Posts

Showing posts from August, 2018

#penipuhampeh: Kerajaan PH tiada wibawa,tidak kompeten?

Image
100 hari sejak PRU-14 telah berlalu. Umum tahu dan sedar Kerajaan PH telah gagal dalam ujian melunaskan janji 100 hari mereka. Mungkin ada pihak yang masih di dalam kepompong “penafian” dengan mengatakan Kerajaan PH perlu diberikan masa dan peluang untuk membawa pembaharuan. Memetik kata   terkenal Tun Mahathir sendiri.” Call a spade a spade ”. Dengan nada yang sama orang ramai boleh berkata, “ Gagal tetap gagal” ! Seribu satu alasan diberikan oleh pemimpin PH. Kata mereka,” 100 hari mana cukup untuk buktikan apa-apa!” Dakwa mereka, “BN tinggalkan hutang yang banyak,maka mereka tidak dapat melunaskan janji!Tuduh mereka, “BN merompak wang rakyat sebab itu mereka perlukan masa lebih lama untuk melunaskan janji!”.Cakaplah apa sahaja, “GAGAL TETAP GAGAL!” Jika lebih banyak alasan diberi oleh Kerajaan PH  dari berusaha merea;isasikan janji, lebih ramai rakyat akan berpandangan Kerajaan PH ini TIADA WIBAWA dan TIDAK KOMPETEN untuk mentadbir negara ini. Banyak juga pungutan...

#penipuhampeh: SUDAHLAH MENIPU,MENGHINA LAGI!

Image
Patutkah kita bertepuk tangan bila melihat pengundi dan penyokong Kerajaan PH digula-gulakan bagaikan budak hingusan bila pemimpin PH terus-terusan menipu mereka? Atau perlukah kita bersimpati kepada mereka atas malang yang menimpa kerana terlalu mempercayai janji-janji manis kerajaan PH? Namun yang lebih malang adalah golongan yang nampak dan tahu pemimpin PH menipu rakyat tetapi masih memberikan harapan dan peluang untuk Kerajaan PH untuk membawa perubahan.Cukup malang! Baru-baru ini, Tun Mahathir menyatakan  Bantuan Sara Hidup (BSH) atau dahulunya BR1M akan dimansuhkan secara beransur-ansur. Ini adalah sesuatu yang menyimpang dari Janji Manifesto di muka surat 20, Buku Manifesto Harapan. s udahlah menipu malah disulam dengan kata penghinaan bahawa penerima bantuan tidak produktif atau menjadi malas jika bantuan terus diberikan. Mengatakan BSH sepatutnya diberikan kepada pihak yang layak, ITU BETUL. Mengatakan BSH sepatutnya diberiikan kepada g...

#penipuhampeh: PH PERDAYAKAN PENGUNDI AMPANGAN

Image
Sewaktu kempen PRU lepas, pihak Pakatan Harapan (PH) turut berjanji jika mereka menang dan dapat menubuhkan kerajaan di Negeri Sembilan, mereka akan menukarkan status   pegangan hakmilik tanah penduduk di Ampangan dari status Pajakan 99 tahun (Leasehold) kepada pegangan selamanya (Freehold). Perkara ini turut tertera dinyatakan dalam warta Keadilan yang diedarkan ke setiap rumah di Dun Ampangan sewaktu tempoh kempen PRU lepas. Terdapat beberapa kawasan kediaman yang berstatus pegangan hakmilik Pajakan 99 tahun di Dun Ampangan dan janji pihak PH ini dirasakan menarik oleh pengundi di Ampangan. Pemimpin PH juga turut memberikan contoh tanah kampung baru di Perak bagi menyuburkan keyakinan pengundi atas kebolehlaksanaannya jika PH dapat mentadbir Kerajaan Negeri. 9.5.2018 menyaksikan pihak PH menang di Ampangan dan pihak PH telah berjaya menubuhkan kerajaan untuk mentadbir Negeri Sembilan. 100 hari telah berlalu, A pakah tindakan susulan terhadap janji ini oleh pihak PH...

#penipuhampeh: BILA KERAJAAN MENIPU RAKYAT……

Image
Genap 100 hari sejak Kerajaan PH mula mentadbir negara ini. Semasa kempen PRU lepas, mereka janji 10 perkara kononnya untuk kebaikan rakyat,dalam tempoh 100 hari mereka mentadbir Malaysia. Berjayakah mereka? Umum tahu mereka gagal. Jika boleh di ringkaskan macam keputusan SPM mungkin akan kelihatan sebegini:-                                                                                       Pemimpin PAS berkata gred yang boleh diberikan kepada Kerajaan PH adalah gred D. Tan Sri Annuar Musa awal-awal lagi sudah membidas Kerajaan PH kerana kegagalan mereka.Oleh itu kenapa harus berjanji?  Dalam laporan akhbar Berita Harian ada dipetik Tun Mahathir mengatakan sebahagian janji-janji tersebut dibuat kerana mereka tidak yakin dapat manda...

TAKTIK JIJIK PEMIMPIN PH

Image
Mutakhir minat rakyat melihat sesi perbahasan sidang Parlimen dilihat kian meningkat. Jika di rasakan tidak cukup yang dilaporkan di dalam televisyen, mereka beralih pula ke Youtube dan media sosial yang lain demi untuk mengikuti perbahasan wakil rakyat di Parlimen. Mungkin minat ini timbul kerana sidang ini wakil rakyat BN berbahas dari blok pembangkang manakala wakil PH berbahas dari blok parti kerajaan. Peningkatan minat ini disedari oleh kedua – dua belah pihak pembangkang dan parti kerajaan . Namun seolah-olah wujud satu keseragaman dalam perbahasan wakil rakyat PH. Boleh dikesan dalam ucapan mereka , mereka tidak lupa menuduh kerajaan BN menyeleweng,menipu, salah tadbir urus, skandal 1 MDB, membebankan rakyat dan banyak lagi walaupun perbahasan tersebut tidak ada kena mengena dengan perkara tersebut. Tiga orang pemimpin PH yang sering dilihat mengeluarkan –kata sebegini adalah Lim Guan Eng (Ahli Parlimen Bagan- YB Menteri Kewangan), Tony Pua (Ahli Parlimen Damansara) da...

KERAJAAN PH DI DALANGI YAHUDI DAN NASRANI?

Memeranjatkan apabila mengetahui bahawa kemenangan PH dalam PRU-14 lalu di dalangi oleh kuasa asing. Ini dapat dilihat dari sedutan rakaman sebuah forum di Washington,Amerika yang dianjurkan oleh CSIS, sebuah badan pemikir terkemuka. Dalam forum tersebut, International Republican Institute (IRI) Daniel Twinning dengan bangga meluahkan secara terbuka tentang pemberian dana National Endowment for Democracy (NED) kepada parti pembangkang pada masa itu untuk menjatuhkan kerajaan BN yang telah lebih 60 tahun memerintah. Google sahaja NED, maka banyak paparan mengenai NED boleh di dapati. Apa dana NED dan kaitan NED dengan kejatuhan Soviet Union, Kebangkitan Arab (Arab Spring) dan banyak lagi. Dalam erti kata lain dana ini telah banyak digunakan untuk gerakan menjatuhkan kerajaan di dunia ini kononnya atas nama kebangkitan rakyat. Maka sahih dan benar kalam suci  Allah SWT dalam Surah Al Baqarah: Ayat 120 (mathumnya):- "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak ...

IKTIRAF LBGT akan ANCAM MELAYU?

Image
Mutakhir, heboh semula isu LBGT. Pertamanya, YB Menteri menjaga hal ehwal agama dalam Parlimen menyatakan bahawa hak kaum LBGT ini akan dijamin oleh Kerajaan baru. Keduanya, anak Tun Mahathir melaungkan memperjuangkan hak kaum LBGT ini. Isu kaum LBGT ini juga telah mula masuk dan diperbincangkan secara terbuka di televisyen.  Umum faham hak setiap insan dan warganegara termasuk kaum LBGT ini dijamin oleh Perlembagaan dan undang-undang negara. Tak perlu kita cakap berulang-ulang sebab kita semua faham. Jika mana-mana individu kaum LBGT ini di samun, di rompak, individu tersebut juga berhak untuk mendapatkan perlindungan dan tindakan di bawah undang-undang.  Namun hak yang dijamin ini mempunyai batasannya. Batasan ini juga diperuntukkan oleh undang-undang. Jika lelaki melayu beragama Islam berjalan dikhalayak ramai bersolek dan memakai pakaian seperti wanita ,itu dah jadi suatu kesalahan dibawah Enakmen Jenayah Islam di setiap negeri. Apakah hak yang mahu diminta oleh ...

DEDAK, RASUAH………….

Image
Dari kampung pergi ke pekan,  Singgah di kedai membeli bedak, Jika betul ia diperlukan, Jangan sekali dipanggil DEDAK! Guru mengajar membina ayat,  Sambil mengajar betulkan yang salah, Jika betul ia membantu rakyat, Jangan sekali dipanggil RASUAH!  Pergi ke kedai membeli tali, Tali berguna untuk mengikat,  Jika mampu bantuan diberi, Jangan sekali MENIPU RAKYAT!  Terbaru, Kerajaan PH mengumumkan akan memberikan Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dianggarkan berjumlah RM 1.6 billion kepada hampir 4.1 juta penerima yang dijangkakan menerimanya bermula 15-8-2018. YB Menteri Kewangan turut menyatakan bahawa pemberian BSH diharap dapat membantu penerima membeli barang keperluan dan membuat persiapan untuk Aidil Adha. Ini bukanlah suatu perkara baru. Kerajaan BN dahulu menamakan bantuan ini sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Apabila Kerajaan PH memerintah negara ini, nama bantuan ini ditukarkan kepada BSH.Tiada yang baru, ...

KERISAUAN ALLAHYARHAM DATO' ONN JADI KENYATAAN

Image
Sebagai muqadimah, biarlah catatan kali ini dimulakan dengan mengimbasi lipatan sejarah iaitu kemelut sewaktu Allahyarham Dato’ Onn Jaafar menuntut kemerdekaan tanahair. Antara tuntutan atau syarat yang dikenakan oleh pihak British adalah tentang pemberian status kewarnegaraan kepada orang bukan Melayu iaitu orang Cina dan India atas prinsip Jus Soli. Menurut hujah Allahyarham Dato’ Onn Jaafar, syarat British itu akan menjadikan orang Cina sebagai penduduk majoriti di Tanah Melayu kerana pada masa itu orang Cina ramai bertumpu di Negeri-Negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) dan bandar-bandar di negeri pantai barat seperti Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban dan Johor Bharu berbanding dengan kaum Cina yang duduk di negeri lain. Allahyarham Dato’ Onn menggelarkan jajaran negeri-negeri tersebut ( Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Singapura) sebagai “Jajaran Cina” atau dalam bahasa Inggerisnya “The Chinese Belt”. Kerisauan Allahyarham Dato’ Onn...

PERLUKAH KITA MENULIS SEMULA BUKU SEJARAH?

Image
Terbaru, suatu sidang forum bertema “A people’s history of the Malayan Emergency” yang di adakan di KL-Selangor Chinese Assembly Hall menjadi kecoh apabila pembentang menyatakan bahawa buku sejarah perlu ditulis semula kerana tidak atau kurang menulis mengenai perspektif perjuangan pihak berhaluan kiri dalam memerdekakan Negara.Turut diperkatakan bahawa naskah dan teks sejarah tertulis dijadikan alat politik oleh kerajaan memerintah untuk membentuk fikiran rakyat Dua orang aktivis muda, Fadiah Nadwa dan Fahmi Reza lantang menyuarakan isu ini, tidak kurang juga suara peserta forum yang mempertikaikannya. Fadiah ada menyebut tentang peranan beberapa nasionalis Melayu seperti Dr Burhanudin Helmi, Ahmad Boestamam, Shamsiah Fakih tidak diceritakan dengan jelas manakala Fahmi juga mempersoalkan mengapa naskah dan teks sejarah sedia ada tidak mengambil perspektif gerakan komunisme dalam menyumbang ke arah kemerdekaan Negara. Persoalannya perlukah naskah atau teks sejarah yang sed...