Posts

Showing posts from September, 2011

Cuba tidur sebantal, namun mimpinya lain-lain

Image
1. Kebelakangan ini timbul semula isu pasal undang-undang hudud. Dalam suratkhabar dan juga dalam media alternatif mula memaparkan semula pandangan-pandangan pemimpin perdana mahupun pemimpin Kerajaan tentang isu hukum hudud ini. 2. Seingat aku, perkara ini timbul semula apabila baru-baru ini Tun Mahathir mencabar Kerajaan PAS Kelantan untuk menggubal serta melaksanakan hukum Hudud. Kerajaan PAS telah mengambil semula pentadbiran negeri Kelantan pada pilihanraya Umum yang ke 9 iaitu pada Pilihanraya tahun 1995. Setelah 15 tahun memerintah, satu hukum hudud tidak pernah digubal oleh kerajaan pimpinan Tok guru Nik Aziz ini. 3. Tok guru Nik Aziz dengan pantas menyatakan bahawa PAS tetap akan menggubal dan melaksanakan hukum hudud. Kenyataan ini telah membawa reaksi dari pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain. Karpal Singh mengatakan hukum hudud tidak boleh dilaksanakan kerana ianya akan berlawanan dengan peruntukan Perlembagaan. Lim Guan Eng juga turut menyatakan ia tidak termaktub da...

Mahathir’s maxims : A view on "A doctor in the house"

Image
Have you read Tun Mahathir’s book entitled “A doctor in the house”? I have the opportunity to read the 843 page of book recently. To my surprise, it has never been a boring experience to go through the book page by page. Every chapter has its own interesting story. I became so engrossed and oblivious to my surroundings when reading the book that had several times made my wife berserk for not paying any attention to what she said. What captured me the most were the sayings or adages that Tun adopted in doing what he did or when observing the events before him. I do believe that these sayings and adages are worth to be noted and could serve as a guide. I prefer to call them Mahathir’s maxims and to a small leader like me, I find them useful and handy in understanding rationale behind actions of the leaders. Here, I would like to share some maxims enunciated in his book:- 1. “A leader wants to show that he is different, he wants to leave his own mark on the nation.” 2. “An apology was o...

OK ke mansuhkan ISA?..Cer Cerita!

1. Baru-baru ini Datuk (DS) Seri Najib telah mengumumkan bahawa Kerajaan yang dipimpin oleh beliau bakal memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA). Alasan yang diberikan adalah tindakan ini sebagai salah satu Proses Transformasi Perundangan kepada perundangan yang lebih releven dan mengutamakan hak serta kesejahteraan rakyat. 2. Berbagai reaksi timbul dari pengumuman DS Najib ini. Ramai yang menyokong serta mengalu-alukan transformasi ini. Ramai juga yang ragu-ragu. Kelihatan juga pihak pembangkang mengatakan perjuangan yang selama ini didokong mereka telah membuahkan kejayaan.Ada juga kedengaran cakap-cakap bahawa melalui pengumuman yang dibuat DS Najib menandakan Pilihanraya Umum kian hampir. 3. Ada yang bertanya kepada aku tentang pandangan aku sebagai pengamal undang-undang. Ok ke mansuhkan ISA ini? Sebenarnya , pandangan peribadiku bercampur-campur. Di satu sudut, aku menyokong ISA kerana aku melihat ia adalah suatu senjata yang efektif untuk menentang dan mencegah ...

Can I do it?

Image
Are we able to relive the past or at least to experience a moment of it? Such question popped up to my mind when a friend challenged me to play rugby during Malay College Old Boy’ weekend 2012 against the present boys. I was enjoying satay at Satay Malaysia Restaurant near Jln Pengkalan Chepa, Kota Bharu when Megat put up the idea to play rugby during the next year Malay College Old Boy’s weekend against the present boys. At first I thought it was a joke considering that I am now 50 kg heavier with a 47 inch waistline. I said to him “Bro, you have to give me time to prepare!” thinking the answer would make him drop the idea. “Well, you have 1 year” he said. “Are you man enough?” he provoked further. After a short pause I said “It’s ON Bro! Sometimes we say things without thinking and due to ego we tend to utter senseless words. How would it be possible for me to recondition my “much pampered body” to how I was 25 years ago? At the present state and with the level of stamina that I am ...

Tugu Peringatan Sg Lui?

Image
Setelah melepaskan penat lelah di Kuala Terengganu akibat kesesakan melampau di Kelantan, aku meneruskan perjalanan pulang ke Seremban. Nak ikut jalan pantai rasanya jauh , jadi aku buat keputusan ikut jalan Kuala Behrang-Bukit Besi – Bukit Sagu dan masuk ikut lebuhraya LPT melalui tol Kuantan. Memandu atas lebuhraya LPT (Lebuh Raya Pantai Timur) cepat membuatkan mata aku mengantuk. Ye- lah , dah makan Nasi Berlauk Ikan Tongkol untuk sarapan, mananya tak cepat mengantuk. Terus aku buat keputusan keluar ikut jalan Temerloh-Kemayan- Jempol –Kuala Pilah untuk kembali ke Seremban. Mungkin dengan menggunakan jalan tersebut,kadar waspada (alertness) dalam pemanduan akan terus dapat dikekalkan. 25 kilometer lagi nak sampai ke Bandar Sri Jempol, aku terperasan satu binaan ditepi jalan. Sebelum itu memang ada papan tanda menyatakan Tugu Peringatan Sungai Lui. Aku pernah beberapa kali lalu melewati binaan tersebut bila aku ada kes di Mahkamah Tinggi Temerloh dan setiap kali lalu, aku sering t...

Catatan Perjalanan

Image
Rasanya keputusan hendak pulang ke Seremban pada hari Sabtu selepas seminggu beraya di Kota Bharu adalah keputusan yang betul. Mungkin esoknya hari Ahad bermakna ada satu hari untuk berehat sebelum memulakan kerja. Aku mula meragui keputusan yang di buat itu apabila tersekat di persimpangan ke Tanah Merah / Kuala Krai/Pasir Puteh. Ketiga-tiganya adalah jalan utama keluar dari Kelantan. Melihat hala ke Tanah Merah saujana mata memandang kereta sahaja. Begitu juga ke arah Kuala Krai. Kulihat kereta bergerak bagai kura-kura yang kena demam kura. Melihat keadaan begitu, aku rasa mungkin lebih baik ikut jalan ke Kuala Terengganu. Untung-untung Restoren Eastern di Jertih buka, boleh aku berhenti beli "pau" Mok Cik sebelah jambatan Jertih. Satu "eccentricity yang tercipta setelah sekian lama berulang alik ke Kota Bharu. Hangat hati rasanya bila tersangkut dalam kesesakan beberapa jam. Almaklum orang berduyun-duyun balik . Tapi yang tak boleh aku terima tersangkut dalam kes...

Salam Pembuka bicara

Image
Salam kepada diri sendiri dan pembaca yang mungkin membaca blog ini. Bukan untuk menokok tambah apa yang telah tersurat dan bukan juga mahu mentafsir apa yang telah tersirat. Cuma mahu menzahirkan apa yang ada dalam hati dan meluahkan apa yang di rasa. Mungkin juga melalui blog ini , pandangan dan rasa boleh dikongsikan. ABDUL HALIM LOKMAN