Posts

TAHALUF SIYASI, TAAWUN DAN KERJASAMA KUATKAN POLITIK MELAYU?

Image
Dalam Muktamar PAS baru-baru ini Dato’Hj Abdul Hadi Awang berucap tentang bayangan untuk menjalinkan kerjasama dengan UMNO di bawah kaedah “Tahaluf Siyasi” demi untuk memperkukuhkan kedudukan dan suara blok pembangkang di dalam Parlimen. Sebelum ini ada yang menyebut tentang “Taawun” iaitu bermakna “tolong-menolong untuk kebaikan” . Namun ada perwakilan dalam Muktamar mengatakan ia sepatutnya dipanggil “tahaluf siyasi” kerana taawun membawa makna terlalu umum sedangkan “tahaluf siyasi” lebih sesuai kerana ia merujuk kepada kerjasama politik, sama seperti semasa PAS duduk bersama DAP dahulu. Sama ada Taawun atau Tahaluf Siyasi, ia menggambarkan suatu kerjasama yang hendak dibentuk bersama di antara PAS dan UMNO. Kerjasama di antara PAS dan UMNO bukanlah perkara yang baharu kerana dari tahun 1972 hingga 1977, PAS dan UMNO pernah bersama dalam parti Barisan Nasional.Apa yang menyebabkan PAS keluar dari Barisan Nasional dan menjadi seteru politik Melayu kepada UMNO selepas 1977 a...

Bila sistem demokrasi dipermainkan

Image
Teka-teki mengenai kawasan Parlimen mana Presiden PKR akan bertanding telah terjawab. DS Anwar Ibrahim telah menyatakan kepada umum bahawa beliau akan bertanding di kawasan PARLIMEN PORT DICKSON (P132). Pengumuman ini dibuat sebaik sahaja ahli Parlimen Port Dickson (PD) , YB Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan perletakan jawatan sebagai ahli Parlimen PD untuk memberi laluan kepada DS Anwar Ibrahim bertanding di kawasan Parlimen tersebut.           YB  Danyal Balagopal Abdullah-Ahli Parlimen PD Speaker Dewan Rakyat, setelah menerima surat perletakan jawatan dari YB Datuk Danyal Balagopal, akan mengisytiharkan kerusi Parlimen PD sebagai kosong dan Speaker akan menghantar notis kepada SPR menyatakan kekosongan kerusi tersebut. SPR kemudiannya dalam tempoh 60 hari hendaklah mengadakan suatu pilihanraya kecil di kawasan Parlimen PD bagi mengisi kekosongan tersebut. Ini semua adalah seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Perse...

#penipuhampeh: Mana pergi RM 1500?

Image
Rakyat terpedaya lagi! Kali ini berkaitan dengan janji manifesto PH untuk menaikkan gaji minimum kepada RM 1500. Kerajaan PH baru-baru ini mengumumkan bahawa kadar gaji minimum untuk sektor swasta dinaikkan hanya RM 50.00 dari RM 1,000 ke RM 1,050. Mana perginya janji manis PH dalam Buku Harapan mereka di muka surat 94 untuk menaikkan gaji minimum ke RM 1500? Mana perginya janji PH untuk menanggung RM 250 dari kenaikan itu? Petikan dari Buku Harapan PH Rasa nak tepuk tangan bila melihat perkara ini berlaku. Rasa nak cakap,” dah koba ,tapi tak percaya!” (dalam bahasa Inggerisnya “I’ve told you so!”) Namun sekiranya di lihat Kerajaan PH yang ada sekarang dengan secara konsisten telah memungkiri janji dan memperdayakan rakyat yang telah mengundi mereka. Mana perginya Kerajaan PH yang berintegriti dan bertanggungjawab seperti yang sering dilaungkan? Ini sesuatu yang serius kerana adakah rakyat rela terus-terusan diperdaya oleh pemimpin PH ? Golongan rakyat yang berpend...

RULE OF LAW CAP AYAM ?

Image
Semalam adalah Hari Terkejut Se-Malaysia. Tun Mahathir terkejut, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terkejut. Ini semua disebabkan oleh Lim Guan Eng dan Phang Li Khoon dilepaskan serta dibebaskan dari dua tuduhan rasuah oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang setelah perbicaraan telah bermula separuh jalan. Amat pelik apabila SPRM memohon untuk menarikbalik kes sedangkan kes sudah berjalan dan sesudah 25 orang saksi telah dipanggil memberi keterangan. Bukankah sebelum memulakan pendakwaan kes,pihak Pendakwa SPRM sepatutnya sudah bersedia dengan bukti yang kukuh dan saksi yang mantap? Adakah pihak Pendakwa SPRM tiada wibawa sehingga memohon menarikbalik kes setelah perbicaraan bermula? Bukankah SPRM ada duluan kes (dalam bahasa perundangan dipanggil “precedent”) yang kukuh kerana salah satu pertuduhan tersebut adalah hampir serupa dengan kes pendakwaan terhadap bekas Menteri Besar Selangor Dato Seri Khir Toyo yang mana akhirnya Dato Seri Khir Toyo disabitkan ber...

#penipuhampeh: Kerajaan PH tiada wibawa,tidak kompeten?

Image
100 hari sejak PRU-14 telah berlalu. Umum tahu dan sedar Kerajaan PH telah gagal dalam ujian melunaskan janji 100 hari mereka. Mungkin ada pihak yang masih di dalam kepompong “penafian” dengan mengatakan Kerajaan PH perlu diberikan masa dan peluang untuk membawa pembaharuan. Memetik kata   terkenal Tun Mahathir sendiri.” Call a spade a spade ”. Dengan nada yang sama orang ramai boleh berkata, “ Gagal tetap gagal” ! Seribu satu alasan diberikan oleh pemimpin PH. Kata mereka,” 100 hari mana cukup untuk buktikan apa-apa!” Dakwa mereka, “BN tinggalkan hutang yang banyak,maka mereka tidak dapat melunaskan janji!Tuduh mereka, “BN merompak wang rakyat sebab itu mereka perlukan masa lebih lama untuk melunaskan janji!”.Cakaplah apa sahaja, “GAGAL TETAP GAGAL!” Jika lebih banyak alasan diberi oleh Kerajaan PH  dari berusaha merea;isasikan janji, lebih ramai rakyat akan berpandangan Kerajaan PH ini TIADA WIBAWA dan TIDAK KOMPETEN untuk mentadbir negara ini. Banyak juga pungutan...

#penipuhampeh: SUDAHLAH MENIPU,MENGHINA LAGI!

Image
Patutkah kita bertepuk tangan bila melihat pengundi dan penyokong Kerajaan PH digula-gulakan bagaikan budak hingusan bila pemimpin PH terus-terusan menipu mereka? Atau perlukah kita bersimpati kepada mereka atas malang yang menimpa kerana terlalu mempercayai janji-janji manis kerajaan PH? Namun yang lebih malang adalah golongan yang nampak dan tahu pemimpin PH menipu rakyat tetapi masih memberikan harapan dan peluang untuk Kerajaan PH untuk membawa perubahan.Cukup malang! Baru-baru ini, Tun Mahathir menyatakan  Bantuan Sara Hidup (BSH) atau dahulunya BR1M akan dimansuhkan secara beransur-ansur. Ini adalah sesuatu yang menyimpang dari Janji Manifesto di muka surat 20, Buku Manifesto Harapan. s udahlah menipu malah disulam dengan kata penghinaan bahawa penerima bantuan tidak produktif atau menjadi malas jika bantuan terus diberikan. Mengatakan BSH sepatutnya diberikan kepada pihak yang layak, ITU BETUL. Mengatakan BSH sepatutnya diberiikan kepada g...

#penipuhampeh: PH PERDAYAKAN PENGUNDI AMPANGAN

Image
Sewaktu kempen PRU lepas, pihak Pakatan Harapan (PH) turut berjanji jika mereka menang dan dapat menubuhkan kerajaan di Negeri Sembilan, mereka akan menukarkan status   pegangan hakmilik tanah penduduk di Ampangan dari status Pajakan 99 tahun (Leasehold) kepada pegangan selamanya (Freehold). Perkara ini turut tertera dinyatakan dalam warta Keadilan yang diedarkan ke setiap rumah di Dun Ampangan sewaktu tempoh kempen PRU lepas. Terdapat beberapa kawasan kediaman yang berstatus pegangan hakmilik Pajakan 99 tahun di Dun Ampangan dan janji pihak PH ini dirasakan menarik oleh pengundi di Ampangan. Pemimpin PH juga turut memberikan contoh tanah kampung baru di Perak bagi menyuburkan keyakinan pengundi atas kebolehlaksanaannya jika PH dapat mentadbir Kerajaan Negeri. 9.5.2018 menyaksikan pihak PH menang di Ampangan dan pihak PH telah berjaya menubuhkan kerajaan untuk mentadbir Negeri Sembilan. 100 hari telah berlalu, A pakah tindakan susulan terhadap janji ini oleh pihak PH...