


Semua ini adalah fakta sejarah dan ia telah mengusik kenangan , jiwa  dan emosi masyarakat di Negara ini, khususnya orang Melayu. Adakah pengorbanan mereka ini hendak ditulis semula sebagai penentangan kepada komunis yang mahu diangkat sebagai pejuang kemerdekaan Negara?

Mungkin mereka mahu menulis semula sejarah kerana tidak mahu mengiktirafkan pengorbanan orang Melayu, peranan kesatuan Melayu, peranan UMNO dalam mencapai kemerdekaan Negara ini.Mungkin itu alasan tersirat mereka dan anak muda Melayu digunakan untuk tujuan itu.

Fikir-fikirkanlah. Ini ancaman halus kepada Melayu!


Comments

Popular posts from this blog

Tugu Peringatan Sg Lui?

KETUANAN MELAYU DI NEGARA INI HENDAK DITAMATKAN?

KENAPA ANGKUH SANGAT YB?